Monday, April 30, 2012

di sini!

Hari ni aku masih bercuti...di sini! Hehe bk kl nanti aku bg review baik punye.....


Selamat bekerja korang....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 28, 2012

Gambar Fasha Sandha ngan Jejai


Tahniah Fasha Sandha dan Jejai;.
Semoga berbahagia ke anak cucu..
Cantek sangat aku nengok Pasha nie..
Aku suke je Pasha ni, tapi tu aku tak amek port la sosial idop die.
Dari segi lakonan mmg aku suka.





Seluruh Malaysia rasa’nya sudah mengetahui yang Fasha Sandha sudah pun selamat bergelar isteri kepada Rizal Ashram Ramli atau lebih popular dengan gelaran Jejai. 

Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur malam tadi & di’hadiri oleh ahli keluarga, teman teman rapat, para artis & juga media. Pengantin perempuan, Fasha Sandha anggun dalam persalinan berwarna cerah rekaan eksklusif Rizman Ruzaini dan hadirin boleh nampak yang aktress ini tampak berseri seri.

 pic ; rotikaya

Majlis pernikahan mereka sebenarnya agak eksklusif kerana hanya sekitar 300 jemputan sahaja yang dibenarkan masuk & dengar khabar ada juga yang berani hadir tanpa jemputan. Tahniah buat pasangan ini yang kami kira sudah banyak kali mengharungi cabaran sepanjang hubungan mereka berdua & kami berharap ikatan sah mereka ini bakal kekal selamanya.

sumber ; rotikaya

Friday, April 27, 2012

Sytawberry manis


Selalu Strawberry masam kan?
HA, kalau nak strawberry manis, beli strawberri korea.
Dijamin manis.
Tapi mahai sikit la, sekotak comel tu RM10.
Ritu saja beli, sekali manis gile...
Ha memang sedap la makan kan.

Tapi sebab nak feeling Tok Ti.
Makan la bersama cokelat Hershey..
T_____T
Rasa biasa je, sebab strawberry dah manis so kurang menyengat la.
Kalau masam sesuai la letak cokelat nie.





Thursday, April 26, 2012

Pakwe mana pulak ni?



Hi..

Saya nak gi skool, nak ikot?
Hehe budak ni sangat la keletah ok.
Pagi2, sebok nak pakai beg.
Bila tanya nak gi mana, nak gi skool katanye..
Padahal nak gi umah opah die...

Kalau jumpe duet, kita tanya nak beli apa.
Dia kata nak beli "roti"..
Adoiii haiii.
Anak oo anak...

Tapi Ar-Rayyan ni la pengubat hati mama...
Kalau penat balik keje, rasa ilang letih bila main ngan dia...

Semoga anak mama membesar ngan sihat ye!

Western Cuisine sedap @Station 21, Bangsar

Station 21 ni adalah port makanan western peberet ku.
Selalu pi time lunch hour ngan budak2 opis.
Ritu try gi ptg time wiken ngan hubby tapi tak bukak plak.
Next time ekne gi lagi, sbb hubby tak pernah try lagi ni.

Apa aku suka kat Station 21 ni?
Menu2 die sedap2...
Gravvy dia ada 3 j2nis, blackpepper, mushroom, garlic.
Tiga2 aku pernah rasa, tiga2 sedap..
Yummeh....

Meh tengok apa kami makan...
Yang ni grilled chicken with blackpepper souce!




Yang ni grilled chicken with garlic souce... Sedap tau nie!


Yang ni chicken chop with blackpepper souce..


Yang ni sapgetti Marinara...
Spagetti dia memang terbaik..


Yang masak kat sini aku rasa chef2 hotel kot.
Dulu maybe pernah keje kat hotel, sebab rasa die memang sedap...
Diaorang masak pun siap apkai baju chef.
Kebersihan memang terjamin la..

Station 21 ni kat medan selera sebelah Bangsar Village tu, leh  la terjah ye korang!


Tuesday, April 24, 2012

Rayyan's Punye tempat Lepak

Heheh walaupun rumah kecik cenonet.
Tapi as mommy, sure aku ada gak impian ank set up play room tok anak sendiri.
Kuarters yang ktorg duduk skang, ada 2 bilik je.
Satu bilik aku dah buat bilik stor.
Satu tu bilik ktorg.
So memang takde bilik lebey.

Terpaksa la aku amek satu sudut corner tok jadikkan play corner Rayyan.
Its actually tempat nak lambakkan barang2 and toys dia.
HAHAHA. 
Kemain banyak la hai permainan anak aku nie.
Ngan CAR la ngan LION la..
Ball la, ntah pape lagi.
Ni pun hubby dok nak belikan kusi meja tok Rayyan menulis lak..

Asalnya ini la play corner Rayyan.
Nothing fancy pun.
Just ada ABC mat, yang tu baru beli hehe sekali ngan evamatic mat gambar CAR.
Rayyan ni obses CAR, so anything must have gambar2 car.
Baru dia eksited.




So nak mencatekkan keadaan agar nampak ceria.
Mama nye telah beli wall sticker deco.
Ala beli yg bese je, RM5 satu set.


Pastu mula lah projek tampal menampal.
Amek ada gambo animals.


Inilah hasilnya.


Ok, dah siap corner exploration tok Rayyan. Tinggal nak beli kusi meja je.
Hehehe. Ingat nak beli rak yang with box tu.
Senang nak organize toys Rayyan.
Skang ni toys, pencil color, coloring books die memang sokmo la bersepah2.
Sakit mata mama...


Korang pun macam saya gak ke?
Rumah kecik tapi angan2 besar punya omak. 
Jadik la kan?

Canvas printing dah sampai..


Canvas printing yang order dari Milkadeal dah sampai...
Hikkk berantu sungguh Milkadeal tu..
Rasanya dah banyak yang aku beli dari promo2 website tu.
Beli photobbok je dah bape bijik.
Baru2 ni ada beli gak..
Beli apa?
Jeng jeng jeng.... 
Nanti kita share....

Meh nengok gamba yang dah selamat dicanvaskan...

First!
Mestilah gambar Rayyan anak kesayangan....
Ha, besau kemain muka Rayyan..
Puas hati tengok!


Second...
Gamba kami berdua romantika de amour di Cameron Highland....
Hikhik..
Gamba kawen ingat nak print lagi besau..
So hold dulu...


Ketiga...
Gamba Rayyan masa baby...
Gambar ni rasa sangat meaningful...


Tiga2 gambar ni belum gantung kat dinding pun lagi...
Tak tau nak letak kat ne...
Kalau nak tunggu rumah baru ntah tahun bila....
Hurm......
Tengok la bila dapat gantung hahaha...


Monday, April 23, 2012

Menang Pakej Honeymoon @Golden Palm Resort Worth RM900+

Alhamdulillah, rezeki bulan April.
semalam kami ke Gold Coast.
Eh eh bukan Gold Coast Australia tau.
Gold Coast Sepang je, amek voucher free stay nie.
Last week dapat call bagitau aku menang luck draw kat website diaorang.
Aku pun tak ingat ntah bila aku masuk lucky draw tu.
Rasa macam tak caya je.
So hadiahnya dapat free stay 2D1N kat Traveller honeymoon suite di Golden Palm Tree Resort Sepang yang berharga almost RM900...

Rasa bersyukur sangat sebabnye, hotel ni adalah antara destinasi hotel yang aku tingin nak gi honeymoon.
Tapi bila tengok rege die, bulan madu kat rumah je la jawabnya.. HAHAHA..


Ini la dia voucher yang buat kami laki bini tersengih sepanjang hari....
T______T
Merasa la honeymoon tempat ekslusive...
Dulu kat krabi ekslusif gak tapi murah..
Yg Golden Palm ni mahai bebenor pernite punya rate, tak tergamak nak bayar.
Dapat free haruslah tak lepaskan pelung...
Hehehe....

Tapi tak sure lagi bila nak p, sebabnya skang dah ada 4 pakej oliday dalam tangan.
Bulan 10 nanti dah ada tix flight ke Langkawi ngan famili,
pastu dah ada tix ke Zoo Taiping, ada lagi satu tu rahsi, and yang terbaru ni la Gold Coast Sepang...
Walaweiii.. tahun ni betol2 cuti sakan la....
Tak kisah la walau dalam Mesia pun..
Tahun ni belum boleh lagi nak ke obersea.
Banyak komitmen tahun nie...
Semoga ada rezeki tahun depan...
Amin....



Kenny Rodger Roaster @ Viva Mall

Ni wiken 2 minggu lepas kot.. Tetibe pagi takde air, memang tak sempat la nak masak for lunch. Naseb baik pagi tu dah bekpes nasi lemak, so heavy la sket.
Ingatkan dalam tengahari gitu ada la air, tapi bila buka Twitter Syabas tengok dia takde pun notify pasal takde air ni. So aku pun tweet la Syabas tanya. Sekali katanya kol 9 malam baru ada air. CAIS!!!!
Hangin gile aku..

Sebabkan tahu dah takde air, hubby pun ajak g makan kat Viva Mall. Dah kelaparan, malas nak pikir gi mana dah.
So kami makan Kenny Rodger je, peberet hubby.
Sejak ada Viva Mall ni memang sokmo la makan kat KR ni.

Hubby amek quarter plate nie.


Me amek Spagetti ni. Pelik rasanya, ada bunga kantan ke hape ntah. Tak habes pun aku makan.


Yang no tok Rayyan. Rayyan memang suka Pasta ni, habes licin semangkuk ni Rayyan bedal. T____T


Rayyan yang kuat makan...


TEngok la budak kenit ni, eksaited pakai topi baru... Rela je pakai topi tu, kalau tidak ekmain susah nak suh pakai topi.. Bila cakap "ensem" terus pakai.. HAHAHA


Dah selesai makan, haruslah ada sesi tok Rayyan kan...
Apa lagi sesi naik kereta la...


Kat Viva ni, kereta2 gini memang ada kat setiap eskalator. So tiap kali lalu eskalator, rayyan mulalah mengeletis nak naik. Takkan tak bagi, kang melalak plak. Tapi tak msok duet pun, kasik die main2 aje..


Friday, April 20, 2012

Dinner Arab Cuisine @Al-Rawsha

Semalam balik keje, letak beg terus gerak bawa Rayyan gi klinik. Dah 2 hari Rayyan cirit birit dan semalam badan dah start panas. Sebabkan dah tahu klinik yang nak peri tu bila malam je ramai orang, kami cepat2 siap gerak pergi.. At least leh jumpe doctor before Magrib. Masa tu memang hujan lebat la kan..

Sampai je klinik nasib baik takde orang. Suka jumpe doctor kat Klinik Kita ni, doc akan explain why and why and apa precautions kene ambil next time. Doc kata Rayyan is having normal reaction sbb salah makan sebab tu dia berak2. So kene tukar susu without lactose. Mahai gak susu tu. Tapi takpe la, kejap je, sementara perot Rayyan nak ok. Doc cakap juga if die berak2 lebih dari 5 kali sehari, itu baru kira cirit birit yg disebabkan virus mcam rotavirus ke apa.
So lega lah hati kami.

LEpas jumpe doc, perot memang lapar tapi susah plak nak g makan sbb hujan lebat giler. So weols decide nak makan Arab cuisine kat restorant Al-Rawsha. Area bulatan Kg Pandan tu.
Actually bukan sebab apa, kat situ ada nasi dan drive tru HAHAHA..
Malas nak turun kereta punya pasal.





Kami drive tru je order makanan.. JAngan lupa mintak menu ye...


En somi yang order menu. Actually this is first time somi nak try makan Arab Cuisine ni, saya memang selalu makan kat Saba Cyberjaya nun.


Ni la menu2 nya. Harga pricey compare to Saba. 


The direction. Kat bulatan Kg Pandan amek exit yang menghala ke MRR2 or Cheras. Betol2 tepi jalan, building amcam istana tu. Sebelah die restorant Cina, jangan kompius ye.

Drive tru die sekejap je, takayh tunggu lama2 pun. Tu yang best!


Kami order Lamb Mandy. Memula hubby nak order 2, memasing kebulur tak lunch tapi saya dah pesan amek satu je  sebab portion makanan Arab ni besar.

Nampak mcam sikit kan? Nak lagi kambing tu alahai 3 ketol je. Jangan tertipu... Banyak sebenarnye ni... Kambing tu sampai habis nasi pun cukup. Siap boleh ratah, besar dan tebal isinya...



Walaupun kongsi berdua pun tetap ada lebih. Yela nasi die guna nasi yang panjang2 tu, Basmathi.. Cepat je dah kenyang. Memang berbaloi2.. Lamb Mandy ni harga di RM25. Ok la, sedap berbaloi dan dijamin halal.





Thursday, April 19, 2012

steak dari chef juelee


Hasil air tangan. Grilled chicken with blackpper mushroom sauce. 
T_____T
Walaupun maybe takde la nampak tempting, tapi percayalah, rasa tu tetap boleh dimakan HAHAHA..
Nak jugak puji.
Skang ni masak sume ala sihat aje, grilled, steam, sup, rebus. Kata nak diet!





Published with Blogger-droid v2.0.4

New Red Car in The House

Since mama and papa ada rezeki lebey bulan ni, kami decide nak belikan pezen tok Rayyan. 
Dah lama pun tak beli toys. Selalu tetiap bulan, saya cuma belikan buku je tok Rayyan. Toys2 ni sume yang beli masa Rayyan baby dulu. And kebanyakkan basikal ke apa sume opah Rayyan yang belikan. 
Untung betol jadik cucu tunggal ni. Rezeki Rayyan la kan.

Sebabkan Rayyan suka sangat ngan CAR so kami decide belikan Rayyan ni!
Red CAR.
Abaikan rumah yang sepah tu. Test gear, laptop pun ada dok celah tu. Adoi hai, semak betol rumah!


Rayyan sangat suka kereta ni. Siap makan, minum susu dalam kete. sampaikan ajak tido pun takmo. Ktorg laki bini dah masok bilik, Rayyan buat dek je. Dok ralit main dalam kete. Adohai....


Cuma kete ni agak besar. Dah la rumah sempit T_____T tambah plak ngan kereta merah ni. Memang dah ciput je ruang yang ada.  Tapi takpe, janji Rayyan happy!


Wednesday, April 18, 2012

Resipi: Spagetti Aglio Olio sesuai buat anak2 dan bapak2..


Hurm oleh sebab now Rayyan picky on solid food, beliau hanya suka makan pasta dan seangkatannya... Kalau bagi nasi bercinta la nak habes. So everyday, terpaksalah saya memerah otak memikirkan resipi2 yang sesuai buat si bujang yang dah pandai demand tu. Dalam masa yang sama tekak bapaknye pun boleh cater jugak. Malas ler nak masak banyak2, lebih2 lagi kalau hari kerja kan. 

So hari ni saya akan share resipi Pasta Aglio Olio versi Juelee.. T___T
Actually ni versi campak2 je, apa bahan yang ada dalam peti ais, yang itu la saya tabur masok.



Bahannya seperti di atas:

1. Bawang besar didadu
2. Bawang putih potong dadu jugak
3. Tomato penambah rasa
4. Hotdog dihiris
5. Kebetulan adalebihan chinken minced, so saya perabeskan je.
6. Cili padi tu lepas dah dah masak dah asingkan Rayyan punya, baru masukkan. Kami ni laki bini kalau tak pedas, tak emngancam je rasa nak makan.
7. Cendawan Shitake dihiris hiris.
8. Letak udang sikit kalau ada, kalau takde pun takpe..

Cara Masak:

1. Tumis bawang besar and bawang putih tadi tu sampai naik bau. Sebabkan ni menu asal tok Rayyan so saya tumis guna minyak sayur. Lebih sihat la tok baby.
2. Dah naik bau, masukkan hotdog, minced chicken, udang dan lain2 bahan basah yang ada.
3. Oh sebelum tu jgn lupe rebus spagetti or any kind of pasta and toskan airnya.
4. Lepas agak2 dah garing tu, baru masukkan cendawan shitake.
5. And then masukkan spagetti yang dah tos tadi.
6. Last sekali baru masukkan tomato.
7. Tabut sikit blackpepper.
8. Tok yang ada anak ekcik boleh la asingkan bahagian bagi si comel anda sebelum cili padi dimasukkan...

TARA.... Siap!


Ni la Spagetti Aglio Olio saya!!


Nyum Nyum Nyum...


Walaupun menggunakan bahan2 campak2, the taste turn out very yummy. Rayyan memang suka, makan bertambah2. Laju je suap. Cer kalau bagi nasik, hazabbbbb nak kasik habes satu suap....

Jalan jalan @ Aeon Seremban 2


Last few week ktorg jejalan Aeon Seremban 2.
Besar jugak Aeon sini, pastu sale item die syiok. Sempat la aku rembat baju basahan tok Rayyan. Since baju Rayyan byk dah mengecil.
Dah lama gak aku tak beli baju Rayyan ni, selalunya opah dia yang belikan. HAHAHA.
Murah betol rezeki Rayyan ni. Opahnye rajen belikan macam2 hikhik...

Macam bese la kalu dah gi Aeon ni sure nampak port mainan budak2 ni.
Memang kegemaran Rayyan la kan.
So kita kasik die layan
Tu je cara supaya dia tak lari ke sana ke mari.
Penat nak ngejornye ha....


Habes la dipulas2 nya stereng. Macam la kete tu bergerak ...


Pastu tak bagi lak orang dok sebelah, nak naik sorang2.. Amboi, kemain lagi... Macam dah besar sangat...


Takpe la, janji Rayyan seronok main. Naseb baik tak meraung melalak bila ajak kuar. Kalau tidak, jenuh la hai....

Tuesday, April 17, 2012

Lepas gian Char Kuew Teow Sg Dua

Masa sampai je Penang hari Ahad tu, dah check in. Lepas refresh, terus kuar carik CKT Sg Dua. Dulu, tiap kali balik kampung, sure ajak somi singgah makan sini. And everytime outstation pun aku akan singgah sini.
Kali ni mesti la taknak lepaskan peluang....


Amek CKT special. Ada telor mata. Kawan aku amek nasi goreng udang spesel. Hehehe...


Nyum Nyum..

Malam kedua makan seafood plak, ditaja oleh kawan aku yang  memang keje kat TM Penang. Tak tau mana restorant die bawa. Aku ikot je. Tapi gamba tak snap sebab sebok dok melayan anak dia yang comel dan aktif.


Sunway Hotel, Penang

Aku ni kan, selalu je dok hotel sana sini bila outstation. Selalu nak buat entri review tapi selalu lupa. T____T  HAHAHHA banyak betol alasan. Ni tengah rajen meh cete pasal Sunway Hotel, Penang.

Ritu outstation Penang, aku dok Sunway Hotel ni. Yela, site aku ritu kat Kepala Batas and Butterworth so malas nak dok island. Dok je kat mainland, senang cete.

Aku pergi berdua dengan teammate. So kami dok sebilik aje la, senang. Claim asing2 HAHAHA bijak bijak.... So kami amek yang katil single dua bijik sebab memasing takmo tido sekatil. 
Harga bilik ni RM201 after discount corporate. Kalau amek katil queen murah lagi rasanya.


Ni la katil kami. Pada aku bilik dia agak selesa, sesuai la ngan rege kan...


Quite ebsar gak bilik die. Siap aku boleh lepak kat bawah tertonggeng2 betolkan laptop aku yang buat hal malam tu. Besoknye nak keje wei, mau tak cuak tetibe laptop buat hal. Tapi masalah berjaya diselesaikan HAHAHA. 


The bathroom. Hai sangat suka bath tub die. Sonok aku berendam badan menghilangkan lenguh2. Hehe... Ni la masanya pun nak manjakan diri, mandi lelama sikit. Selalu kat rumah, baru nak jirus kali ke 5 anak dah ketok pintu panggil mama... Hikhikhik..

Hotel ni best sebab sebelah je dgn Sunway Mall. Memang aku petang gi sana cuci mata pastu beli Chatime hahaha... Kat tepi2 hotel ni pun byk kedai makan, Victoria Station walking distance je.

Next time kalau turun Penang memang nak tido sini la. Kalau kat Island aku suka G Hotel, siyes syiok, dari dalam bathroom leh namapk katil hahaha cermin see through! romantik tu..... Sape nak gi honeymoon boleh la cuba!


Monday, April 16, 2012

Bobby Berger

Masa cuti pertabalan agong tu kami lepak rumah je. Maklumlah aku baru je balik dari Penang. Super exhausted! Rasa nak tercabut urat belikat. Mau taknye testing troubleshooting yg pecah otak Hurm, gini la keje aku, bukan setakat penat fizikal. Otak pun sama penat. Nak nak lagi bila dok troubleshoot ni. Alahai...

Sebabkan tahu wifey adalah kepenatan terlampau, somi kata takyah masak that day. Tapi ntah la, aku ni kalau penat pun tetap malas makan luar. Dah jadik habit, so msak lauk yg sempoi je. Gulai lemak cili padi ayam. Satu jenis. Cukup la. Hubby pun ok je and makan je. Alhamdulillah.

Tapi petang tu hubby ajak gi makan berger bobby kat Keramat. Actually ritu ada pergi sekali tapi tutup. So kali ni ktorg call dulu baru terjah. Naseb baik bukak, so petang tu terus kuar gi Keramat AU5.


Suami yang sedang mengorder berger. Kali ni berger biasa je, takde berger bakar. Tapi berger die ada macam2. Ada berger kambing, berger arnab, prosperity pun ado. So pasni kalau teringin nak makan prosperity datang je ke kedai Bobby Berger. Nak tunggu McD, setahun sekali je. Yang ni sepanjang tahun ado.


Rayyan yang behave menunggu berger. Naseb baik tunggu dalam 15 minit aje. Fuhhhhhh, jauh beza ngan berger bakar yang kami terjah ritu.. T______T


Kedai Bobby ni die bukak depan rumah je.  Memang sempoi!


ni la berger kami... Prosperity kambing.. Mbekkk mbekkkk.


Nampak sedap kan?
Hehe

Secara jujur, saya cakap berbaloi la jugak. Rege dalam RM6, kalau berger bakar dalam RM7....  Cuma bege bakar tu sihat la kan, kata grill.. Ni goreng je atas minyak hahaha.. Tapi tak kesah, tepuk dada tanya selera...


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails