Tuesday, April 28, 2015

Tips utk roadtrip bersama anak2

Nanti la saya sambung entri raodtrip kami.. Last poin kami Cherating hahahha... Now sbbkan musim cuti nak tiba ni, meh saya share sikit cane nk roadtrip bersama anak2... Perkongsian ni adalah melalui pengalaman saya ye, kena sesuaikan dgn situasi dan peel anak2 memasing...

Roadtrip bersama anak kecil diakui bukan mudah, nak lagi perjalanan panjang. Tapi kita boleh plan and make it fun. Sebelum2 ni kalau balik Penang raya perjalanan 8 jam sbb ramai berpusu2 balik sekali arung so kami akan pilih balik malam sbb anak2 tido jadi kurang sikit hiruk pikuk anak2 dalam kereta. Tapi roadtrip kali ni kami prefer siang sbb nak layan permandangan pantai heheh..

Dr KL ke KT kami lalu highway so takde sangat pemandangan nak dilihat cuma ye la highway baru kan so dapat la kami tinjau2 RnR mana hentian mana, simpang mana, kebanyakkan RnR tak buka lagi, naseb bek la bebudak takde buat peel nk kencing ke apa kan... Masa balik ke KL dari KB mmg kami sengaja ikot jalan pantai, lalu sepanjang pensisir pantai dan kadang kami stop by the beach utk enjoy the superb view. Bukan selalu boleh tengok pantai pun kan.

Okeh meh saya share tips saya.

1. Sebelum bertolak korang boleh tengok laluan perjalanan korang kat website highway and tengok RnR yg ada sbb yg ni penting bawa bebudak ni unexpected, kang nk kencing la nak berak la, if kita dah tau hentian mana seme senang plan nk berhenti. Apa yg saya buat saya tengok kat google maps, perjalanan dr satu hentian ke satu hentian bape lama masa, so stp 2 jam saya plan utk bhenti pergi toilet or isi minyak ke apa. Jangan lupa masukkan skali waktu solat :)

2. Pastikan stock makanan dan minuman cukup dalam kereta hehe ini buat kudap kudapan bebudak dan bapak budak.

3. Perjalanan yg jauh sure bebudak boring kan, so bawa la buku or toys so depa boleh main sesama dalam tu. Jangan la bawa yg besar2, mcm ritu saya bawa faveret books diaorg ngan mainan utk korek pasir kat pantai tu.


Bila dah bosan ini lah jadiknya, nk duduk atas riba papa masa papa drive. Jngan tiru ok aksi ni, ni sekejap je saya bg pastu saya amek balik. Bahaya gini.

4. Kalau boleh plan perjalanan tak lebey 6 jam, kalau lebey mmg bebudak akan cranky sbb tu la saya byk pit stop. Normally bebudak akan tido 2 jam so kita ada 4 jam je utk melayan diaorg dalam kereta.

5. Bila pilih pit stop tu, bg bebudak g main playground ke apa. Ala tak payah amek masa lama, dalam 10-15min pn dah cukup.


6. Kalau boleh stay la bermalam dgn mana2 lokasi in between, lagi best pilih location yg menarik. Bukan setakat benti tido dapat gak jejalan cuci mata, makan2 sekali hehehe. Yg ni mmg kene sevey dulu sebelum decide nk stay mana. Kalau perjalanan ke Pantai Timur tu rasanya byk tempat menarik utk stay cth Cherating, Pantai Temasik, Pantai Penarik, Awana Kijal eh mmg banyak la. kene rajin sikit gugel around sebelum trip.


Btw roadtrip kami memang fun. Kami enjoyed sangat, anak2 pun happy.. Hehe so hasben kata next year boleh plan roadtrip ke Krabi plak.. Jom sape nak join???


4 comments :

  1. wahhh krabi...okeh tunggu aku kuar keta baru thn dpn k

    ReplyDelete
  2. Assalam jue,
    naaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkk he3

    ReplyDelete
  3. Best jugak kan cuti holiday naik kereta. Aku suka jugak. macam hari tu holiday pergi JB naik kereta rasa macam best walaupun Raifa macam meragam sikit masa tu

    ReplyDelete
  4. em blom pernah lagi la jalan jauh2
    ada skali g perlis dari penang xjauh
    tp balik dr perlis ke kl tu dah malam tido dah seme
    mcm tak de keberanian lg nak travel jauh2
    darwish tu adoyai g dekat2 pon kemain xdok diam

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails