Thursday, May 24, 2012

casa de la rossa

Kali ni gi CH kami stay hotel Casa Dela Rosa...
Disebabkan kali ni kira holiday sambil bekerja, boleh la dok tempat ekslusif and mahai sikit.
Maklum ler boleh claim hehehe.. Sambil buat keje sambil jalan.
Actually takde la nak jalan pun, saja nak berehat nak tenangkan pikiran bersama keluarga.

Hotel ni bukan saja ekslusif tapi betul2 berdepan ngan tempat yg aku nak buat keje pagi Isnin tu.
So senang la kan, takde la nak rushing pagi2 tu.

Check in je bilik hotel, tengok view dari bilik..
Cantek kan?
Damai gile rasa...
Dah la cuaca pun nyaman je...


Pastu jejalan amek gambar sekitar hotel...
Ni balkoni depan bilik ktorg.


Ni la katil die.
Best bilik die, deco perabot ala English lama. And toilet die pun ada bath tub. Syiok betol Rayyan berendam dalam bath tub tu..


Rayyan bergamba di balkoni.
Si kenit ni mmg hepi, berlari ke sana sini.
Macam hotel ni rumah dia pulak...
Dah la cuaca nyaman, memang seronok la die berlari tak berpeluh...


Signboard hotel. Hotel ni betul2 berdepan dengan SmokeHouse.
Mula ingat nak tido SmokeHouse tapi seram plak rasa. Sbb Smoke House tu macam building lama je...


Bergamba di lobi. Motip gamba ni nak tunjuk kusi kasut tu. Rayyan pelik gile tengok kasut besau gitu...
Rupanya kusi tok duduk2 kat lobi..


Pandangan dari atas. Huhu nampak sangat pipi daku dah terbonjol kuar.. Huargghhhhh tembammmnyeeeee..
Ya ampunn, aku pakai selipar rupanya T___T
Biasa la kasut mmg spare dalam kete je...


Di depan pintu masuk. KAt hotel nipaking senang je, depan hotel. Sape amek bilik bawah sekali, kuar2 sliding door bilik terus nampak kete.. Hehehe.. Kitaorg amek bilik tingkat 1, sebab nak Garden View.



Pintu masuk hotel.


Gamba hotel dari luar


View yang sangat tenang bila tengok.
Bangun2 tido hubby terus selak langsir...
Menikmati pemandangan dari katil....

Sesape yg nk honeymoon rekemen la hotel ni.
Rate hotel ni RM388 satu malam kalau wiken.
Kalau weekday RM200+..





Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 23, 2012

Naik Cameron Highland Lagi

Ni kesah last 2 weeks.
Naik Cameron lagi.
Last year pun kami holiday Cameron gak.

Tapi tahun ni takde dalam plan pun.
Asalnya aku ada keje kat Cameron.
Memula nak p sorang, sekali husben tetibe kata nak cuti nak follow.
Apa lagi, opkos la I setuju aje.
Dapat spend time sesama kan.....

Cuma this month memang aku penat la, 1st week ritu balik Kluang.
2nd week naik Cameron, last week pun kami pergi Pontian Johor.
Next week nak ke Pahang plak ada wedding cousin aku.
Adoi...  siyes penat sbb wiken je tak duduk rumah.
To be honest aku ni jenis home type.
Suke duk umah, lepak, tengok TV.
Jejalan pun suka gak tapi bukanlah tetiap minggu.
Bila asyik jaln ni, rumah jadi tak terurus. Huhuhu tu yang aku tak suke.
Tapi, think positive.


Kalau last year, ktorg naik CH dari arah Simpang Pulai.
Kali ni naik dari Tapah.
Ya allah....
Horror gile jalan die.
Sesak napas aku tengok corner2 die..
Memang takkan la aku nak naik CH lagi kalau gini kekdahnya..
Dah la dah tak sejok.
Panas.

Tengah2 bawa kete kat highway tetibe hubby benti.
Aku ingatkan kenapa, tayar pancit ke apa.
Sebabnya hubby terus kuar gi bonet.
Rupanya mamat tu gi bonet, kuarkan kamera and amek gambar awan yg cantek nie....


Cantekkan awan tu?
Nampak unik je berkumpul kat atas tu..

Sampai CH terus carik hotel, check in.
Lepak kejap terus kuar gi makan kat Tanah Rata.


Ar-Rayyan bersama topi yg beli tahun lepas di CH gak.


Kononnye nak makan nasi goreng tapi takde so order la lauk telor bungkus, sup ayam, daging merah. Agak mahai gak makan kat sini.


Gamba makanan tak sempat amek, gamba air je sempat hikhikhik..


Dan gambar anak bujang yg bam bam nie....
Geram betol ngan pipi die!

Nanti aku share hotel yg kami duduk tu...

Sharing: Macam mana dapat free stay @ Golden Palm Resort tu...

Ok, ada yang tanya camne leh dapat free stay tu.
Hari tu ntah bila ntah dah lama la, aku ada fill up details tok lucky draw kat website ni..
Klik SINI.
Korang pun boleh try since promotion masih berjalan lagi....

Pastu tetibe dapat call, tanya bila boleh datang amek voucher free stay yang aku dapat tu.
So aku just agreed je la tok datang wiken tu... sebab free pun takde plan pape...
Then bila pergi sana diaorang terus bg voucher stay tu and voucher F&B.

Baca komen Kak Long aku kata pasal Iconic Vacation, masa hari tu yg ktorg pergi tu memang die ada cete pasal Iconic Vacation bagai tapi takde la suh masuk and bayar pape pun. Die just sharing on how much harga villa kat Golden Palm tu if jadi ahli Iconic Vacation ni (banyak beza ok, sure korang terkejut kalau tahu). Nak jadik ahli bayar bape, aku tak tahu.. Sebabnya memang staff tu xde suruh kitaorg masuk jadik ahli ke apa.

Aku tanya gak sebab aku tengok ramai je orang kat situ stuck takleh balik, muka pun dah benggang2 je memasing sebab staff2 diaorang dok pujuk suh masuk join Iconic Vacation Club tu...
Tapi orang yang entertain aku tu cakap nama aku dalam list lucky draw so takde la adegan pujuk rayu bagai hahahaha... Tu yang aku datang je terus dapat voucher.. Lega rasa hati sebab aku dah risau, rimas bila orang dok pujuk rayu nie...

Lepas je bawa ktorg jalan terus ktorg boleh balik... Hikhikhik...
So korang leh la try kalau nak dapat free stay kat chalet mahai ni.... Mana tahu nama korang ada tuah..
Tapi aku rasa la, org tu pun tak berani nak pomot lebey2 pasal Iconic Vacation ni kat aku kot, sebab aku dah sound awal2.. Kalau motip suh datang nak masuk itu ini, bayar apa sume... Memang aku takkan datang la, hahaha terus org yg call tu cakap 'takde kene masuk pape just aku dtg amek voucher je tok lucky draw tu'...





Tuesday, May 22, 2012

Sepetang di Gold Coast Sepang

Hari tu kan ada tulis entri yg menang voucher 2D 1N honeymoon suite kat Golden Palm Resort.
So petang wiken bila ntah kami ke sana tok amek voucher tu. Voucher tu valid 3 bulan, now dah sebulan berlalu masih belum berkesempatan nak claim lagi.
Maybe bulan depan la kot kami berhoneymoon. T____T
Honeymoon semedang aje, tapi Rayyan idak dapat adik lagi hikhikhik

 Gold Coast Sepang ni jauh rupanya. Siap msuk celah kampung2 bagai jalan die.
Tapi best tempat die sebab betul2 tepi laut. Mendamaikan. Jauh dari kesibukkan kota.

Sampai sana, kene park kat luar nanti ada shuttle bus jemput kita.
Sementara tunggu shuttle bus, leh la tengok orang dok main go-kart.
Rayyan ape lagi, memang melompat2 la dia. Kesukaan no 1 die kereta ni.
Asyik la dok jerit, "ma, CAR, CAR."




Papa bergambar bersama Rayyan sambil menunggu shuttle.
Rayyan taknak pandang kamera sebab sebok nak nengok CAR.

Sampai je sana, pas amek voucher. Kitaorg dibawa jejalan naik buggy.
Yela, jauh betol dari receptionist nak ke  dalam resort tu.
Jalan kaki memang lenguh. So naik buggy la kita.

Aku just share gamba yang ada aje la.


Ni gambar kat suite paling mahai.
Tengok la bath tub die, ha terletak indah atas lantai.. mcam jakuzi pun ado...
Toilet die je leh bentang toto tido reramai.
Siyes luas giler la.....


Tengok la tu anak bujang takmo dipegang...
Semput nak kejar, kita takut die gi terjun je dalam air tu...


Bergambar di balkoni....
MEmang best lepak sini, angin sepoi2 bahasa aje...


Papa plak nak bergamba di balkoni...
Dah puas berjalan kami gi makan plak.
Dapat voucher F&B RM50.
Apa lagi, haruslah digunakan sepenuhnya.


Hubby order air ni. Air ape ntah. Tapi mahai.


And makanannye claypot chicken rice, tiada dalam gambar.. Sebab lupa nak snap, dah kelaparan so nak mkan aje pikirnya


Ar-Rayyan yang sangat suka tengok laut. HEHEHE..


Aih tak sabar ni nak gi honeymoon sini.
Bersyukur sangat diberi rezeki dan kesempatan untuk spend masa ngan yang tersayang di tempat tenang gini.
Insyaallah bulan June kami akan ke sini... Yeay!


Mee Tarik Warisan Asli @Sg Besi

Entri ShenZhen tak habes lagi. nanti saya sambung eh.
Dlu masa kat China, saya makan kedai mee tarik.
Mee tarik ni asal die dari Utara China, mee tu die akan buat fresh2. Bila kita order baru die tarik..
So memang dijamin takde kapur bagai la.
Memang hari2 kedai tu je saya makan, dah la masakan die sedap. Kene dengan tekak.
Everyday makan daging kambing hikhik tu yg balik Mesia tetibe jadik gemuk.

Aritu one of my fren cakap, mee tarik yg saya suka tu ada kat Mesia, kat Sg Besi..
Menu die pun sebijik sama macam yg kat China.
Nnt saya buat entri pasal mee tarik kat China plak and uols boleh compare sendiri.

Ni la die kedai mee tarik warisan di Sg Besi.
Tak susah nak carik kedai, dari TBS tu pergi ke arah Pekan Sg Besi lama.
Masuk simpang yg depan balai polis tu, jalan je terus.
Sampai kat bangunan rumah kedai baru, nampak Speedmart 99, mee tarik ni kat building belakang Speed mart tu. Bersebelahan dengan Dome.


Antara menu2 yang ada di kedai mee tarik nii...
Harga memang mahai la, dalam RM8 sepinggan mee.. Tapi mee die memang banyak, portion besar.


Menu die tulis Cina hehe so tunjuk2 aje la..


Ni saya amek gamba orang tu tengah tarik mee...
Memang sebijik mcam kat China


In fact bila saya borak ngan tauke die, die kata memang ni branch yg dari China tu.
Owner die Chinese Muslim, tak pandai sangat cakap melayu. Saya cakap Mandarin ngan tauke tu, happy betul tauke tu dapat tau saya pandai cakap Mandarin, terus dapat diskaun =D


Dapur yang bersih. Memang see tru dari cermin ni.. Memang bersih dapor die, so takde la ragu2 sangat kan..


Poster mee tarik besar terpampang di gerai..


Ni adalah daging kambeng peberet saya. Die marinate ngan rempah, pedas, masin sume ada.. Sedap sangat, kambeng die pun takde bau. Kat China hari2 saya makan ni hahahah.. Tak sangka boleh makan menu ni lagi kat Mesia dengan rasa yang sama. Tauke tu kata die memang guna rempah ratus yg die import dari China sana. So rempah asli la, patut la rasa tak lari..


Mee tarik hubby. Mee tarik die ada macam2 flavor tau, ada yg sup.. Ada yg berkuah ala gini. And lagi satu, uols boleh pilih nak mee tu halus ke, kasar ke.. Boleh request...


Ni menu saya. Nasi dan tomato with telor. Ni pun sedap jugak...
Uols boleh la try....

Tak rugi!

Monday, May 21, 2012

Satay Station @Taman Permaisuri

Selalu dengar orang cete makan Satay Station ni.
Actually cawangan Satay Station ni ada je kat Banda Tasik Permaisuri tapi ktorg tak pernah try pun.
Ritu saja ajak hubby try.

Hubby g beli, saya tunggu dalam kete je.
Pemalas piang nak keluar.
Buka pe uols, susah nak handle Rayyan.
Kang berlari ke sana sini... Tak daya nak kejar ha.. hikhik


Projek Rayyan dalam kete, tak lain tak bukan feeling drift..
Siap buat bunyik lagi tu...
EUmmmmmmmmm bunyik kete hahahhaa...


Ni la die sate tu. Mahai gak dalam RM0.90 secucuk.
Tapi besau besau la isinye...
Puas hati makan, ktorg beli 20 cucuk je..
Tu pun ada balance lagi sampai pagi...


Kuah pun oke lah cuma minyak banyak....
Ni sume punca kegemukkan nie..


pavlova pertamaku

Semalam bt projek pavlova.. natijahnye blog tak dpt nk bt auto publish huhu sbb kepenatan melampau...

Eceh, buatnye simple je senang tapi selain membaking pavlova, keje rumah lain kene jalan jugak...

NExt entri will share the recipe ngan uols...

Byk resipi nak share ni.. resipi cream puff, pavlova...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 16, 2012

ShenZhen Trip: LuoHu Shopping District Heaven gile Shop sini!

Sambungan entri ShenZhen.  Minta maaf la kalau entri ni mengambil masa.
Bukan apa nak resize gambar dan memilih gambar yg beribu2 tu satu hal.
Nak menaip entri satu hal, saya ni bukanlah blogger tegar.
Ala2 tegar atau tak je.

Sampai ShenZhen pukol 1 pagi. Sampai2 hotel memang tido aje la.
Alhamdulillah kepala ni jenis letak je terus berkeruh tido. Takde la masalah bertukar tempat tido ke hape.
Jetlag pun takde. HAHAHA

Besok pagi2 dah kuar reramai 12 orang nak gi Luo Hu.
Luo Hu macam pusat membeli belah. Memang pemes la kat sini.
Korang kata je nak apa, sume ada. Iphone ada, Ipad ada, sume murah2.
Sebab sumenya China made. T___T
Tapi kat sini, senang kene tipu.
Diaorang memang letak harga kaw kaw punya.
Kita kene cantas sampai 70% tau, kalau tak memang rugi la.

Saya sangat bertuah sebab fasih berbahasa Mandarin so orang2 cina kat sini tak boleh nak tipu.
T_____T 
Mekaseh kepada mak ayah yang hantar saya ke sekolah cina, berguna juga ilmu tu hehehe.



Kami pergi Luo Hu naik MRT je. Dari hotel nak ke MRT jalan kaki. Walking distance je semuanya.
Very convenience. Cuma masa nak carik stesen MRT tu mengagau sikit la kan. Tapi takpe, saya sebagai juru bahasa memang terpaksa meramahkan diri tanya tukang sapu or sesape tepi jalan. Naseb baik la diaorang tak kedekut nak tunjuk jalan.

Tau kenapa amek gambar kat sini?
Nak tunjuk tu belakang tu, diaorang angkut bawa naik MRT.
Dasat kan? Kalau kat Mesia harus dah kene halau dah ni..... Berbonjot2 barangnye nak bawa naik MRT.


Bergambar di stesen MRT Luo Hu. Luo Hu Shopping Mall ni memang dekat MRT je, macam KLCC. So takkan ada masalah sesat.

Sepanjang kat China ni, ada la 3x pergi Luo Hu ni. Bukannya saya beli apa pun, tapi sebok jadik juru bahasa orang lain tok proses tawar menawar... HAHAHA


Rombongan Che Kiah. Hanya ada 3 oranga je pompuan. Hehe tapi takde hal lah. Saya dah biasa work together ngan diaorang nie. By right, ini lah team mate saya yang selalu support each other bila buat keje.


Bergamba dengan Luo Hu shopping mall. Siyes besar giler Mall ni, patut la macam2 ada. Tengok gambar ni terus stress sebab kurus lagi masa nie.



Luo Hu Coach Station. Apa kat tangan saya tu? Tu adalah roti bekal dari KL hehehe jauh betol roti tu datang ye...


Ini adalah IPAD china made tu. Sebijik Ipad uols, macam mana la orang tak tertipu. Tapi my advise, gadjet2 gini jgn la beli kat China. Takde kualiti SIRIM satu hal, lagi satu kepuasan diri. Nak beli, beli yg ori terus. Walaupun mahal tapi berbaloi. 

Kat sini ada benda boleh beli, ada benda tak boleh beli. Yang berbaloi kat sini tempah baju kemeja, suar slack, blazer.. Memang berbaloi. Murah.

Saya tempah suar slack (maklumlah suar slack susah nak carik size tok orang punggok besau ni) ngan blazer baru RM200, termasuk kain sekali. Kain yang jenis mahal tau.

Pastu boleh la beli cadar yang patch on tu, memang cantek2. English style gitu, rege dalam RM60-RM80. Tu lepas tawar tau. Kat Mesia dalam ratusan gak la.

Pastu yg paling best henbeg LV gred AAA. Jgn tak tahu, rupanya ada gred AAAAA. Tukang jual tu bgtau saya. Tapi gred AAA pun dah halus dah keje tangan nya. Dah mcam original dah.


Style nak beli barang kat sini, tengok katalog. Tunjuk nak yang mana, pastu nanti tokey kedai gi amek stok kat stor. HAHAHA. So memang keje aku dok tunjuk gambar katalog aje la...

Kat atas nun tengah pilih jam. Jom yang rege ribu riban yang aku tak pernah dengar jenama tu memang ada. Murah lak tu. Ada membe yang beli, sampai skang tahan lagi. Ok la kan? Dapat pakai setahun pun dah ok.


Ha.. Yang ni cuffling kat kemeja lelaki tu. Cantek kan? Suka sangat tengok. Tapi husband ku tak pakai kemeja ke opis, takde la beli. Ni tolong membe lain tawar nie.. Hehehe


Saya rembat 2 bijik LV tok diri sendiri, 2 LV tok adik ngan mak dan 1 Gucci tok adik bongsu.. HAHAHA giler.

Murah dan berkualiti. Sampai hari ni dah ramai tegur bape ribu saya beli LV ni? Padahal RM70 aje HAHAHAHA..

Mana la makcik mampu pakai LV ori sayang oi..... Gaji sebulan sebijik LV ni! 

So kalau uols ke ShenZhen, harus pergi ke Luo Hu ni tapi ingat 2 benda.

1. Kene tawar sampai 70%, kalau dia tak bagi, blah je dari kedai tu. Pastu kompem dia akan panggil kita balik.

2. Sebelum amek barang sila cek betol2, pastikan semua ok. Diaorang ni suka tipu2 sikit. So be extra careful ok.

Thats all, tunggu next entri pulak!

Tuesday, May 15, 2012

Perjalanan Kami Ke ShenZhen, China

Adoi ni cete tahun lepas, bulan Dec aku gi ShenZhen China Bukan holiday tapi training
Giler lama entri ni dalam draft, tak publish pun.
Now, saja nak publish sbb ramai lak yg tanya camne ShenZhen.
Apa yg best.
Aku bukan la pergi holiday, tapi tetap terselit itenerary berjalan tu
Ate dah sampai negara orang, harus lah jalan walaupun tak pandai selok belok tempat tu..
Google maps ada. Hikhikhik..

Aku gi ShenZhen naik MAS, turun kat HongKong. 
Sebabnya MAS takde flight direct ShenZhen, Air Asia je ada.
So kalau korang malas nak transit, naik aje la MAS.
Aku ni terpaksa, company yang bayar so janganlah banyak songeh nak pilih2 pulak ye.
Leceh kalau turun HK, nama je sama China tapi imigresen lain2 tau.
Kene melalui 2 imigresen, dah la imigresen die hazabbb weiiiii..



Flight ada la selama 4 Jam lebey.
So kalau naik MAS memang dia akana provide ko food la kan.
Even dulu aku naik gi Terengganu yg 40 minit tu pun ada makanan hahaha
Kata dah bayar mahai, servis haruslah tip top

Sampai HK, dah ada kereta menanti kami. Total yang pergi 12 orang so ada 3 bijik SUV menunggu.
Kat sini drebar boleh jadi left handed, boleh jadi right handed jugak
So korang imagine la sendiri jalan die mcam mana.
Kalau aku dok sini, aku naik transport awam je kot.
Horror nak drive T___T



Kereta yg left handed Aku kagum sebntar.
Yang kelakar bila nak masuk imigresen, tol yang macam kaunter tu belah kanan.
So bila nak pass anything like document ke apa, orang dalam kaunter tu akan hulurkan jaring ala2 macam tangguk ikan tu tok driver ni pass any document 
Nak tergelak aku tengok masa tu.

Dari HK masuk ke ShenZhen tak lama, dekat je.
Dalam 1 jam drive.
Sampai hotel amsa tu dah pukul 1 lebey. Sejok sangat sebab kat sana tengah musim sejuk tapi takde salji.



Ni la hotel aku duduk.
Sorang satu bilik.
Masa ni takde nak pikir seram ke hape.
Tido aje la dengan lampu sume terpasang


The toilet.
Standard macam hotel biasa Selesa la pada aku
Takde la buruk sangat kan


Kat sana yang penting, dapatkan local simkad
Lagi murah. Local simkad ni korang leh access broadband so boleh la skype, hatsapp ke hape.
Oh FB kat China adalah diblock. Tak boleh access.
Tapi kalau dah nama network engineer tu, benda tu bukan masalah.
Kejap je aku leh settlekan.
So aku boleh akses FB dengan jayanya. HAHAHA tu salah satu cara nak communicate ngan suami jugak tu.


Ni adalah benda wajib aku bwa bila outstation, bantal Rayyan.
Pengubat rindu.
Masa gi China ni aku kurus lagi, now dah gemok.
So misi skang kuruskan balik badan seperti badan lepas pantang hari tu.


Ni la hotelnye dari luar.
Nnt will share tempat menarik di sana yang saya telah lawat.


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails