Wednesday, July 29, 2015

Sehari sebelum Raya

Dalam entri sebelum ni dah cete yg kami kene balik lewat skit dr plan asal sbb Rayyan kene g amek darah. Kul 9 kat hospital, setel semua dalam kol 10 gerak balik ke Slim River. Alhamdulillah jalan tak jem langsung dr KL, smooth je. Tak sampai 2jam sampai la kami ke kampung halaman nenda tercinta.. Chewahhhhh... Sampai sana tengok mak ngan adik2 ku dah sampai, makcik2 pn dah sampai, semua bizi di dapor bt preparation. Pakcu plak sebuk mencari buluh nak bakar lemang. Kat kampung mmg wajib bakar lemang tetiap tahun . Sedap gile lemak pakcu, lemak berkrim.

Antara suasan yg suka bila berkumpul reramai ni, time masak2 ni la dok potong bahan2 nk bt rendang, prepare bahan nak masak utk lauk berbuka. Bila reramai gini, banyak la menu yg nak dimasakkan..


Hasben lak sibuk memasang panjut pelita, malam2 bebudak nak main bunga api senang. Ala pelita ni beli dr KL je hihi sampai kampung cucuk kat tanah, buh minyak tanah. Setel.




Puasa hari terakhir kat kmpung memang menguji, Pergh haus jangan kabo la, panas gile cuaca, nk tido siang mmg tak aman haha sbb kepanasan. Bila berbula mmg air je yg minum bergelas2 sampai makan pun tak lalu. Hari last menu berbuka sambal udang, ikan bakar, petai, rendang kerang, sayur taugeh.

Selesai je berbuka makan nasi seme. Ni la projek kami. Melapah durian. Kali ni raya musim durian rambutan wei. Heaven betol dok kampung, durian melambak, dah la durian kampung.


Puas betol dapat makan durian, siap bt tempoyak lagi hehehe...

Dah setel bab makan seme, dah solat. Bebudak main bunga api la apa lagi.. Pastu kita ikot mak ngn opah g usha lemang kat belakang umah. Actually ikot sbb nak amek gambar je. Masa siang lupa nak amek gamba hahahaha.. Bukan pe, siang kan panas so kita bt keje yg dalam rumah je, keje bakar membakar ni org lelaki je yg buat hihihi...


Mak iols ngn opah iols. Nak amek lemang yg dah masak nak makan hihihi... Actually lemang ni dah masak cuma biar je kat api yg malap2 tu kasi betul2 kering.


Posing utk contest haha muka comot je. malas la make up haih kat rumah pun. Kejap je dah berlengaih peluh.


Puas makan lemang buatan sendiri ni... Lemak masin seme cukup rasa, cecah dengan rendang kerang perghhh nyams sangat.



2 comments :

  1. seronoknya
    mcm ni la baru btol suasana "kampung" hahahah

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya saya ucapkan buat sis sekeluarga, moga terus sukses & ceria2 selalu :)



    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails