Wednesday, March 5, 2014

Cara saya Manage EBM setiap hari

Peknen kali ni enjoy sbb ramai kekawan seangkatan yg peknen skali and kami share byk tips on baby and breastfeeding... Alhamdulillah setakat ni Sumayyah masih lagi susu badan sepnuhnya, harap2 dapat la sama macam abang dia dulu, susu badan sepenuhnya sampai la berusia setahun 2 bulan...

Kali ni saya nak share cara saya manage susu EBM (express breast milk). EBM ni sensitif ye kekawan, tapi saya percaya susu badan tak mudah basi seperti FM. Cuma jangan la sampai 6 jam terbiar pulakkan.

Saya nak share macam mana saya hantar EBM ke BS utk bekal Sumayyah seharian. Stp hari saya bekalkan Sumayyah 6 botol EBM yg berisi 4 oz each. Maknanya kat sini total 4ozX 6 botol, sehari Sumayyah minum 24 oz. Habes! Kuat kan nyusu anak saya tu hihihi...

Disini ada 2 jenis susu yg berbeza yg saya bekalkan, frozen EBM iaitu susu yg telah lama diperah dan difrozenkan, fresh EBM iaitu susu yg diperah pd hari sebelum itu. Biasanya sehari susu fresh EBM yg saya dapat perah dalam sekitar 25-30oz. 12 oz saya akan asingkan utk hantar ke BS keesokkan harinya sebagai bekal Sumayyah, dan belen susu yg diperahkan tu saya akan frozenkan utk disimpan menjadi stok.


Balik keje, saya akan asingkan 12 oz susu frozen EBM dr deep freezer ke freezer biasa supaya besok pagi susu tersebut dah cair. Bila pagi subuh, susu yg frozen tu dah cair, saya akan pindahkan masuk ke dalam botol 4 oz each. Saya sesiap masuk botol, so nanti BS tinggal panaskan je dalam warmer then transfer masuk botol susu....

Gambar atas tu susu frozen EBM yg dah cair yg akan saya asingkan ke dalam botol. Susu tersebut walau berbeza tarikh boleh dicampurkan dengan syarat berada pada suhu yang sama.



Pada botol yg berisi frozen EBM tadi saya labelkan no 1-3. BS akan bagi susu kepada Sumayyah mengikut urutan number ye. Dari 1-6


Manakala susu fresh EBM yg saya perah pada hari sebelum tu, saya akan asingkan ke dalam botol yg berlabel 4-6. Kira begini la turutan susu  dalam botol tu

Botol 1- Frozen EBM
Botol 2- Frozen EBM
Botol 3- Frozen EBM
Botol 4- FreshEBM
Botol 5- Fresh EBM
Botol 6- Fresh EBM

Kenapa saya susun macam ni?

Sebab susu Frozen EBM yg telah dicairkan mesti dihabiskan dalam masa 24 jam. Jika tak habes, perlulah dibuang takot ianya tak elok utk diberi kepada bayi lagi.

Fresh EBM saya letak pada botol ke6, in case kalau tak habes, kita boleh frozenkan dia tok dijadikan stok.


Kesemua susu2 akan saya masukkan ek dalam cooler beg dan hantar ke BS. 

Sekian, itu saja info utk hari ini. Harap bermanfaat kepada semua.


2 comments :

  1. tqah xcairkan susu pon sebab bs yang akan cairkan.. selalu bagi extra kt bs in case kalau tqah balik lmbt..huihu

    ReplyDelete
  2. Akum. Nak tanya. Fresh ebm dari hari sebelumnya sebaiknya disimpan di mana? Terima kasih.

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails