Tuesday, September 29, 2015

Desa Dairy Farm Cattle Mesilau Kundasang

Lepas check in bilik, kami rehat2 jap. Lagipun hasben penat drive dr KK-Kundasang take about 2jam gitu. Tp dah nama berjalan kan, takkan nk lepak bilik je. Lepas rehat solat seme, terus ajak hasben g jejalan area Kundasang. Hasben pn dah siap gugel tempat menarik around Kundasang ni. Mana yg dekat kami target pegi petang tu, mana yg jauh macam Poring, Ikan kelah tu kami terget nk p besok nya pepagi hehehehe..

So petang tu kami decide utk ke Desa Dairy Farm Cattle kat Mesilau. Dekat je farm ni dengan Pekan Kundasang, cuma perjalanan nak naik tu pergh agak mencabar sbb jalannya tak elok sangat, takde TAR mujur la Bumbleebee kami ni boleh bawa kami naik ke atas nun. Masa gerak tu cuaca ok je, tetibe je awan gelap. Hujan pulak dah. Impian nak bergamba ngn lembu2 New Zealand terkubur je, kami sempat amek gamba sekejap la sementara hujan rintik2 renyai...


Langit dah mula gelap. Kalau langit biru sure lawa gamba ni.... Nampak tak lembu2 hitam putih belakang tu. Lawa sangat tempat ni, mmg mcam NZ la.





Hujan lebat masa kami nk paking so tunggu la dalam kete. Bila dah reda baru kami berlari2 anak masuk dalam area ternakan lembu ni.

Nampak tak jalan basah2 tu? ha baru lepas hujan la tu...


Kat sini die tunjuk cara perah susu lembu... tapi masa kami sampai tu takde pn org dok perah susu lembu tu, so anak2 just dapat tengok lembu2 tengah makan...



Eh tetibe sesat gamba hahaha sorry gamba tak tersusun sbb ad agambar dr SLR ada dr SJ4000 ada dr henpon hehehhe...


Kat sini ad ajual macam2 produk berasaskan lembu, ada yogurt, susu, aiskrim.. so kami saja la beli aiskrim makan anak beranak. Sejuk2 makan aiskrim nikmat oiiiii... Beli 2 cup ja perasa vanilla dengan coklat. Tapi vanilla sedap lagi kut.





Bebudak seronok dpt tengok lembu.  Nk jalan2 ke luar tak dapat sbb cuaca tak mengizinkan so kami tengok2 dr dalam je. Masa kami balik, hujan makin lebat, takde gaya nak benti. Tapi elok je kami sampai bawah, hujan takde hahah maknanya hujan kat belah atas je la...

Saja je tau.. ni kali pertama saya sampai ke Desa Dairy ni, dlu masa g Sabah zaman bujang dulu, tak sampai pn desa dairy ni...


2 comments :

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails