Friday, June 6, 2008

Lili buat Najah

"Books showed me there were possibilities in life, that there
were actually people like me living in a
world I could not only aspire to but attain.
Reading gave me hope. For me, it was an open door."-Oprah Winfrey

Baru lepas habes baca novel Lili Buat Najah nie, novel nie dibeli masa Pesta Buku hari tue, akhir2 nie baru ader kesempatan nak baca..Mula2 ingatkan Najah tu nama watak pompuan, biler dah stat buka kitab upernyer lelaki Syahrun Najah namanyer heehee.. Giler best novel nie, seyes, tak tipu..Masa nak beli tue musykil gak, ye la penulis nie penulis baru, takot hasilnya nanti tak memuaskan hati saya..Maklumlah saya nie cerewet skek bab nak baca novel nie.. Tapi novel nie betoi2 menikam jiwa+kalbu+hati dan perasaan saya..waduh..waduh..teresak-esak saya baca novel nie, jalan cerita, gaya penyampaian memang superb la.. Is true good book comes from great author, and this is her 1st novel, and she can make it too good..Tahniah buat penulis ini! And watak Syahrun Najah tue betoi2 buat saya terpegun, seyes baek giler lelaki tuh.. Huuhuuu~
Sinopsis novel ini,
Telah kau tunai seribu janji satu kau mungkiri… hidup bersamaku… Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri. Itulah permulaan kisah ini... yang bagaikan sudah terang lagi bersuluh. Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah? Jika tidak, bagaimana pula dengan perasaan? Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan, kerana perasaan itu tidak pernah ada bau dan warna: lalu sukarnya untuk orang lain memahami, apatah lagi merasai...
"Apalah maknanya bulan kalau langit diselubungi mendung apalah ertinya mentari kalau sinarnya dihalang gerhana jadi bagaimana aku harus terus hidup kalau mentari tak mahu berkongsi kehangatannya dan bulan tidak mahu meminjamkan sinarnya…? Najah, sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam!"

2 comments :

  1. Thanks for your comments Juelee. Appreciate it MUCH!

    Love,
    Naz

    ReplyDelete
  2. ni novel ape ni muahahhahaa

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails