Thursday, June 5, 2008

Minyak naik harga?


Time nulis blog nie aku kat umah, MC arini demam..huukhuuk..Mungkin terkejot sebab kenaikan mendadak minyak kot, ye la dari RM1.92 naik sampai RM 2.70..Wow!!Giler banyak... Semalam time balik keje opismate dah gitaw pasal minyak nek harga tapi anggapan aku mungkin khabar angin, pas je maghrib tengok bete diumumkan minyak akan nek harga pada 12 malam ini..HAMPEH!!!!!aku pun berlari tukar baju, capai kunci kete p la stesen minyak belakang umah tok memenuhkan tangki yang hamper kosong, perrggghhh panjang giler Q..tapi aku gagah jugak la sebab mengikut kata Encit Lee tempat aku tu takde la panjang sangat, stesen minyak len sampai 2-3 km orang beratur, dalam sejam beratur baru sampai turn aku sampai nak terkencing gak la menunggu turn aku tibe , masa isi minyak tuh aku rasa cam nak bawa balik je nozzle minyak tuh letak depan umah haaahaaa..begitula hebatnyer penangan kenaikan harga buat orang yang bergaji rendah macam aku..Time isi minyak tu memang lawak lak, semua orang kelam kabut je..ader pakcik tuh siap suh aku pi bayar dulu padahal depan aku ader sebijik kete tak lepaih lagi haahaak semua takot minyak kering kot..Isk kebenggangan dalam hati nie toksah kira la..Nape la kerajaan tak leh kawal kenaikan harga nie, padahal taraf idop rakyat Malaysia nie bukan tinggi sangat, semuanya cukup-cukup makan..Isu kenaikan harga beras pun tak settle lagi, nie dah minyak nek, bulan 7 khabarnya electricity nek, pehtu air pulak nek..Wahhhh, abes ape tinggal gaji, tinggal habok ja ka? Nie pun seb bek aku dok ngan family, kurang la jugak beban tapi sampai bile, satu hari nanti aku pun akan ader family aku sendiri.. Sebabkan kenaikan harga barang yang tidak setanding dengan gaji ni telah menyebabkan banyak terjadik kes-kes jenayah cam ragut, pecah rumah, mencurik.. Bukan sebab orang Malaysia takde sivik tapi kesempitan hidup kat bandar besar macam KL ni mendesar orang melakukan ape saja untuk dapatkan sesuap nasi.. Walaupun cara tue salah, tapi biler pikir perut yang tak berisi, anak-anak yang terbiar, sampai ati ke? dan mencuri tu la cara paling mudah bagi mereka..Zaman dulu-dulu masa kiter kecik2, payah nak dengar pasal kes-kes ragut nie, kalau ader yang buat pun tu semua Mat Pit punyer keje, bese la nak lepas gian..Tapi skang orang bese pun ader yang meragut..

Banyak perbezaan dulu dengan sekarang, pembangunan yang tanpa had telah menyebabkan kenaikkan taraf hidup yang membebankan rakyat sekaligus menyebabkan kenaikkan kadar jenayah dan kurangnya perikemanusian antara manusia!!!!Berbaloi kah harga pembangunan dibayar dengan nilai insan sejagat?


Wahai pemimpin kebanggaan Malaysia, dengarlah suara rakyat, rintihan rakyat.. Mungkin anda tak rasa keperitan mereka kerana anda di atas, cuber tukar posisi dan amek alih tempat mereka, dan nilailah sendiri kesan dan akibat setiap keputusan yang dibuat...

No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails