Wednesday, September 23, 2015

PLAY-DOH® bersama anak anak

Setiap minggu saya memang akan aturkan aktiviti bersama anak2. Aktiviti simple je kat rumah, sama ada bt origami, buat art, main masak2. Apa2 aktiviti yg boleh meransang kreativiti dan imaginasi anak.

Minggu lepas kami bersama2 membuat aktiviti dengan Play-Doh. Dah lama Rayyan request mama utk belikan dia PLAY-DOH®  ni tapi saya je yg selalu melengah2.

Minggu lepas tercapai la impian Rayyan untuk berimaginasi bersama Play-Doh. Masa memula nampak PLAY-DOH®  ni, terus PLAY-DOH® 

"WOW. Colourful sangat mama"

PLAY-DOH®  ni memang didatangkan dengan pelbagai warna menarik, jadi kanak2 akan mudah teransang dan suka untuk bermain. Di samping utk, kita boleh jugak gabungkan dua warna PLAY-DOH® yg berlainan untuk mendapatkan warna yg berbeza. Saya cuba menggabungkan warna merah dan kuning tetiba jadik warna Orange. Rayyan cakap mama buat MAGIK hahahaha...



Masa keluarkan PLAY-DOH®  ni, saya cakapkan Rayyan. Saya nak dia buat sesuatu yg Malaysia je ada. 
Masa tu lama dia diam pikir. Hehe saja nak bagi anak berpikir. 
Lepas tu diam2 dia amek PLAY-DOH®  warna hijau, uli2.. TARAAA...

"Its a turtle mama"

Siap cakap turtle ada dekat Terengganu kan mama. Ni kes kami bercuti Di terengganu awal tahun lepas bawa dia tengok turtle tu yg dia ingat. Hehe pastu saya suruh lagi dia buat something yg lain...


Teruskan mengguli dan berimaginasi. 

Sambil mengguli PLAY-DOH® , Rayyan siap terangkan apa yg dia buat. Dia kata Malaysia ada banyak pantai cantik2. Rayyan suka pergi pantai.

Wah gitu imaginasi anak2 saya rupanya. Pencinta pantai hehehe. Melalui aktiviti PLAY-DOH® ni saya dapat analisi watak karakter anak2 saya dan apa yg dia suka. Dia akan bina mostly apa yg dia pernah nampak, tempat yg dia pernah pergi dan apa yg paling terpahat dalam hati dia masa kami bercuti.
Itu yg keluar idea nk bt pantai, pokok kelapa, turtle untuk melambangkan Malaysia.


Selain turtle, Mercu tanda negara Menara KL pn turun Rayyan bina, tapi tegak gitu aje la rupa menara KL Rayyan hehe takpe inilah masanya untuk asah kreativiti. Sesuai sangat PLAY-DOH® dijadikan bahan untuk anak2 gunakan bg mengasah kreativiti dan bakat mereka.


Hasil dr imaginasi Rayyan tentang apa yg melambangkan Malaysia. Ada KLCC, Menara KL, kawan kindy dia yg nama Adam dan Lee Sook Yen, ada LRT, penyu dan pantai... Eh terselit jugak ketupat hihihi...



Cantik tak?

Ini adalah imaginasi dari budak yg berusia 5 tahun. Saya cuma tlg tgkkan  je masa Rayyan sibuk membina imaginasi dia sendiri, maklumlah adik asyik kacau je abang bt PLAY-DOH®  mama kene monitor adik.



Dan buat kekawan semua, jom kita meriahkan road show PLAY-DOH®
bermula 21 ke 27 September bertempat di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, pengunjung tidak kira samada kanak-kanak mahupun orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka  berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® .

Karya boleh dalam bentuk ukiran, nombor ataupun huruf.  Semasa anda semua mencipta yang baharu ataupun mencipta semula rekaan yang sedia ada. Ini sekaligus anda berpeluang menyertai kempen dari The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari, iaitu pada 26 September (Sabtu). Acara ni akan menyaksikan hasil rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH®

Jangan lupa sertainya ya!!!


No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails