Monday, February 16, 2009

Kursus Kawen


Alhamdulillah weekend hari tuh 14 & 15 Februari saya ngan Encit Lee telah berjaya menyelesaikan salah satu daripada keperluan untuk berkahwin ---- kursus kahwin.. Yea!

Banyak saya belajar dari kursus neh, belajar hakikat realiti kehidupan rumahtangga yang tidaklah seindah yang saya bayangkan selama ini..

Well, hidup ini tak selalunye indah kan? Mungkin perasaan cinta itu akan mengatasi realiti kehidupan rumahtangga yang akan saya hadapi kelak.. Perasaan cinta itu lah yang akan menjadikan hidup berdua itu lebih bermakna.. That's the power of love.. Syukur alhamdulillah saya dikurniakan nikmat perasaan yang satu itu...

Kata orang hidup berdua itu lebey baek, tapi untuk menjadikan kehidupan berdua itu lebih bermakna dan kurangnya jurang perbezaan bukan mudah.. Secara fizikalnya lelaki dan perempuan tu dah tentu2 berbeza apetah lagi dari segi emosi dan kecerdasan minda.. Lelaki dilahirkan dengan tahap EQ vs IQ 1 nisbah 9 manakala perempuan dijadikan dengan tahap EQ vs IQ 9 nisbah 1.. Maka nya, perempuan banyak bermain dengan emosi, mudah tersentuh dan tersentap.. Macam saya! Saya seorang perempuan dan itu adalah sikap perempuan, sikap kamu, kamu dan kamu.. Bukan kamu andai kamu adalah lelaki.. Contoh di sini, perempuan akan sentap sekiranya lelaki tak jawab telefon ataw sms.. Tapi akan berpura2 cool di hadapan lelaki sedangkan tengah harapkan pujukan dari lelaki.. Perempuan sedang bermaen emosi di sini tapi lelaki tidak paham.. Nampakkan jurang pemikiran? Lelaki bukan buat2 tak paham, mereka memang tak paham sebab mereka tidak bermaen dengan emosi kerana EQ meraka hanya 1!! Bagi lelaki, apabila marah marilah beramai2 lepak di mamak nasi kandar layan bola.. Balik rumah marah pun reda, tak perlu dipujuk pun kerana EQ mereka 1, mereka tidak bermaen dengan emosi!! Tapi perempuan sebok nak pujuk jugak sampai naek rimas kawan tuh, dah cool pun boleh marah balik dibuatnya.. Bukankah berbeza tu?

Oleh itu, lelaki ucapkanlah kata cinta itu selalu.. Memang sukar bagi lelaki untuk ucapkannya secara kerap tetapi perempuan perlukan DOS ucapan I LOVE U itu setiap hari.. Ia seperti ubat pil yang akan memangkin emosi perempuan untuk menjadi positif sepanjang hari tersebut.. Tak pecaya? Silalah cuba.. Tak rugi, malah ia akan menambah rasa bunga2 cinta dalam hubungan anda! Dan perempuan, silalah jangan SENTAP ataw MEROYAN kalau lelaki lupa nak berikan DOS tersebut pada anda hari itu, apa kata anda pulak yang memulakan ucapan itu pada hari tersebut, jangan EGO.. I love you, sayang..... Mungkin lelaki pulak akan tersenyum sampai ke telinga hikhikhik...

Secara hakikatnye memang payah untuk wujudkan keserasian tersebut, tetapi ianya bukan lah mustahil untuk dibina.. Kalau nak taw camne, pegilah kursus kawen.. I dah tahu hikhikhik..
Bayar RM80 seorang dapat buku menuju gerbang perkahwinan buku neh masih lagi dalam proses untuk baca, dapat makan, dapat tengok cete Duyung dan Ahmad Albab hehe sume dalam pakej .. Ohh lupe nak beritahu saya pegi yang di Plaza Dwitasek Taman Tasek Permaisuri..

Hasilnya, saya belajar untuk memahami diri pasangan saya dengan lebih baek, saya belajar untuk menjadi seorang isteri yang diredhai suaminya, saya belajar ekonomi rumahtangga, saya belajar cara2 untuk membina keluarga bahagia dan turut terselit macam mana untuk menghadapi malam pertama (ohh bab ini sungguh blushingg naseb baek I ngan Encit Lee duduk jauh giler) hikhikhik...


13 comments :

  1. moga moga panas hingga ke petang.. kannns cek jue yg jeliterr tewww.. aminnn

    ReplyDelete
  2. best la akk g kursus kawen bersama...hehe..buat persiapan awl2 gtu...=]

    ReplyDelete
  3. wahh..
    cres pon bakal menyusul gi kursus kwen nnt..hehe
    ngan mmbr claz cres :P
    rombongan cik kiah haha

    ReplyDelete
  4. ilmu malam berkahwin takyah belajar ke??
    hehe..

    dah nak dekat ek jue??
    dah prepare mental and fizikal ke??

    dah cukup ke aerobik??

    ReplyDelete
  5. erkkk tips malam pertama?? nak tauu gak!!! hahaahhahaa

    ReplyDelete
  6. en me: mekaseh.. harap2 camtu la, jangan lak gerimis di tengahari..

    seroja: tu la saja g awai2 pasni tak payah pk dah..

    crescent: bagus lah p reramai takde la boring nanti..

    neddy: penceramah die ok cuma surau jauh la..huhu kelas kat blok A surau kat blok D..jauh woo..

    atty: alhamdulillah settle..

    cekguBH: ilmu tuh dah diajar masa kursus tapi takleh la nak share kat blog.. hikhik idak ler dekat lagi 8 bulan...

    hunny: oit bab tu laju ko eh... cepat2 ajak powde p kursus pastu nnt shy2 miaow... ngee~~~

    ReplyDelete
  7. da settle da satu perkara..

    bestt kan dapat gie kursus kawin ni bila gie ngn pasagan dr gie ngn kawan2....

    ReplyDelete
  8. smoga urusan kamu berdua dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  9. x brape ingat ape ustaz tu cakap .. yg ingat pasal kena beli umah bangalow tuk bini & ... unta .... Hmm agaknyer kena gi kursus balik ni ...hahahaha ..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah
    dh lepas stage 1
    next stage plak

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails