Friday, February 27, 2009

I am Heppiii

Hati saya sedang berbunga2 walaupun baru je lepas menghabeskan dwet hahaha...
Kerinduan pada Encit Lee pun dah terubat.. Ohhh malam neh boley tido lena!

Next week akan hapdet secara besar-besaran maklumlah this week kind of busy skek.. Banyak keje la kene kejar!

Take care babe!

Wednesday, February 25, 2009

I make it!

Hoooreyyyyy..

Semalam berjaya melompat skipping rope sebanyak 1000x..
Masa memula menjinakkan diri dalam proses senaman untuk membentuk body yang mantap neh, boleh lompat 200x je untuk satu sesi tu pun dah mengigil2 kepala lutut, nak berjalan pun lepas tuh lemah je macam tak pijak bumi...Hikhikhik..
Tapi skang dah ok.. Selama 40minit dapat melompat sebanyak 1000x heavenkan? Terasa badan ringan plak...
Peluh pun meluncur ala2 air terjun, rasa fresh! Dah tak sakit2 badan lagi...

Pagi neh menimbang berat badan setelah 2 minggu berusaha, akhirnya reduced 2 kg.. Hooreyyyy!!!!
Inch kat peha pun dah kurang, serenoknya.... Pasni boley lah pakai jeans lama balik ngee~~ Ohhh lupe mak dah sedekah kat orang la baju2 lama yang tak muat tuh.. Hmmmm..

Skang makan pun dah leh control, makan skek je dah kenyang.. Maybe perut dah leh adapt situasi makan skek.. Yang pasti nasi dah tak layan hahaha makan lauk je.. Kekadang makan ikan 2 ekor cam tuh je, omak eh kata dah ghuper kucing siam dah aku neh, meratah ikan.. Hahaha..
Ikan is good ok, a lot of protein!

Mood getting better bile tengok weight scale tadi hehehe...

Tuesday, February 24, 2009

Dugaannnn..

Hmmm banyak sungguh ujian & dugaan..
Think positif Juliana!
.
.
.
.
.

Bertabah lah wahai hati!


Monday, February 23, 2009

Bengganggg!!!!

Weeeeeee aku benggang gilossss neh... Pepagi lagi dah buat aku naek angin, dah la mood aku memang tak baek bape hari neh, pastu masuk opis ada lak makhluk yang menambah bengkak kat hati aku neh....

BLAH la wei!!!!

Aku RIMAS gile ngan si polan neh... Tolonglahhhhhhhh... DUSH DUSHHHHHHHHHH!!!!!!

Could you leave me alone in doing my work??????

Slumdog Millionaire


Saya baru habes baca novel neh.. Slumdog Millionaire...
It was so inspiring sampaikan dalam masa 4 jam saya berjaya habeskan novel neh.. Tak sabar nak taw ending die...

Biar saya ringkaskan kesah novel neh.. Ia kesah hidup seorang remaja jalanan Ram Mohamed Thomas berlatar belakangkan kehidupan di India.. Why Ram Mohamed Thomas? You should read to know how he get this three religion name...Satu hari Ram ditangkap kerana disyaki menipu dalam kuiz realiti TV Who Will Win A Billion yang beliau sertai? Ram berjaya menjawab kesemua dua belas soklan dengan tepat, ia adalah keajaiban kerana Ram adalah seorang anak jalanan yang tidak pernah membaca suratkhabar mahupun ke sekolah, how he did it?

Bagi Ram kemenangan dalam kuiz tersebut adalah nasib.. Beliau bernasib baik kerana ditanya soalan yang diketahui jawapannya, walaupun mungkin soalan itu agak sukar bagi orang terpelajar, tetapi semua jawapan kepada soklan dalam kuiz tersebut die perolehi dari perjalanan hidup die bukan dari mana2 buku, jurnal ataw sekolah..Novel ini menceritakan kisah hidup Ram secara terperinci, pengalaman yang beliau lalui yang secara tak langsung berkaitan dengan soalan dalam kuiz tu..

Why I said it was so inspiring? Sebab kesah hidup Ram yang terlalu daif, gambaran kehidupan di Mumbai, Agra, Delhi yang terperinci sehingga saya dapat membayangkan macam mana situasi hidup kat sana, betapa sesak dan azabnya hidup di kawasan setinggan, betapa peritnya mencari sesuap nasi dan secebis kasih sayang untuk hidup tetapi Ram tak pernah putus asa dan tak pernah kalah dengan kedaifan hidup beliau..
Dia sentiasa melihat sesuatu yang terjadi dalam hidupnya dari sudut positif, isn't it great to have positive thinking like him?

Dari novel ini juga saya dapat mengetahui secara detail kesah di sebalik pembinaan Taj Mahal, kesah cinta di sebalik monumen yang agung itu.. Walaupun kisah tersebut hanya disampaikan dalam beberapa muka surat, bahasa yang digunakan tetap menyentap air mata saya neh untuk meleleh kuar.. Well, its all about sacrifice from a guy to the woman he love!

I really love the writting plot in this novel.. Sungguh menyentuh hingga ke dasar hati saya..
I recommend this book to who always love to read on inspire story...
Worth to read! Believe me...

Cete neh dah difilemkan tapi tak tengok lagi movie die..

Friday, February 20, 2009

Penantian satu penyeksaan

Perghhhh tajuk tak boleh blah...

Aku baru balik dari Hospital Selayang, pastu berdesup masuk ofis.. Yela, doc takmo bagi MC, doc bagi time slip je huhuhuh..

Tadi dah XRay gigi neh, keputusannya dua2 belah gigi geraham bongsu bawah aku neh kiri dan kanan akan di cabut.. Uwaaaaaaaaa....

Memula aku kene XRay rahang so nampak la sume gigi ngan akar2nya skali, lengkap I tell U! Wisdom tooth belah atas tak tumbuh lagi, cuma kat bawah je dah tumbuh tu pun separuh, separuh lagi gedik2 tak mo kuar ada gusi halang...

Lepas XRay, ada session consultation ngan doc sambil check la masalah gigi aku neh.. Doc kata if nak cabut sebelah je die advised bius je la gusi time operation tuh.. Semestinya la aku taknak kan, then doc suggest if aku nak gak general anaesthetic masa operation tuh die adviced aku cabut dua2 belah.. WHY?

Sebab GA ni ada side effect contoh, badan akan naek bagai bola dipam2.. Huhuu menciiiii aku nak kawen tetibe kang badan naek, pening2, loya2, rasa khayal.. Huhuu tapi sebab aku sangat takot bab2 neh so aku amek je la GA dan agreed untuk cabut 2 wisdom tooth tu.. Later or sooner yang sebelah tuh mesti kene cabut gak sebab gigi tu pun takleh tumbuh gak...

Tarikh operation akan diberitahu melalui telefon so skang aku dalam waiting list.. Yang pasti aku kene dok wad sehari sebelum operation and after operation maybe 2-3 hari.. Hmm duduk wad, dah la hospital cam ala2 berhantu je pada aku huhuhu... Takutttttt weii..

Sehari before operation aku dah kene admitted, untuk buat check up.. Check blood pressure, jantung, darah all that.. Besoknya baru aku operate, after operation kene dok lagi dalam sehari dua for monitoring purpose. Skang aku sedang menanti saat2 dipanggil dengan penuh penyeksaan... Huhuhu dua batang gigi sekali mau aku tak ngeriiiiii..
BERDEBAR!

Thursday, February 19, 2009

Al-Fatihah

Tengah malam tadi dapat SMS dari Maz, bagitahu ayah Joza meninggal dunia.. Innalillahhiwainnalillahirajiunn..

Actually petang masa nak balik keje Maz dah SMS aku bagitahu ayah Joza kene strok, maybe coz by one of salur darah die burst... Maz concern about Joza and tak taw nak buat ape untuk meredakan chenta hati die, so I just give her my opinion..

Balik tuh aku SMS Encit Lee gitaw about this, Joza kan best friend die lagi pulak rumah depa dekat je.. Encit Lee contact Joza dan diberitahu ayah die dah tenat...

Sesuatu yang tak dijangkakan bila aku baca SMS Maz subuh tadi.. Terkejot! Cepat2 aku sms Maz minta die bertenang and bla bla bla...

Pagi neh Encit Lee pegi ziarah keluarga Joza, aku tak dapat nak join sebab ada audit..

Ajal maut di tangan tuhan, timbul keinsafan yang tak putus2 dalam hati nie betapa aku sering lalai dengan kuasa Allah yang satu itu.. Astagfirullahalazim...

Sesaper kekawan kami yang baca entri neh, marilah kiter sesama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan doakan agar beliau ditempatkan di kalangan orang beriman.. Aminnnn..

Wednesday, February 18, 2009

Entri untuk February born

She is one of the 8 sisterhood.
Today her burfday..
Hani...
Wish you all the best in your life..
May Allah bless you all the way!
Jangan notty2 ye...
Love u ya dear!


Ini pula Iemah, salah seorang dari 8 sisterhood..
Hari lahir minggu lepas, dah wish dah..
But still nak buat entri neh untuk dia sempena February born gurl..
All the best Iemah, semoga segala perancangan hujung tahun neh
berjalan lancar.. Aminnnn...
Share a lot of sweet moments wif you..
Love u always babe!

Double Date..

Pembuka entri gamba aku dulu..... Hikhikhik seba PINK uuuuu... I loikeeee



Jeng..jeng.. Apekah makna double date itewwww???



Actually last weekend, aku ngan Encit Lee hang out ngan Joza & Maz... Both are our close friends back in TIKL's.. Joza neh kawan baek Encit Lee masa zaman sekolah & orang yang memainkan peranan penting jugak dalam hubungan cinta kami hikhikhik bila ingat balik lawak gak.... Itu nanti lah akan ku sambung stori...



Maz neh plak, one of my best friend masa kat TIKL dulu.. Sama geng la neh heheh tukang cover line kalau aku nak ngedate masa prep hehehe... Weols sangat rapat sebab masa zaman tuh weols berdua neh pemimpin pelajar la kununnya tapi geng2 weols neh sume kaki break the rules.. Kaki fly (rasa budak asrama mesti taw makna fly neh), kaki ponteng prep, dan macam2 kaki lagi... So kami berdua neh selalu la kene aim ngan cekgu disiplin hehehe tapi takda hal punye la... Cover membe beb!



Ektibiti kami kali neh maen boling di One Utama... Maen 2 game je tapi lenguh tangan seminggu huhuhu...




First game, Encit Lee menang, hebat gak buah hati aku neh.. Selalu bile aku maen ngan kekawan die cuma akan teman je memang die tak nak maen.. 1st time tengok die maen bowling tapi dapat strike.. Iskkkkk tergugat aku...




Second game, Joza menang.. Depa bertiga neh sume hebat2 belaka.. Memasing dapat strike tak pun spare.. Aku je yang tak dapat2.. Dapat masuk longkang je berkali-kali, laen kali nak maen lane yang ada pagar tu la hahahah...


By the way, Joza & Maz akan bertunang Julai neh insyaallah dan bernikah pada October nanti.. Hmmm ramai kekawanku akan melangkah ke alam perkahwinan tahun neh.... Pas neh jumpe borak2 pasal anak pulak ngee~~~~

Monday, February 16, 2009

Kursus Kawen


Alhamdulillah weekend hari tuh 14 & 15 Februari saya ngan Encit Lee telah berjaya menyelesaikan salah satu daripada keperluan untuk berkahwin ---- kursus kahwin.. Yea!

Banyak saya belajar dari kursus neh, belajar hakikat realiti kehidupan rumahtangga yang tidaklah seindah yang saya bayangkan selama ini..

Well, hidup ini tak selalunye indah kan? Mungkin perasaan cinta itu akan mengatasi realiti kehidupan rumahtangga yang akan saya hadapi kelak.. Perasaan cinta itu lah yang akan menjadikan hidup berdua itu lebih bermakna.. That's the power of love.. Syukur alhamdulillah saya dikurniakan nikmat perasaan yang satu itu...

Kata orang hidup berdua itu lebey baek, tapi untuk menjadikan kehidupan berdua itu lebih bermakna dan kurangnya jurang perbezaan bukan mudah.. Secara fizikalnya lelaki dan perempuan tu dah tentu2 berbeza apetah lagi dari segi emosi dan kecerdasan minda.. Lelaki dilahirkan dengan tahap EQ vs IQ 1 nisbah 9 manakala perempuan dijadikan dengan tahap EQ vs IQ 9 nisbah 1.. Maka nya, perempuan banyak bermain dengan emosi, mudah tersentuh dan tersentap.. Macam saya! Saya seorang perempuan dan itu adalah sikap perempuan, sikap kamu, kamu dan kamu.. Bukan kamu andai kamu adalah lelaki.. Contoh di sini, perempuan akan sentap sekiranya lelaki tak jawab telefon ataw sms.. Tapi akan berpura2 cool di hadapan lelaki sedangkan tengah harapkan pujukan dari lelaki.. Perempuan sedang bermaen emosi di sini tapi lelaki tidak paham.. Nampakkan jurang pemikiran? Lelaki bukan buat2 tak paham, mereka memang tak paham sebab mereka tidak bermaen dengan emosi kerana EQ meraka hanya 1!! Bagi lelaki, apabila marah marilah beramai2 lepak di mamak nasi kandar layan bola.. Balik rumah marah pun reda, tak perlu dipujuk pun kerana EQ mereka 1, mereka tidak bermaen dengan emosi!! Tapi perempuan sebok nak pujuk jugak sampai naek rimas kawan tuh, dah cool pun boleh marah balik dibuatnya.. Bukankah berbeza tu?

Oleh itu, lelaki ucapkanlah kata cinta itu selalu.. Memang sukar bagi lelaki untuk ucapkannya secara kerap tetapi perempuan perlukan DOS ucapan I LOVE U itu setiap hari.. Ia seperti ubat pil yang akan memangkin emosi perempuan untuk menjadi positif sepanjang hari tersebut.. Tak pecaya? Silalah cuba.. Tak rugi, malah ia akan menambah rasa bunga2 cinta dalam hubungan anda! Dan perempuan, silalah jangan SENTAP ataw MEROYAN kalau lelaki lupa nak berikan DOS tersebut pada anda hari itu, apa kata anda pulak yang memulakan ucapan itu pada hari tersebut, jangan EGO.. I love you, sayang..... Mungkin lelaki pulak akan tersenyum sampai ke telinga hikhikhik...

Secara hakikatnye memang payah untuk wujudkan keserasian tersebut, tetapi ianya bukan lah mustahil untuk dibina.. Kalau nak taw camne, pegilah kursus kawen.. I dah tahu hikhikhik..
Bayar RM80 seorang dapat buku menuju gerbang perkahwinan buku neh masih lagi dalam proses untuk baca, dapat makan, dapat tengok cete Duyung dan Ahmad Albab hehe sume dalam pakej .. Ohh lupe nak beritahu saya pegi yang di Plaza Dwitasek Taman Tasek Permaisuri..

Hasilnya, saya belajar untuk memahami diri pasangan saya dengan lebih baek, saya belajar untuk menjadi seorang isteri yang diredhai suaminya, saya belajar ekonomi rumahtangga, saya belajar cara2 untuk membina keluarga bahagia dan turut terselit macam mana untuk menghadapi malam pertama (ohh bab ini sungguh blushingg naseb baek I ngan Encit Lee duduk jauh giler) hikhikhik...


MC yeaaaa

Hari neh aku MC.. Bukan sesaje ok.. Aku sakit gigi, sakit gigi geraham bongsu takmo kuar.. So gusi bengkak huhu nak makan pun tak boley..

So tadi Encit Lee temankan aku ke hospital Selayang tok jumpe dentist le kononnyer, check up or what so ever la kan..

Sampai je kat sana, diberitahu hospital cuma amek kes if ada reference letter from any clinic.. Woooo ape kes? Aku neh dah emergency neh, gusi asyik berdarah je.. Scaryyy ok, dah la aku neh takot darah.. So pembantu klinikal kat situ advised weols pegi klinik dulu minta doc kat sana buat reference letter.. Hmmm terpaksa la kami balik... Seb bek Encit Lee tak marah, dalam hati takot gak die marah neh.. Ye la, tak ke menyusahkan orang namanye tuh.. Huhuhu hospital dekat2 ada, taknak.. Nak jugak pegi Hospital Selayang, motip?? Sebab aku baca dalam forum, majoriti yang buat minor operation kat Selayang neh dapat bius penuh so terpaksa la aku pegi ke sana jugak supaya aku tidorrrr lena time operation nanti...

Then pegi la Klinik Kg Pandan.. Neh la aku tak paham, nurse kat situ kata hari neh untuk patient appoiment saja if aku urgent sangat nak jumpe doc die suh aku pegi Klinik Keramat sebab kat sana Hari Isnin open for all patient yang takde appoiment.. Adoiiii kenapa la kerajaan mengamalkan sistem camni??? Sakit neh mane ada hari2 tertentu.. Boleh tak untuk satu minggu only Rabu je Klinik Kg Pandan nie terima patient with out appoiment, hari laen untuk appoiment ok... Kalau aku sakit gigi hari Khamis maknanya aku kene tunggu Rabu minggu depan untuk jumpe doc sebab aku takde appoiment.. Boleh gitu?? Sebelum aku jumpe doc mau aku koma dulu kalau dah kritikal tuh.. Huhuhu

Sebabkan malas nak tangguh2 lagi, kang tangguh mau hilanglah keberanian aku untok cabut gigi.. So kami ke Klinik Keramat lak... Aku awal2 dah cakap kat doc yang check up aku tuh, aku nak p refer ke Hospital Selayang, doc tuh cam pelik la die cakap selalunye die refer ke HKL sebab dekat.. Tapi aku berkeras gak nak Selayang hahah sebab aku takot HKL takde bius penuh kehkehkeh akhirnya doc ikot je kehendak aku neh... Ngadessss sungguh!!! Yeaaa hepiii sebab dapat reference letter & dapat MC jugak... Cepat2 tepon Hospital Selayang set up masa untuk buat XRay all that..

Officially, Jumaat neh aku cuti lagi sebab nak pegi XRay gigi.. Then after that baru doc bagi tarikh untuk operation.. Gluppppppp... Takottt ok! Tapi takpe, chenta hati kata die nak temankan.. Hehehe

Hmm teringat plak sesi bergurau ngan Encit Lee time balik dari hospital tadi..

Me : Ohhh mekaseh ye teman pegi hospital, nanti kalau ayang mengandung check up jangan taknak teman plak...

Encit Lee : Nak cabut gigi pun abg teman, nak check up baby lagi lah kene teman... Cuma satu je, jangan lah ayang buat perangai nak bersalin kat Johor plak...Hikhikhik

Me : Haaaaa ape kejadah sampai ke Johor???

Encit Lee : Ye la, sat gi kang ayang baca forum mane ntah kata bersalin kat Johor neh tu la ape la sakit kurang la, ohhh tetibe ayang nak p sana lak bersalin...

Me : Ayang takde la penakot sampai tahap tuh, bersalin kat mane2 pun sakit sama je......

Encit Lee : Hahahahaha mane taw....


Adussss terkena aku hari neh..
Tapi aku memang penakot pun bab2 medical neh, thats why la tak jadi doktor... Seb bek lah dapat pasangan yang memahami aku dan tak pernah komplen pun sikap aku yang penakot tahap dewa neh ngee~~~

Friday, February 13, 2009

Wisdom Tooth punye pasal!

Gigiku sakitttt.... Gigi geraham bongsu..

Dah lama dah sakit, start masa aku kat UKM lagi.. But sakit die on and off, but now sakit tuh dah menyerang kembali...Aku dah check ngan dentist masa kat UKM dulu, selepas melalui proses Xray all that, dentist identified wisdom tooth aku tuh takleh tumbuh normal, die tumbuh menyenget & sebelah lagi gigi tuh takleh tumbuh sebab ada tulang gusi aku menghalang gigi tuh untuk timbul... SCARYYYYYY ok! Tergamam seketika aku masa dengar penjelasan dentist neh..

Dentist adviced aku untuk cabut je gigi tuh, but it was not normal punyer proses cabut gigi.. Sebabkan kedudukan gigi aku tuh agak complicated, dentist tuh ngan muka selambe dok terangkan kat aku he need to do some minor operation to take the precious wisdom tooth out...

Hello lovely dentist, did u know when u explained it to me i was soooooo scared.. Better don't explained it at all, bcoz of ur explaination until now i tak pegi cabut lagi gigi tuh sebab takot.. More to phobia actually! Huhuhu kalau dah penakot tuh memang dengar cete je terus pikir memacam kan? Terus tahap phobia meningkat... Ngeee

The operation will look something like this based on the dentist explaination la kan, the dentist need to cut my gum sebab die nak take out the tooth yang tersembunyi kat dalam gusi tuh.. The tooth also will be cut into two, means yang di atas gusi dan di bawah gusi.. Yang di atas gusi tuh maybe nak take out die is not too complicated cuma proses nak potong gigi tuh je la.. Can U imagine?? Aku neh dah la imaginasi tinggi, dah memacam dok terbayang dalam paler otak aku neh... Nak guna ape die potong gigi tuh? Gergaji kecik?
OMG.... Mulut aku neh kecik je, segala perkakasan yang nak masuk dalam mulut aku tuh aku leh tengok sebab aku dalam keadaan sedar cuma bius gusi je, korang rasa aku sanggup ke???

For sure and 100% I will answer NO, I am not WILLING!!!

Actually, I pernah pegi balik to the dentist nak pegi cabut la kononnya.. But, once I entered the room, muka ku pucat lesi tanpa darah.. Tangan mengigil tahap parkison, sejuk macam iceberg dah kaki tangan neh.. And lastly, dentist tak nak buat operation tuh sebab tengok muka aku terlalu pucat, so die suh aku balik je.. Come back when I am prepared... Huhu sampai skang aku tak pegi...

Maybe next week aku akan pegi hospital, but I will ask the dentist to bius me until I sleep.. I am not willing to see all the special tools & events during my operation are on going...

But did u guys have hear anybody bius tido untuk cabut gigi geraham bongsu neh?

Thursday, February 12, 2009

Senaman yuk!

Start bulan February neh aku dah gigih bersenam... Hehehe cam tak sangka lak aku leh konsisten bersenam camni.. Skang aku senam pas balik keje.. Dalam 30-40minit camtuh..
Memula tuh kejang gak la betis neh tapi skang dah okeh dah hehehe...
Syioookkkk woo tengok peluh berjurai2 kuar, tetibe rasa cam atlet kat padang pulak....


Baru2 neh aku beli dumb bell 2lb, skipping rope wif counter & sauna belt...
Setakat neh aku berjaya skipping 400x sehari, akan di top up as times goes bile aku rasa stamina dah power eeewahhhh..
Pastu aku buat 10minit strength work out, neh aku akan pilih la memane work out yg berkenan tok abs ke, thigh ke, arms ke....
Pastu lak buat cardio work out for 30 minits, cardio neh bagus untuk weight loose..
Selalunya aku follow video je... Video yang aku beli ataw yang donlod...
Skang aku dah terer. Aku donlod je guna torrent tak pun youtube...
Mekaseh kepada Encit Lee sebab ajar aku camne nak download video dari youtube...
Video yang tengah hangat aku dok follow skang dari Jilian Michaels...
Gile best senaman die, memang complete la dari warm up, cardio, core strength, warm down...
Perghhhh.. tapi memang ketaq lutut la pas aku follow senaman die...
Ngee~~~~ But lepas dua tiga kali follow, OK je.. Bersemangat aku...

But skang aku tengah berusaha untuk bangun awai dan bersenam di pagi hari..
Sebab melalui pembacaan aku, bersenam di pagi hari lebey berkesan..
Becoz selalunya bile kiter bersenam for the 1st 20 min, our body only burn glikogen iaitu simpanan carbs dalam badan, only after 20 min baru start burn fat...
So bile pepagi tu kan baru bangun tido, carb dalam simpanan pun tak banyak lagi so proses burn fat tuh akan lebey cepat la...
Hmmmm.... And I feel so lucky sebab Encit Lee sangat supportive dalam bab neh...
Hehehe walaupun selalu kene sakat ngan die sebab selalu terbabas nak bangun awai skek tok bersenam tapi benda tu la yang jadi pemangkin paling kuat untuk bangun awai...

Secara total, aku ada dua sesi bersenam, which is selepas semayang Subuh ngan lepas balik keje...

In term of food skang pun aku dah leh control..
Dah 4 hari aku tak sentuh nasi, kejayaan yang besar bagi aku setakat neh...
Hehehe... Aku makan ape?
Aku makan 5 kali sehari taw... Untuk orang nak diet, pleaseeeee jangan tak makan...
Sebab if u stop to eat then ur body will slow down ur metabolism, kalau metabolism takde camne nak pembakaran lemak...
Thats why aku makan 5x sehari but in the small portion..
Hehehe memang payah pada 2 hari pertama tapi now dah bese je...
Rasa pelik lak if tetibe aku makan cam dinasor..
Hahaha...

Dan lagi satu skang aku amalkan minum green tea..
Puas aku surf kat google about this green tea, actually its boost up ur metabolism.
So bagus la minum, lagipun green tea neh anti oksida, bagus untuk kulit dan mencegah kanser..
Wahhh dah jadik dokter pulak aku.. Bukan dokter cinta plak kali neh, tapi dokter diet...
Hahaha...
Sharing is caring, rite?
So tak salah aku share informasi yang aku tahu...

So sesape yang bercadang nak buat liposuction bagai, hold la dulu..
Try dulu work out.. Save money! Lagi satu tak sakit hahaha..
Untuk orang cam aku memang la, berjumpe doctor itu ibarat cam jumpa monster je..
Takot giler ngan doctor.. Huhuhu takot jarum, takot darah, takot pisau bedah, takot sakit...
Kesimpulannya memang aku nak jaga kesihatan untuk elakkan diri dari jumpa doktor..
Hmmmm... Tapi kalau mengandung & bersalin nanti aku tak taw la camne kan?
Neh nk kawen nak amek darah tok HIV test pun dok takot2..
Tapi tak buat HIV test takleh kawen camno?

Boleh tak time amek darah doktor pengsankan aku dulu?
Wahai doktor2 di Malaysia, silalahhhhh jawabbbb!!!!!!


Wednesday, February 11, 2009

A day wif 8 sisterhood lak..

Selepas a nite berjimba bersama 8 sisterhood.. Skang a day lak beronggeng bersama mereka...
Haruslah bangun awai untuk membuat persiapan, awai pun idak ler awai benar.. Koi 8 gak la..
Ngee~~~ Mane mampu bangun awai sangat kalau dah tido nyer koi 4 pagi....

Perbahagian tugas berlaku di sini..
Take sebok menggoreng kuew teow kerang campur udang untuk bekpes rakan2 sekalian dan juga bekalan untuk ektibiti hari ini...
Saz & Hani sebok memotong buah..
Aku & Imah membuat inti popia...
Mawar sebok bancuh air..
Azrin sebok membantu rakan2 memenuhi keperluan kuali la, pisau la, papan pemotong la, tupperware la... Kehkehkeh..
Liza? Tolong potong2 kot.. Ngee~~~

Gamba di bawah memasing ngah bizi membalut inti popia.. Hikhikhik ada tragedi di sini.. Aku, Take ngan Hani sebok membungkus popis.. Liza & Saz sebok menggoreng di dapur...
Nase baek tak hangus dapur Azrin & Mawar dek penangan Liza.. Kehkehekeh ... Tisu je terbakar pun, tapi sebab panik.. Alahaiiiii, menjerit je la makcik tuh... Seb bek ada Saz penyelamat di situ, dengan rilek je Saz bawa Liza p sink untuk jirus api tisu yang terbakar tadi ngan air..
Geli hati~~~~



Dah settle segala bekalan, masa untuk isi perot plak... Mari makan kuew teow air tangan Take...
Sedddaaappp menjilat pinggan.. Memula dah asingkan satu bekas untuk bawa sebagai bekalan tapi ngan bekal2 tuh skali ktorg rembat kasi habeskan...
Giler pelahap.. Alasan kami, takot kat sana no food allowed....
Kami ke mana ye?
Tungguuu...


Kami ke sini.......
Desa water park.... Ala sebelah highway Sg Besi tuh yang dekat ngan loji pembersihan air tuh...
Actually outside food no allowed, tapi gigih toi kami menyorokkan makanan yang di bawa tadi popia la, jajan la, air la dalam tuala dan kain baju memasing..
Kehkehkeh tertipu jugak la penjaga pintu tuh...


Sebelum masuk haruslah pakai sunblock kan.. Kang ada yang balik kang jadik tunggul kayu terbakar lak.. Kehkehkeh... Pakai jangan tak pakai...
Masa neh punya la kalut, sampai tertolak ibu mengandung seb bek takde kecederaan fizikal & baby pun OK..


Keseronokkan tak perlu cete la.. Memenang syiokkkkk habes gua cakap lu....
Puas kami berendam, belajar renang la, maen ombak la yang paling best skali.. Wave nyer sungguh la tinggi, hampir lemas gue.. Aku mane nak kuar pelampung, dok je dalam tuh.. Takot lemasss maaaa....



Dalam koi 4 lebey baru kami gerak kuar dari Desa Water Park... Pegi ke komuter Mid Valley untuk hantar Iemah.. Iemah mau pulang ke Sg Buloh...
Then singgah makan di tepi Jalan Bangsar dekat ngan Menara TM tuh.. Tak pasti nama kedai...
Lapar sangat perot neh, sekejapan je habes licin makanan kami telan.. Wahhh macam dinasor lak rasa.. Food kat kedai neh sedap gak, harga pun OK, next time leh makan sini lagi...
Makanan di taja oleh Saz, mekaseh Saz belanja makan.. Yummmyyyyy!!! Tapi tak kenyang leh tak? Ngee~~~~ Perot dinasor betoi la!


Sebelum balik, Mawar ngan Azrin bagi birthday cake kat aku...
Handmade by them.. Ohhh terharuuuu....
Sungguh sedap kek tuh.. Habes aku ngan adik2ku kat umah bedal...
Mekaseh Mawar & Azrin...


Thats how we spend our day together.... We really have fun for the day!!!!!
Chill out gurls, we should have this activity again next time..
Mmmuahhhhh.. Love you all girls!
Really appreciate friendship bond we have..... It worth that anything else!

Thursday, February 5, 2009

A nite with 8 sisterhood...

Weekend ari tuh kami beramai2 tido umah Azrin & Mawar.. Hehehe saja melepak before weols pegi ke jeng jeng besok nye... Hiks...

Ohhhh dah lama tak spend masa together with the 8 sisterhood altogether.. Selalu mesti ada yang tak leh join.. Selalunyer tuh aku lah... Ngee~~~ Ok geng, jangan marah k? Kater adek badek... Kehkehkeh...

Saz ngan Take pick up aku kat umah, best woo nek kete Saz.. Rinduuuuu.. Dulu g kelas kete tuh la yang aku tumpang, banyak berjasa tuh! Sampai Bangi dekat nak magrib.. So tunaikan ape yang patut, sesambil tuh sempat lagi bergossiipppann.. What else to do??? Bile 8 sisterhood berjumpa harusssslah banyak gossip yang nak dihapdet...

Mawar ada diner fakulti, so tinggallah kami... Next, kami menuju beramai2 ke pasar malam Bangi... Ohhhh pasar malam neh pun dah hampir 2 tahun aku tak p... Motip utama, Saz nak borong tudung.. weeehuuuu syooopiing sakan makcik tuh ngan tudung2 nyer... Akhirnyer dapat gak aku lepas rindu makan Char Kuew Teow Pulau Mutiara yang lazatttt tuh.... Gluppppppp... Terliur plak bile teringat Char Kuew Teow..


Setelah tapau2 makanan memasing, weols balik umah.. Makan kat umah sambil gossipppan lagi.. Baru lahhhh feellllll.. Dah kenyang sume layan HBO kat TV sambil tunggu Mawar balik...

Yessss.. Weols ada plannnn baekk punye malam tuh..... Hehehehe....

Mawar sampai je umahh, sekejapan je tukar baju... Zasssss pegi Ceriabox Kajang tok karok ok!
Ngee~~~ Ini ektibiti wajib kami setiap kali berjumpe, maklumlah memasing nak beradu suara sape paling sedappp la katakan.. Ohhhh aku terkecuali di sini sebab suara aku spesel skek sampai Hani pun jadik rindu rinduan.. Ngee~~~~~ Kan Hani?

Serius 2 jam tak cukup ok... Tapi kesian plak kat baby Take, mesti terkejot dengar suara yang pelik2 malam tuh... Seb bek ada jugak lagu nasyid yang kami koirkan bersama so keinsafan di situ kejap hahaha...

Ohhh bukan nasyid je, lagu Raya pun kami layan sekaliiiiii hehehe.. Selain tuh, atas permintaan anak buah Hani, lagu Awas pun kami 'rap'kan jugak hikhikhik...


Pukul 2 pagi baru kami sampai umah, tu pun tak tido lagi.. Sempat lagi bergurau2, dok pikir macam mane susunan nak tido kehkehkeh rinduuuu ooo saat neh.. Dah lama tak tido berhimpit2 berlaga2 ketiak camni, sampai hamster Azrin pun kene halau letak kat luar.. Maunyer tak kene halau hamster tuh memasing penakot, kang ada plak yang bersilat tengah malam... Hamster tu bunyik minum air pun, memasing pun dah berdebar2... Tekanan kata Hani.. Kahkahkah.. Seb bek aku tido bawah, kater pangkat kakak kan haruslah mengalah biar adek2 tido atas katil eeewahhhhh....

Time kasih kepada Ajilin malam tuh sebab sponsor sepenuhnya ektibiti karok!!!!! Semoga murah rejeki Ajilin....

Wednesday, February 4, 2009

Maut VS Inkheart

Last week sesi dating bersama Encit LEe dihabeskan dengan menonton wayang dua sekali gus.. Muahahah actually nak habeskan rebet kad kredit sekali gus selepas ini nak potong terus kad hutang tuh.. So neh sesi tok melangsaikan rebet yang banyak tuh la.. Kalau tak guna, rugi wooo..

Pagi tuh kami berdua together2 gerak ke Berjaya Times Square.. Hmm dekat je ngan umah.. Dan aku yang ingatan ala mak nenek neh lupa nk bawa HP so tiada sebarang gambar dirakamkan.. Hahaha..

Jadik aku bagi preview filem je la eh.. So sesape nak nonton wayang pasni leh la pertimbangkan cete yang aku dah nengok neh..

Maut


3 kisah dalam satu filem.. Tema cete neh agak berat, tentang kematian yang akan menjemput kiter tanpa kira masa, tempat ataw kebersediaan kite.. Permulaan cete dimulakan dengan sehelai daun yang gugur dari pokok maut.. Ok, sebagai orang Islam kiter dah sedia maklum, nama yang tercatat di atas daun itu lah akan di cabut nyawanya oleh Malaikat Izrail.

Kisah pertama, mengisahkan roh seorang gadis yang tak tenang setelah mati di bunuh & dirogol.. Rohnya datang meminta bantuan Sue untuk mencari tempat pembunuhan sekaligus mayatnya dapat disemadikan dengan sempurna..

Kisah kedua tentang seorang pramugari yang kahwin dengan mat saleh.. Hidupnya dah terpesong jauh dari landasan Islam.. Dia koma setelah kemalangan, semasa dalam koma die telah diazab dengan terukk.. Time adegan neh aku terasa ngeriiiii sangat... Huhu korang tengok la sendiri... Pas koma, terus insaffff si Farah tuh...

Kisah ketiga pasal budak black metal, JayJay.. Hidup tidak percaya kepada Allah.. Mempersoalkan kewujudan Al-Quran.. Mati dengan dasyat dalam kemalangan, ketika proses menyempurnakan jenazah banyak aib yang berlaku.. Tayar van jenazah pancit la, air mencurah2 dalam kubur time mayat nak diturunkan, tanah kubur mendap... Huhuhu

3 kisah neh nampak cam simple, tapi sangat memberi impak bagi aku... Walaupun aku dah biasa je dengar kesah2 camni, tapi sekurang2nya filem neh bukan bertemakan hiburan semata2.. Ia mampu memberi peringatan yang jelas kepada kiter sume...

Pas habes je Maut, cepat2 kami p solat.... Tapau Wendy's.. Ohhh Kat BTS dah ada Wendy's taw... Sangat Yummmyyyyyyy!!! Lagi berjuta2 ganda sedap dari McD, dan yang pasti daging die lagi besar... Hehehe pasneh haruslahhh aku ke BTS je nak makan Wendy's hahaha

Inkheart


Dah puas ngan cete berat, kami tengok plak cete fantasi.. Cete neh Encit Lee yang pilih.. Hehehe pastu menyesal kata tak best..

Tapi bagi aku best je... Cete neh pasal Branden Fraser yang ada anugerah yang sangat unik, bile die baca je buku secara loud, sume karektor yang die baca akan jadik live... Tapi satu watak dari dunia asal neh akan masuk plak ke dalam dunia buku yang dibaca tadi...
Kejadian jadi agak huru hara bile karakter buku yang jadi live tadi adalah watak jahat...
So the adventure begin hehe..
Aku suke sangat bile die kuarkan watak rapunzel dan Ali Baba hahaha imagine la orang zaman padang pasir masuk ke abad 20.. Macam2 perangai pelik & lawak yang timbul hehehe...
Memang best, p la menonton ya..... Aku malas lak nak naip nehhhh..... Aku bagi 4/5 bintang la tok cete neh...

Tuesday, February 3, 2009

Birthday Celebrate wif Mr Lee

Last Friday kan birthday aku.. Pas keje, Encit Lee ajak makan, and suh aku decide nak makan ape.. Hehehe neh yang aku suke bile suh buat pilihan nie, tekak aku neh kan nak makan yang pedas je.. Western2 neh aku kurang skek la.. Hohoho jadik aku cakap la aku nak makan tom yam sedappp.. Die ajak aku p BBB Tom Yam kat Bangi tempat faberet aku tuh tapi cam jauh plak... Pas opis hour p, koi bape plak aku nak sampai umah hehehe so last2 weols decide makan kat Tom Yam 3000 Kg Baru...

As usually, perjalanan ke Kg Baru yang sepatutnya 10 minit dari tempat keje Encit Lee jadik sejam sebab trafik sesak kat Jalan Tun Razak nun padahal perot dah lapar giler neh.. Siap dah masuk angin bagai, maklumlah dah bape hari aku tak makan nasi...

Cam bese la, dah makan kedai Tom Yam harussslah order Tom Yam.. Dan lain2.. Malas nak taip panjang2.. Ngee layan je la gambar...


Hahaha gambar makanan pun tak banyak.. Ye la, dah kebulur.. Sampai je makanan cepat2 ngap ngap ngap masuk mulut..... Sedapppp gak Tom Yam kat sini.. Len kali leh la mai lagi kot...

Pas makan, Encit Lee antar aku balik.. And aku dapat birthday pressie yang pertama untuk tahun neh....

Yeaaa.. dapat kad ngan pen.. Wahhh pen neh boley lah aku guna tok sign cheque..
Giilerrr la, sape nak bagi aku sign cheque tuh gamaknye ye...
Tahun neh kad pun kad beli, Encit Lee tak buat kad sendiri maklum lah dah keje neh.. Mane ada masa.. Hohoho takpe I memahami.. Ngeee~~~


Pen tuh sangat cantek.. Aku sukeeeee!!! Heee sweet je, pandai Encit Lee pilih tok aku yang cerewet tahap dewa neh..

Thats all.. Aku ketandusan idea neh....

Pape pun, thanks to Encit Lee to celebrate the birthday wif me.. Belanja makan tom yam, bagi hadiah yang best dan cantet..

And thanks to all my friend yang wish for my birthday.. Thanks to 8 sisterhood.. Weekend ari tuh kuar lepak ngan depa, thats would be on next entry..























Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails