Tuesday, January 29, 2008

++countdown to 24++

Kurang dari 24 jam saya akan menyambut hari ulangtahun yg ke-24..Saya telah lebey dewasa pada awal tahun ini..Tapi mampukah saya bertindak seperti seorang dewasa bukan setakat dewasa pada usia sahaja?

Kurang daripada 24jam nie, bermacam2 perasaan bermain dalam hati saya..Gembira+sedih+terharu+gementar dan 1001 perasaan lain..Yang nyata saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana saya masih lagi diberi peluang bernafas sehingga umur mencecah 24tahun, kira satu jangka masa yang agak lama..Sekiranya sebatang pokok ditanam untuk tempoh waktu yang sama mungkin kiter telah berpeluang menikmati hasilnya..
Selama tempoh 24 tahun ini juga bermacam-macam perkara telah saya hadapi,ada yang manis,ada yg pahit yang pasti setiap peristiwa yg terjadi banyak memberi pengajaran dan pengalaman bagi saya meneruskan perjalanan saya..Mungkin ada sesetengah peristiwa yang memberi kekesalan dalam hati saya, tapi saya percaya pada Qada & Qadar setiap yang berlaku ada hikmahnya..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak tidak mengetahui" - Al-Baqarah (ayat 216)

Oleh itu, sama ada suka atau benci saya tetap menerima dengan redha dan menilai perkara tersebut dari sudut yang positif, mungkin ader kebaikan di sebalik perkara yang terjadi yang tak nampak dek mata kasar kita nie.Mmg diakui susah sangat nak buat, maklum lah mind set manusia ni bukan senang nak tukar. Tapi percayala, think positive and you will live life hapilly..
Untuk masa depan yang saya akan tempuh, mungkin akan lebey mencabar bagi saya, maklumlah saya telah melalui satu fasa yang lain daripada sebelum ini.Sebelum ini saya hanya seorang student yang menghabeskan masa dengan stadi grup+assigment+tutorial+deadline+project+tesis mungkin ader tekanan tapi masih ada masa untok saya berhibur bersama teman-teman.. Tetapi fasa alam pekerjaan yang saya tempuhi sekarang amat berbeza dengan zaman saya stadi dulu, tiada lagi masa untuk saya berhibur, kebanyakkan keje perlu kejar deadline yang kekadang hanya ada tempoh 24 jam sahaja untuk saya siapkan..Kekadang satu tekanan bagi saya tetapi kekadang timbul jugak kepuasan dalam hati sebab saya mampu mengaplikasikan ilmu yang saya pelajari di universiti dulu..Kekadang saya terfikir kenapa bidang yang dimonopoli oleh lelaki ini yang menjadi pilihan saya..Jawapannya cabaran, cabaran yang ada membuatkan saya tertarik dengan bidang nie dan akhirnya saya berjaya jugak..Terima kasih buat insan-insan yang berada di sisi saya selama ini memberi sokongan ketika saya hampir putus asa..

++Mak & ayah : Terima kasih berbanyak dari kecik sampai sekarang masih menyokong apa yang along buat,dan selalu beri peluang untuk along membuat pilihan along sendiri.. Ia membuatkan along lebey berani menghadapi realiti kehidupan dan bertanggungjawab atas pilihan yang along buat...
++Adlee : Terima kasih sebab sentiasa memahami dan menyokong saya walaupun kekadang saya tau awak terpaksa berkorban...Kepercayaan awak terhadap saya memberikan saya kekuatan dan lebey yakin dengan diri saya..Saya hargai apa yang awak buat.. Thousand apologize for thing I did that hurt you, believe me I really don't meant it..
++Mawar+Azrin+Nad : Terima kasih sebab jadik kawan saya yang baek selama ini... And provide me a shoulder to cry when I need it.
++Imah+Saz+Take+Liza+Hani : Thanks for being my buddy and all the moment yang pernah kiter kongsi bersama sepanjang 4 tahun nie..Saat suka+saat duka+saat menghadapi exam+saat karaoke+saat men boling+saat makan = all those are cherish moments that we had together make my life painted more colorful.
++Few person that I would like to say sorry for all the thing I have done wrong with.. Let by gone be by gone..Lets continue with our own life don't waste every single minutes of it..
++All person that I have knew, thanks a lot+nice knowing all of you..I believe each person I meet, knows something I do not, and I've learned it from them..
Till here today

P/S : Nothing in the future will correct all the moment that you have missed in the past. So, don't regret and cry over for what has happened in the past, but be happy that you could enjoy the moment...And believe me there's always a rainbow shine up after a heavy rain
=)

No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails