Friday, April 28, 2017

Percutian Bermakna ke Tanjong Jara Resort, Terengganu

Hi korang, tiba musim cuti sekolah nanti, korang dah ada plan ke nak bawa family bercuti ke mana? Kalau belum ada, I nak suggestkan korang bawa family ke Dungun, Terengganu.
Eh? Ada apa je ye di Dungun? Kalau nak tahu percutian apakah di Dungun ini, jom baca entry ni.
Di persisiran pantai timur semenanjung Malaysia, terdapat sebuah resort mewah bernama Tanjung Jara. Tanjung Jara merupakan sebuah resort yang memperkenalkan para tetamu kepada tradisi tempat masyarakat zaman Melayu Kuno. Reka bentuk resort ini mencerminkan keanggunan istana Melayu pada abad ke 17. Dengan menjejakkan kaki ke dalam resort ini, tetamu dapat merasakan suasana warisan semulajadi Melayu yang tulen. Ketulenan seni bina bangunan resort ini, serta sikap mesra dan menarik pekerja-pekerja resort ini membuatkan percutian korang dan keluarga menjadi sungguh bermakna. Kadang-kadang kita tidak perlu untuk memilih tempat yang happening untuk membuatkan percutian kita menjadi memorable. Dengan cara back to nature and origin, mengunjungi tempat-tempat seperti ini, juga akan membuatkan percutian kita bermakna. Di sini, korang boleh mengambil pengalaman melewati pelbagai jenis aktiviti. Tidak kira lah jenis santai, lasak serta kebudayaan. Korang boleh pilih dan atur sendiri jadual aktiviti-aktiviti yang korang boleh lakukan di Tanjung Jara Resort ini.

Bilik yg indah ni, memang sesuai sangat untuk honeymoon, untuk meredakan fikiran dr segala kekusutan kerja.



Jom kita tengok jenis-jenis penginapan di resort ini. Terdapat enam jenis penginapan yang disediakan dank orang boleh pilih yang mana satu korang suka. Antaranya adalah; Bumbung, Bumbung Sea View, Serambi, Serambi Sea View, Anjung dan Anjung Seafront. Berdasarkan namanya korang dah tahu yang setiap jenis korang boleh pilih untuk view Laut Cina Selatan atau view taman-taman tropika. Anjung merupakan saiz yang paling besar dan ini lebih sesuai untuk keluarga yang besar.


Anjung Seaview
                                                                         

Anjung
                                                                               

Bumbung Seaview
                                                                     

Serambi Seaview
                                                               

Serambi


Setiap bilik disediakan basic amenities seperti, Wifi, alatan membancuh air teh dan kopi, flat screen TV, powered safe, in-room climate control dan beberapa lagi. Jika korang memilih standard bilik yang lebih mewah, bilik tersebut mempunyai bathtub dalam bilik mandi yang besar, outdoor verandah untuk menghirup udara segar dan beberapa lagi. Korang boleh survey tanjong jara resort latest price and review on traveloka. Then, teruskan dengan tempahan untuk dapatkan tawaran harga menarik di traveloka.


Lawa kan? Swimming pool yg mengadap laut china selatan. Subhanaallah. View yg sangat mendamaikan dan menyegarkan minda. Kanak2 sure suka tengok pool cantik mcm ni, bukan kanak2 je, orang tua pn sama naik teruja hahahah.



Korang boleh book melalui Traveloka di laman web atau melalui apps. Boleh dpt diskaun sekarang dgn memasukkan kode HURRYSTAY. 25% diskaun tu. Sesuai la utk nak bawa anak2 dan keluarga bercuti hujung minggu ni atau cuti sekolah nanti.



Untuk memeriahkan lagi percutian korang, penginapan sahaja tidak cukup. Makanan yang disediakan menjadi pelengkap kepada percutian tersebut, betul kan? Jom kita tengok pula hidangan makanan yang ada. Di resort ini sahaja terdapat empat jenis tempat makanan dengan ambience yang berbeza iaitu Di Atas Sungei, Nelayan, Teratai Terrace dan Private Dining Experience. Di Atas Sungei ini, korang berpengalaman menjamu selera yang dibawahnya mengalir air sungai. Restoran ini menghidangkan authentic Malaysian cuisine. Nelayan pula memang tidak lain tidak bukan akan menghidangkan fresh seafood dishes. Teratai Terrace pula korang dapat menjamu selera di tepi swimming pool dengan masakan-masakan grilled. Last sekali, Private Dining Experience korang dapat merasai pengalaman romantic menjamu selera sambil bersantai di perisisiran pantai Laut Cina Selatan.
Seperti yang dikatakan awal-awal tadi, korang boleh pilih sendiri jadual aktiviti-aktiviti yang korang akan lakukan di sini. Wonder what the activities are?

First is, PADI Snorkelling dan Dive Programmes, di mana korang boleh snorkelling atau belajar dive untuk menikmati keindahan semulajadi hidupan laut.



For a more relaxing activity, korang boleh try Sucimurni exercise, di mana korang dibimbing oleh instructor untuk bersenam untuk mengimbangi kesihatan luar dan dalam serta menyucikan fikiran. Selain itu, terdapat juga Jara Hill Walk and Malay Herbal Garden Visit, di mana korang akan diguide oleh seorang guide yang memang pakar dalam bab pokok-pokok herba untuk mendaki bukit sambil mengenali pokok-pokok herba. Untuk aktiviti lebih santai, korang boleh try Traditional Handricraft Classes, di mana korang boleh cuba mengasah bakat dan skills seperti paper flower decoration, menganyam ketupat, dan beberapa skills lagi. Jika ke tepi pantai, tak sah lah kalau tak ada outdoor games seperti volleyball, sepak takraw dan lain-lain lagi. Korang juga boleh belajar dan perkenalkan anak-anak zaman sekarang tentang permainan gasing dan petaque. Last but not least, dan memang I suggest sangat korang visit Kenyir Elephant Village, di mana korang boleh rasai pengalaman lebih dekat dan sentuh gajah-gajah yang manja ini.  

I guess, that is all from me and I really-really suggest korang semua untuk datang ke resort bertaraf lima bintang ini sebagai destinasi percutian korang untuk cuti sekolah yang bakal tiba ini.

Best kan?? Apa lagi, cepat install Traveloka dan book percutian anda ke Tanjung Jara Resort segera. Gerenti puas hati.


Monday, April 17, 2017

Stories Pasal Rayyan Masa mama berpantang

Masa mama berpantang, macam2 sgt hal yg berkaitan ArRayyan. Nk bt cane hujung tahun pastu plak Rayyan kebetulan nk masuk djh 1. 

Masa ni mama kat wad lagi bru lepas 2 hari bersalin, Rayyan ada exam kemasukkan djh 1. Mmg tak sempat la nk bt revision ke apa. Papa dr hospital, amek Rayyan kat umah opah. Terus bw g sekolah amek exam. Tengok la tu pakai pn baju kontot. Org lain bw bag bagai, dia dtg lenaggang maklimah je. Bawa pensil pemadam je. Hadoi laaaaaa



Kejadian kedua, gigi bawah bergoyang. Dua batang plak tu. Sebabkan masa tu papa amsih bcuti jaga mama dalam pantang, so papa bw dia p klinik gigi 1Malaysia ja. Senang katanya.

Sekejap je proses kata papa, sbb utk kanak2 ada doctor khas.  Gambar kat abwah ni masa gigi masih ada. Actually gigi Rayyan semua elok lagi, tp goyang sbb gigi kekal dah keluar and tolak gigi susu. Tu yg jd goyang, so kami bw g clinic je utk cabut.


Lepas cabut. Tak nages pn kata papa. Bila kita tanya, die cakap tak sakit. ye la gigi susu kan. Lagipun dah goyang, mmg senang la nk rentap cabut.


Hehe papa amek gambo masa proses nk cabut, wasap kat mama kat rumah.
Tak sangka Rayyan berani sbb dia ni sejenis penakot, tp time ni berani plak. Syabas.... gigi susu pertama yg dicabut pd tahun 2016. di usia 6 tahun heheheh...


Friday, April 14, 2017

Orientasi Darjah 1

Dah 3 bulan berlalu orientasi ni. Masa orientasi mama dalam pantang, jadi mmg tak dapat teman ArRayyan. Segala urusan sekolah Rayyan dr pendaftaran, amek exam kemasukkan sekolah, taklimat, orientasi semua papa yg uruskan. Termasuk la hari peratam sekolah urusan naik bus, taska papa yg arrange dan ajar. Dan rezeki hari kedua sekolah mama habis pantang, so mama la take over sbb papa pun cuti2 hari je.

Gambar2 ni semua papa yg amek. Kita saja nk tulis entri ni sebagai kenangan di masa hadapan hehe. Ye la anak peratama tak dapat merasa hantar orientasi harap time kakak sumayyah nnt amma dapat peluang ni.


Gambar dalam kelas, kemain senyum lebar. Dah 3 bulan sekolah. Baju sekolah jangan harap la bila balik tu nak putih berseri cani. Kebanyakkannya hitam legam hahaha. memang kene sental habis.


Ni kat KAFA.


Tu je. Haha tak tau nk tulis apa sbb sy tiada di tempat kejadian. Gambar pn papa yg amek semua ni.


Friday, April 7, 2017

7th annibeseri

Ok la marilah sambung entri2 terbengkalai tahun lepas. Entri ni utk kenangan di masa depan je. Tahun lepas masa ennibeseri kita masih berpantang, so takde la plan nk vacation ke apa. Dah pantang kan, so duduk rumah ontok2 jaga baby. Keluar pn masa nk p injek baby sebulan.

Kat bawah ni keluar nk g injek baby sebulan lah, kemain ceria muka ahkak oi. Maklum la sebulan terperap kat umah je. Dah la musim cuti sekolah, sana sini org hapdet g oliday. Naseb la kita ni jenis suka memerap kat umah. So takde la stress sangat. Hehhe.

Ramai org komen dah kurus bila tgk gambar ni. Actually dah 3 kali pantang, kali ni slow skit progress penurunan berat badan. Agaknya sbb naik pn xbnyak and kali ni pantang tak skema cam dulu. Kita asal boleh je la. Dr segi makan tu, takde la stret sangat sbb pantang sndiri kan. So pagi kalau tak sempat, makan je la biskut kering. Lunch masak rebus je. Kang ptg biskut kering balik. Hahaha asyik makan je, mana nak kurusnya. 


Masa enibeseri 25/12 tu, hasben beli kek BR sepprise kita. Tanjat kakak. Tp sedih oi, kita dalam pantang. mana bolehnya makan aiskrim. Hahaha kita makan biskut LOVE atas tu je, tu pun berebut ngn Sumayyah. Gambar lupa nak amek sbb time tu tgh merajok kononnya. Pasaipa merajok takyah cete la. Kuikuikui... Biasa la emosi ibu dalam pantang, tak stabil ye dak.



Disebabkan kek aiskrim takleh makan, mujur kita leh makan cokelat. Cokelat ni milkboaster tau. Pastu makan la kek mocha. Eh sedap ok kek mocha ni.



Budak paling eksaited potong kek.


Dah 7 tahun usia perkahwinan kami, takde la ucapan love dovey. Itu kita wasap direk je ke husben. Cuma mengharapkan perkahwinan ni kekal hingga jannah. Perasaan kami setia antara satu sama lain, grow old together, dapat bersama2 melihat anak2 membesar. Apa lg yg nk diharapkan dr sebuah perkahwinan, saling melengkapi antara satu sama lain. Ko sakit akujaga, aku sakit ko jaga. Ha gituuuuu...



















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails