Friday, June 8, 2012

ShenZhen trip: OCT Oversea Chinese Town P1

Kalau ke  Shen Zhen, jgn lupa singgah ke OCT- Oversea Chinese Town.
OCT ni letaknya atas gunung and besar sangat area dia.
Ktorg jalan satu hari tak habes cover pun.
OCT ni ada Theme Park ada Tea Valley ada Bandar2 ala English di dalam dia...
Theme Park kami tak masuk, since hari sebelumnya kami dah puas bermain di theme park Happy valley.

Kami ke OCT ni naik bus.
Turun je bus, Subhannallah...
Sejok giler, sampai mengigil2 jari, berlaga2 gigi.
bila angin tiup tu, sejuknye sampai ke tulang sum sum.
Memang la kat shenzhen masa saya pergi tu musim sejuk, but tak sesejuk di OCT ni.
Maybe sbb ni kawasan pergunungan so mmg sejuk gile la kan.
Tambah pulak musim sejuk.
Naseb baik ada yg bwa sarung tangan, so pinjam ler kejap HAHAHA..

One of tarikan di OCT ni ada four season punya village.
Macam kat bawah ni, saya bergambar dengan tanaman 4 season.
Cantek betol ciptaan Allah.


Ada lavender, ada bunga matahari, and few flowers yang saya tak pernah nampak di country kita.
Ye la, kawasan Khatulistiwa ni bunganya sume kene jenis yg tahan panas...


OCT ni memang ala2 taman. Ada tasik besar, ngan ikan koi yang banyak. 
Orang cina kan sinonim ngan ikan koi, banyak Ong katanya..
Hikhik
Bebudak yg terlebey ceria... Actually ni nak memanaskan badan ni hehhee...


The tasik dan teratai yang layu d tasek madu..


Cantek sangat view kat sini, memang ramai pengantin yg buat photoshoot masa ktorg datang nie...


Lagi kanak2 ceria... Amboi kemain lompat tinggi ha...


Ni nak tunjuk barang2 yg comel... Yg tu model menggayakan topi ape ntah. Tapi siyes cute topi tu..
Best betol kat negara sejuk ni, macam2 aksesories comel leh pakai...
Takkan kat Mesia ko nak pakai gini? Sah org kata ko sakit....


Bergambar di hadapan pintu masuk. Masa ni aku pakai baju 4 lapis tau, tapi tetap la gigilnye ha...
Tapi syiok jalan sbb tak peluh.. Bau wangi je..


Yang ni dalam musim panas tak silap.. banyak tumbuhan hijau..


Nanti kita sambung next entri eh...

Thursday, June 7, 2012

Kat mana nak beli buku Ensiklopedia Solat nie?

Semalam aku publish entri NI..

Ramai yg bertanya mana nak cari buku ni..
Buku ni ada kat MPH, Pustaka Mukmin..
Airtu aku beli kat MPH Alamanda...

Belilah, tak rugi...
Hehehe... saja kongsi apa2 buku yg best, berguna boleh dijadikan panduan.
Me enjoy reading so much!

This book truly food for my soul!




Wednesday, June 6, 2012

Entri Untuk Blog Femes Amos Eyriqazz

Sempena kemenangan saya dalam contest yang dianjurkan oleh Bro Eyriqazz, saya telah diberi peluang untuk menulis entri bebas dalam beliau. Tajuk adalah suka hati. Kalau nak pomot belog sendiri, macam malu sebab belog sendiri adalah belog penulisan bebas. Ada kisah hari2 yang dilalui, ada cacatan saya tentang tempat atau destinasi percutian yang saya pernah jejak like, Brunei, Sabah, China, Singapore, Krabi, Cameron dan lain2, ada juga resipi2 ajaib masakan saya sejak berkahwin (ye la sejak berkahwin baru jejak dapor, so sesape yg tahu masak sebelum kawen jgn riso.. Lepas kawen sure magik, turun je dapor automatik reti masak) dan juga pengalaman yang saya lalui sebagai seorang ibu dan isteri.

Tapi untuk pembaca belog Eyriqazz saya ingin berkongsi sebuah restorant makanan China Muslim iaitu Mee Tarik Warisan Asli Sg Besi. 

Mee Tarik ni saya kenal masa saya pergi China tahun lepas. Saya sukakan mee nya sebab ianya fresh, kenyal dan yummy yummy. Mee tu akan ditarik bila kita order, maknanya ianya bebas dari asid borik T___T



Ni la die kedai mee tarik warisan di Sg Besi yang saya nak kenalkan dengan pembaca belog Eyriqazz.
Tak susah nak carik kedai, dari Terminal Bandar Tasek Selatan tu pergi ke arah Pekan Sg Besi lama.
Masuk simpang yg depan balai polis tu, jalan je terus.
Sampai kat bangunan rumah kedai baru, nampak Speedmart 99, mee tarik ni kat building belakang Speed mart tu. Bersebelahan dengan Dome.


Antara menu2 yang ada di kedai mee tarik nii...
Harga memang mahai la, dalam RM8 sepinggan mee.. Tapi mee die memang banyak, portion makanan adalah besar. Tapi gerenti habes punye la...


Menu die tulis Cina hehe so tunjuk2 aje la.. Kalau tak paham, boleh tanya yang amek order. Dia akan rekemen menu yang best!


Ni saya amek gamba orang tu tengah tarik mee...
Memang sebijik macam kat Restoran Mee Tarik kat China yang saya pergi tu


In fact bila saya borak ngan tauke die, die kata memang ni branch yg dari China tu.
Owner die Chinese Muslim, tak pandai sangat cakap melayu. Saya cakap Mandarin ngan tauke tu, happy betul tauke tu dapat tau saya pandai cakap Mandarin.


Dapur yang bersih. Memang see tru dari cermin ni.. Memang bersih dapor die, so takde la ragu2 sangat kan..


Poster mee tarik besar terpampang di gerai..


Ni adalah daging kambeng peberet saya. Die marinate ngan rempah, pedas, masin sume ada.. Sedap sangat, kambeng die pun takde bau. Kat China hari2 saya makan ni hahahah.. Tak sangka boleh makan menu ni lagi kat Mesia dengan rasa yang sama. Tauke tu kata die memang guna rempah ratus yg die import dari China sana. So rempah asli la, patut la rasa tak lari.. And plus kambeng ni adalah kambing biri biri yang masih muda, patut lah sedap lemak berkrim!


Mee tarik hubby. Mee tarik die ada macam2 flavor tau, ada yg sup.. Ada yg berkuah ala gini. And lagi satu,  boleh pilih nak mee tu halus ke, kasar ke.. Boleh request...

 
Nasi dan tomato with telor. Ni pun sedap jugak...
Boleh la try....
Tak rugi!
Mesti ada yang bertanya, kedai ni ada sijil halal atau tidak.
Saya ada nampak sijil halal di gantung kat tepi cashier.
Untuk memberi jaminan saya tak berani tapi saya hanya berpandukan sijil itu saja.
Sama lah seperti saya makan di Restoran Chinese Muslim yang lain spt Chan Abdullah, ShangRin Lo...

Ini adalah entri saya berkenaan Mee Tarik di China, anda boleh tengok sendiri persamaan menunya...

Buku yg sangat bagus! - Eksiklopedia Solat

Nak share ngan uols..
Buku kat bawah ni sangat bagus..
Memang lengkap segala panduan solat dari aspek kebersihan, tata cara dan doa semua..

Rasanya setiap rumah harus ada buku ni, senang untuk dijadikan rujukan dan panduan..
Kalau nak mengajar anak2 nanti pun senang.
Siap ilustrasi gambar yang jelas gitu.

Buku Eksiklopedia solat ni rege dia RM100...
Memang mahai tapi berbaloi dengan ilmu yang kita dapat.



Published with Blogger-droid v2.0.4

Buat apa ke Pontian Johor?

Actually kami balik ke Kluang sbb Sabtu tu ada kenduri kawen pengapit suami masa ktorg kawen dulu.
KEndurinya kat pontian Johor.
Dari rumah MIL memang dah dekat dah.
Tak pernah sampai pontian ni, pestaim sampai.
Seb bek ada GPS kalau tak mengagau gak tengok jalannye.
Ada Pontian ekcik pontian besar bagai.
Kami lalu Pekan Nanas, nampak la muzium nenas.. 
Cadangnye balik nak singgah tapi bila balik tak jumpe2 dah pulak muzium tu HAHAHA..
bukan rezeki la nak melawat muzium nenas.

Kendurinya buat di dewan, time sampai masa tu dah pukul 2 gak tapi pantin nye belum tiba...
So pas makan, dok la kami kat luar nunggu pantin...


Macam bese, cabaran paling besar nak handle si kenit ni. Bukan mahu diam... Keje kene mengejar dia aje la..


Ni la pengapit kami dulu. Azizul Helmi namanye, bestfren hubby...


Style orang Johor kawen, banyak tol wooo menjelang nak sampai ke pelamin... Tapi best nengok pantin laki gemuruh ajwab soklan, jawab pantun hahahah.. Lucu giler..


Jawab jgn tak jawab.. Selagi tak ajwab tak pat la nak duduk sebelah..


Akhirnya berjaya jugak... Hehehe...


Selamat pantin baru dan menempuh alam rumahtangga...

Tuesday, June 5, 2012

Dinner @ Warong Soto Berlada Mak Mah

Masa ni sebelum balik ke Kluang...
Sebelum gi umah kak Long aku Nana nak amek dia and Mia, kami singgah makan kat Warung Mak Mah nie. warung ni dekat ngan umah kak long. Saja ajak suami try.

Tak susah nak carik warung ni, google maps aje. Sangat berguna jugak tab nie... Hehehe


Rayyan yang sebok nak makan jugak padahal dah siap2 kenyangkan perot si kenit ni dari rumah lagi...


Antara menu2 yang ada... Tapi tak tengok sangat sebabnya memang dah set dalam paler nak makan soto...


Siap ada pemanis mulut tu hehehhe.....


Hubby amek paru goreng ni, direkemen oleg tukang amek order... Makan bersama nasi lemak..


Muka orang lapar, nasi lemak die bungkus dalam daun pisang... Suka nasi lemak bungkus daun pisang nie, rasa wangi and automatik sedap hehehe...


Ini adalah soto yang diorder... Nyum nyum...
Sedap jugak, next time leh datang lagi. Hubby pun kata sedap nasi lemaknye, nak makan 2 bungkus tapi bila pikir nak drive jauh takot ngantok terus cancel. Sebungkus cukup la. =D

resipi pavlova





Wiken bila ntah saja try buat Pavlova..
Selama ni dok tengok kat belog orang je..
Kali ni dah ada oven, memang rancak je la wiken aku dok mem'baking' kan hehehe...
Takpe, dapat banyak pahala masak tok jamu somi....

So meh share resipinye...

Bahan2 seperti dalam gambar di bawah...



Sebelum tu nak bagitau, Pavlova ni terdiri dari 2 jenis lapisan iaitu meringue atau dengan kata lainnye putih telor campur gula dan another camporan is whipped cream...

Bahan2 dan cara2 untuk membuat meringue:
  • 4 biji putih telor. - sila pastikan telor tu bukan dari peti ais, kalau boleh biarkan dah sekata ngan suhu bilik biasa.
  • Gula castor amek 3/4 cawan je, resipi asal 1 cwan.. Tapi aku kurangkan sbb takmo manis sangat.
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu cuka makan
  • 1/2 sudu esen vanila.
Cara nak buat pulak
  • Sebelum siapkan adunan, preheat dulu oven pada suhu 140 darjah, guna api bawah aje tau
  • Bila nak start masukkan meringue nnt turunkan ke suhu 110 darjah.
  • Memula pukul putih telor sampai gebu, atau soft peak kata omputihnye... Lama gak putar nie, nak tau dah soft peak ke belum, try telangkupkan mangkuk berisi putih telor tu, kalau tak jatuh dah gebu la tu.
  • Pastu sambil putar masukkan gula kastor sikit demi sikit. Putar sampai kental.
  • Pastu masukkan tepung jagung, esen vanilla dan cuka makan tadi dan pukul lagi.
  • Bila dah sebati adunan tadi, kita stop mixer dan guna spatula pulak.
  • Adunan tadi ni la kita panggil meringue. Bila kaup meringue ngan spatula tu, jgn ganas2 tau, kalau boleh spatula tu putar pada satu arah je bila kaup adunan tu
  • Pastu sediakan dulang pembakar dan lapik dgn kertas pembakar, pastu letakkan adunan meringue tu atas kertas lapik tadi.
  • Make sure masa bentukkan adunan tu jgn terlalu tebal or jgn terlalu nipis. Yang penting bahagian tepi biarlah lagi tinggi dari bahagian tengah (buat macam ala2 benteng gitu) 
  • Pastu masuk dalam oven, bakar dalam 1 jam 20 minit bergantung pd jenis oven.
  • Semasa meringue di bakar boleh la sediakan whipped cream die pulak.
  • Pavlova dah masak bila nampak bahagian luar kuning garing gitu.
  • Bila dah masak, jgn terus kuarkan meringue nie dari oven, biarkan je dalam oven dalam keadaan pintu oven sedikit renggang.

Bahan2 dan cara buat whipped cream
  • Secawan whipping cream 250ml, sila beli whipped cream for dessert and topping. Jgn beli tok cooking tau, kang tak jadi.
  • Buahan2 kegemaran anda. Pavlova sedap kalau letak buah masam macam kiwi, strawberry, blueberry.... Sebab meringue tu dah manis, so kita compliment dengan rasa masam buah.
Cara buat topping ni.
  • Putar whipped cream sampai kental. Tips: jgn putar terlalu lama kalau tak nnt jadik berair n terus tak boleh guna. Putar sampai korang rasa ok dan cukup kental.
  • Potong buah buah tadi



Hasil setelah dihias meringue dengan topping whipped cream dan buah kiwi serta strawberi....
Sedappp rupanye pavlova nie... Makan sejuk2 kuar dari peti.. Macam aiskrim ada, macam mashmallow pun ada.... Husben pun suka, siap suruh buat lagi... Heheh tapi nnt la, takleh makan selalu ni... Manis!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, June 4, 2012

My 1St CLARKS


Adoi.
Ni dah lama kot.
Dah lama dah beli kasut Clarks ni
Ni la kali pertama beli kasut mahai...
Eh kali kedua..
Yg pertama kasut hantaran yg tingginya 3 inci
Tapi baru pakai 2x .. Rugi.. rugi....
Adoi.... Memang bukan aku ler nak pakai heel tinggi ni..
Sakit kaki...
Aku ni keturunan ada problem sakit kaki...
Skang pun dah start sakit, tu yg beli je la kasut yg selesa..
Pejam mata je la bayar.
Sbb tak tahan tanggung kesakitan dah.

Actually aku tak kesah pun beli kasut murah tapi bila dah sakit kaki ni terpaksa lah aku pikir keselesaan..
Masa nak bayar ni mengigil rasa hahahaha


Alhamdulillah pakai Clarks ni kurang sikit sbb mmg betol2 selesa..
Kira berbaloi la dengan harga..
Gamba kasut aku tak snap, lupa....
So amek dari web je...

Clarks shoe












Yang ni la design aku beli tapi kaler itam...
Memula nak beli putih susu ni tapi takot kotor... So beli la kaler itam....
Tak beli heel pun....
Aku jarang pakai heel...
Sbb selalu gi opis pun gi site so pakai flat, senang nak bt keje..
Kalau masuk meeting baru pakai heel....

Kalau menang contest voucher kasut Clarks kan best hikhik



Thursday, May 31, 2012

ShenZhen trip: Happy Valley

Cepat2 nak habeskan entri China ni.. sebabnya bulan 6 ni nak g China lagi HOHOHO...
Tapi kali ni nak g jalan tempat lain plak...


Salah satu tempat yg boleh pergi kalau nak having FUN di China silalah terjah HAPPY VALLEY die..
Siriuss, korang kuar saja dari sini bukan setakat happy, ting tong, pening lalat sume ada... 
HAHAHA.. Actually HAPPY VALLEY ni adalah THEME PARK..
Macam Genting Highland jugak...
Tapi besar gile, tak habes aku jalan

Harga tix...
Kalau nak convert to RM bahagi 2 je.


Ahli rombongan...
Hanya ada 2 orang aweks.
Aku dan Hana..
Dan seramai 8 orang jejaka... Tapi kita tengok sape yg berjaya sampai akhir HAHA

Yang penting bila kat sini, sila tengok MAP.
Sebab theme park ni super besar... Dia ada 8 theme area ie Spanish Square, Cartoon City, Venture Mountain, Happy Island, Gold Mine Town, ShangRi Las Forest, Hurricane Bay, SunShine Coast Mayan Water Park..



Yang ni one of theme area dia...
Tak ingat dah apa...
Tapi mmg nice la deco2 dia..

Tak dapat gi Disneyland, gi sini pun ok..
Dah merasa macam Disneyland dah...


Misi mencari rollercoaster yg paling tinggi untuk naik...
Dah nampak dari luar and dah aim nak naik...
Tu yg dok carik tu...


Ni la die rollercoaster yg kami nak naik..
Siyes tinggi....
Dan menjunam giler...
Memang naik ni rasa nak terkeluar jantung...
Tapi best!
Lepas naik ni, sorang dari boys team surrender dah HAHA..


Yang kedua naik rollercoaster gak, tapi yg jenis kita tergantung ke bawah tu...
Phewwwww....
Memang tak bukak mata hahaha..
Bukak mata kejap tapi rasa macam kat atas awan.. Gayat.. Terus tutup mata dan jerit.
Tips die kalau naik rollercoaster or thrill rides gini, kene jerit..
Lepaskan je.. Jgn tahan!!!!


Bergamba sebelum naik...
Aku tak tahu la apa nama dia.. Tapi memang die akan berpusing2 ke depan ke belakang...
Pastu berenti kejap kat atas...


Macam gini la die pusing....
Seram jugak, nampak macam simple..
Bila dah naik memang berderau darah...


Rollercoaster dalam air...
Yang ni pun best!


DUSHHHH turun..
Memang kuyup....


Daripada 10 org td.. Yang naik hanya 5 hahahha
Ramai yg surrender...


Yang ni jgn cakap la..
Tengok gambo pun dah leh agak camne rasanye...
Adoi..
Ngilu perot msa  naik ni..


Cuba carik mana saya???


Yang ni aku tak naik..
Mana yg ride berpusing2 ni mmg aku xkan naik..
Rasa die macam muntah nanti bila naik....
Tak sanggup sbb sepanjang masa kita dok tergantung kite kene putar...

Diaorang yg naik 4 orang je..
Bila turun sume mata merah sbb darah dah turun ke kepala...


Yang ni pun naik gak...
HAHAH tapi fun la...
Geli2 perot..


Die macam KAPAL tapi bukan kapal.. piring di ayun ke kiri kanan...


We are HAPPY..
Memang fun rides die sume...
Recommended to go...
Cume toilet tu memang hazabedah la sikit...
Hahah aku tahan kencing sampai kedai makan HAHHAHAHA...

Adoi... Naseb baik la aku ni memang adventure gak orangnye...
Mainan camni mmg aku naik... Kalau tak memang kene bahan aje la ngan bebudak lain hahahahha...


Wednesday, May 30, 2012

ShenZhen Trip: Mee Tarik kat China...vs Mee tarik Sg Besi

Ingat tak entri saya yg lepas pasal Mee Tarik di Pekan Sg Besi???

Ok masa kat China la saya kenal ngan kedai Mee Tarik ni..
Kalau dalam bahasa Mandarin nye kita panggi La Mian...
Memang sedap sangat menu kat kedai Mee Tarik nie...

Mee tarik di China ngan di Sg besi tu, menunya lebey kurang sama..
Tak caya meh tengok


Ni daging kabeng yang marinated with segala rempah... Pastu goreng dan dihias dgn daun ketumbar...
Sedap sgt.. Daun ketumbar tu compliment rasa rempah ratus kambing goreng tu...


Menu2 yang ada..... Ada yg berasaskan mee sup, ada yg mee goreng.. Pilih and tunjuk je...
Mee kat sini sana macam Mee traik kat Sg Besi gak..
Bila kita order baru chef akan freshly tarik mee hahahaha...


Tomato campur telor.
Nampak macam simple kan?
Tapi siyes sedap.. Dah try buat kat rumah..
Memang sedap... Cuma kekurangan dari segi rempah ratus die la...


Sayur ni memang peberet saya kat China.
Setiap kali makan mesti order sayur nie.
Ni adalah sayur garlic sprouts atau ngan bahasa melayunye daun bawang putih masak ngan daging.

Aritu jumpe sayur ni kat NSK, try beli and masak...
Memang sedap, rasa die manis sangat dan ranggup2 gitu.
Bila makan kruppp kruppp kruppppp gitu..
Tapi pastu tak jumpe dah sayur nie....


Ni pun  antara menu yg ada jugak.. Kat sini memang banyak syur tapi sayur die manis2...
Ada orang kata gi China tak sedap makannye..
Tapi bagi saya, saya suka je makanan kat China..
Sedap je, sebab kebanyakkan kedai yg halal adalah dari Monggul, Arabian, Chinese Muslim so sume tu memang sedap dan kene je ngan tekak ni....

And percaya tak kalau saya kata menu itik pek pek die saya dah try...
Siyes sedap... Yang tu entri yg lain eh sbb tak jumpe gambo nye... hehehhehhe

So sesape yg nak g China, takyah riso maknan tak best..
Best je!!!
Cuma kene spend money sikit la..
Tapi kalau ekdai mee tarik ni murah je..
Menu paling mahai pun RM12...


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails