Sesape yang mengenali saya, pasti tahu betapa saya sangat sukakan buku. Setiap tahun kalau makcik2 saya tanya apa hadiah harijadi yg saya nak, jawapan die pasti BOOKS.. books and books and books.
Dari kecil saya baca semua koleksi Nancy drew, Hardy Boys, Enid Blyton etc. I can spend most of my day with just reading those books. Membaca tu macam dah jadi makanan harian saya, seharian saya tak membaca saya rasa hidop tak lengkap. just like drink coffee without sugar. Apa rasanya? Tawar bukan?
Minat membaca bukanlah dipupuk oleh parents saya. Ianya datang dr diri saya sendiri. Bila saya sedar, utk saya tahu tentang sesuatu, saya kene banyak membaca. Zaman dulu mana ada internet ni. So buku la bahan rujukan utama.
Masa zaman belajar, saya beli semua buku teks. Buku engineering yang mahal dan tebal tu, semua saya beli. Bukan sebab saya banyak duet ke apa, tapi sbb saya suka membaca dan saya tak suka membaca buku fotostat. T____T mengada! HAHAHA tapi memang betul, baca buku fotostat saya tak energetic. Tetibe mata jadik mengantok, nak conteng2 pun tak syiok. Rasa tak best. Sbb tu saya memang budget few of scholarship saya untuk beli buku rujukan. And saya habeskan baca buku tu, walaupun tebal. Nerd kan saya? Peduli la, out of all itu duit saya. Dari saya pergi gunakan duit biasiswa tu untuk berjoli or beli handphone ke apa, baik beli buku. Gunakan ke jalan yang betul. Itu pesan arwah ayah saya.
And now, saya cuba memupuk minat membaca tu dalam diri Ar-Rayyan. Anak lelaki, so tak boleh la expect macam anak perempuan. Memang susah, tapi setakat ni alhamdulillah. Rayyan appreciate books. And banyak yang dia belajar from books. Bukan senang untuk mengajar anak lelaki ni. Masa untuk dia fokus tu sekejap sangat. kalau dapat fokus 5 minit tu dah rasa bersyukur gile. Ni baru ajar BIRD, dia dah larik pergi naik beskal. Kang datang balik, kita ajar CAT, dia lari pergi minum pulak. =D
Kene banyak sabar. T___T
Every month saya akan bawa Rayyan pergi BookAxxess and let him choose the books. Setakat ni dah 2 kali bawa Rayyan ke sana, before this Rayyan tak pandai pilih lagi, so saya yg pilih all the books for him. Now, dah 2x pergi. Rayyan yang pilih books die nak, seperti yang dijangka. Books yg menjadik pilihan semua berasaskan Thomas, Car, Cat HAHAHA.. Benda2 yang dia minat.. Kalau anak gegurl leh belikan buku barbie kan? hehehhe... buku cete snow white ke...
Ni adalah collection books Ar-Rayyan. Most of it interactive books, ada bunyik, and flip image.. Biasa la, nak tarik perhatian budak2. Kalau buku penuh perkataan je memang bt kene campak je nanti. Hubby pun cakap, kalau anak lelaki, pilih buku yg banyak gambar. Sebab hubby pun jenis gitu, kalau byk perkataan ni mmg malas la dia nak baca.
And this is my collection. Ni baru half. Ada few boxes lagi yg penuh dgn buku. tak boleh nak keluarkan sbb takde shelf. Lagipun ni duduk kuarters kan, satu hari nnt msti pindah, so malas nak punggah banyak kali. Bia je la dalam kotak, dah pindah rumah sndiri nnt baru susun molek2.
Dan ini pula makanan untuk jiwa saya. And have a few dalam drawer.
For me, membaca memberi saya ketenangan yang tak tergambar. Some people kalau stress suka makan, suka holiday, suka main boling, suka karok, suka tido.
But for me, my number 1 obsession bila fikiran rasa tak tenang, baca lah buku. Any kind of books.
Ianya macam terapi untuk jiwa. Saya paling suka baca buku motivasi, travel log. Ianya akan menyuntik semangat pada saya. It made me think, how lucky I am. And secara automatik saya akan menjadi positif.
Dan ianya benar2 membuktikan janji Allah.
Wahyu pertama yang Allah turunkan kepada NAbi SAW
"Iqra"
Iaitu bacalah.
Melalui membaca macam2 yang saya telah dapat. Ianya pengalaman tanpa batasan.
Knowledge is a king.
Published with Blogger-droid v2.0.4