Lepas makan kat Restoran Nasi Ulam, tanya hasben nk tido mana. Dia ajak tido area Wakaf Che Yeh so nnt senang nk g merayau memalam. Kat Wakaf Che Yeh ni kan ada macam downtown memalam, jual memacam2 ada. So terus la waze ke Wakaf Che Yeh. Byk hotel sekitar situ, Holiday Inn pun ada kat area Wakaf Che Yeh ni. Bajet hotel yg kat area shop lot tu pn byk. Jangan risau, bajet hotel die decent skit, takde la macam kat Chow Kit tu, mmg rasa selamat kalau nak over nite. Tapi kene cr yg ada parking proper sbb mostly depan shoplot bila petang sampai ke tgh malam akan buka gerai utk meniaga. Depan hotel yg kami stay ni mmg turun tangga trs nampak gerai hehe. Strategik gila, tak payah pk nak carik paking ke apa....
Lepas pusing2 dok usha hotel, kami decide nk duduk Sireh Ampartment ni. Amek yg quad sharing ada 2 katil, sesuai la dgn bilangan keluarga kami. Amazingly, hotel ni selesa sangat. Bersih, toilet ada paip. Ada heater, ada iron/iron board, TV with Astro, ada mineral water eh complete la tapi harga satu malam RM79 sahaja. Murah kan????
Keadaan bilik. Bersih, memang sangat bersih.
Basic kemudahan, TV, iron, iron board, minuman seme ada. Toilet pun besar jugak. Tu Rayyan dok intai org pasang gerai nk meniaga kat bawah.
Dr tingkap inilah pemandangan yg kami nampak. hehe mmg strategik sangat kan???
Ni la hotelnya dan kontek number kalau sesape berminat nk stay sini.
murah dan selesa nampaknya. itu yg diutamakan apatah lagi kita bawak anak-anak ni kan., :))
ReplyDeleteAssalam jue,
ReplyDeletewaaaaaaaaaaa
bawah wakaf teruih yer
senang nak sopin gitew
soka3
nanti nak duduk sini jugaks laaaaaaaaaa