Siapa sini tak kenal Lazada. Aku pasti semua kenal la, portal beli belah online yg femes abad 21 ni. Bagitahu je apa ko nak cari?
Barang baby?
Barang sukan?
Barang elektronik?
Barang makanan?
Barang utk travelling?
Barang utk bersukan?
Semua ada wei. Di hujung jari je.
Aku mula berjinak2 ngn Lazada ni lama dah, dr 2014 lagi. Masa tu baru kenal shopping online ni, biasa shopping kat Mall je kan. Tapi bila dah ada 2 orang anak, mmg tak daya nak membeli belah dengan budak2 kecik. Ye la kita sibuk memilih barang, karang anak2 dok berlari2 main takot hilang pulak. Jadik di sini bermula nya perkenalan aku dengan Lazada portal beli belah kesayangan ni.
Apa barang pertama yg aku beli online?
Ha ini dia handblender. Ingat lagi masa ni anak aku yg kedua baru berusia tak sampai setahun lg, and baru nak kenalkan solid food. Jadi sibuk la mencari blender utk blend makanan bayi. Ada banyak pilihan kat Lazada ni, tapi hand blender jenama Panasonic ni menjadi pilihan sebab dr segi warranty yg terjamin, dan brand yg agak gah dan dikenali ramai.
Ko tengak Lazada bukan jual barang jenama cikai2, yg dah ada nama tau.. So tak perlu risau originaliti barang yg kita order. Dijamin ori dan berserta warranty.
Hand blender ni masih ada di rumah, masih aku gunakan untuk macam2 keje di dapor, bukan setakat blender bubur nasi anak, blender bt sambal belacan, blender bt sambal berlado, bt mushroom soup. Macam2 la, dah hampir 4 tahun berjasa. Tahan lasak kan? Tak rugi beli...
Kalau tanya aku apa benda yg aku prefer utk beli online. Hurm sebenarnya aku tak kisah pn nak beli apa, semua pn dah sedia ada dalam portal online Lazada ni so kalau dah ada online beli aje la, buat apa nk susah susah ke mall. Barang nya sama jugak kan. Cuma beza kat mall ko boleh pegang2, belek2, rasa2. Bila beli online ni physical feel and touch tu takde.
Tapi......... jangan risau even korang tak boleh ada physical touch atau feel tu korang ada option lain utk pastikan barang yg korang nk beli tu tepat dan kene ngn citarasa. Nak tahu macam mana? Meh aku ajar, kaki sopim online mmg terer bab ni hhahahha..
1. Pertama skali korang leh baca review org yg dah pernah beli, review kdg ada kat bawah produk yg korang nak, atau boleh je google review. Kat website lain pn ada, kat blog, baca and tulis seme review yg korang rasa membantu.
2. Next korang boleh search youtube cara penggunaan barang tu, apa kebaikkan barang yg korang nak, macam mana cara nak handle, korang boleh tengok sendiri la kan macam mana cara penggunaan dan review dr video2 youtube.
Benda yg paling kerap aku beli online ni lampin pakai buang anak2 aku. Memang berbaloi betul, dah la murah, guna code diskaun bertambah plak murah. Memang beza ngn harga di shopping mall, tak payah susah2 ke mall utk beli lampin bayi.
Tak caya ke aku ni kaki shopping Lazada. Ha meh tengok brg2 yg aku pernah beli online selama ni dari Lazada.
Toys anak aku, jenama Vtech. Jenama ni mmg payah la nak dpt diskaun. Puas aku usha kat Mall tak pernahnya dapat diskaun, Kat lazada dah la dpt diskaun, pastu guna code diskaun lagi. Berbaloi sangat. Anak aku suka gila mainan ni.
Bukan barangan bayi je aku beli online, ha barang eksesori utk camera Go Pro 5 dan FitBit Alta HR pn aku beli jugak online. Benda senang wei, klik je kat laptop, tunggu je kat opis. Buat apa nk susah2 kan diri cari kat mall....
Kualiti barang setakat ni aku puas hati, lama dah pakai dan masih serve the purpose kata org. Alah membeli menang memakai gituuuuuuuu
Barang kosmetik, mop pun aku pernah beli online. Mop tu mmg kesukaan betul la. Bukti nya bila mak aku datang rumah aku, guna mop ni dah mak pun jatuh hati, dok la merengek suh aku orderkan untuk dia jugak satu. Sebab tak pernah jumpa mop ni kat shopping mall katanya.
Sebagai anak yg baik hati, terus aku buka Lazada, order sebijik mop yg sama, and poskan direct ke rumah mak aku. Kemain happy mak aku dapat mop idaman.
Car seat ni aku beli utk hadiah new born adik aku, sebabkan kami jauh. So tak dapat peluang nk jumpa, senang je, aku order dr Lazada ha poskan ke rumah adik aku. Hadiah untuk anak buah baru,. Senang kan? Nk bagi hadiah ke sesape pun, bt je delivery mcm ni terus ke penerima. Pilih je barang yg kita nak hadiahkan. Takyah serabut2 kat shopping mall.
Banyak lagi barang aku pernah beli online dr Lazada ni, macam2 kategori. terbuktilah, beli apa je pun kualiti tetap dipercayai dan terjamin.
And memang terbukti aku SUKAAAA sangat shopping online.
1. Jimat masa, teaga dan wang paking aku. Tak payah nak stress stuck dalam jem, serabut dgn orang ramai, aku boleh memilih dan menilai barang tu dgn tenang depan laptop je, dalam rumah pasang aircond ha kauuuuuu. Selasa dan aman gitu.
2. Buat yg ada anak ramai macam aku ni, memang paham sangat masalah bila shopping dgn anak2. Its aint fun anymore ya. Silap2 ko boleh stress jadik raksasa gorgon mengejar budak2 yg seronok berlarian dan hujung2 barang yang kau nak tak dapat beli. Jadi di sini la portal online Lazada menyelesaikan masalah aku. Tak payah jadik raksasa, aku boleh memilih dgn aman dan waras. HAHAHAHA
3. Aku boleh buat surprise delivery kepada sesape saja aku nak. Nak hadiahkan mak aku iron sempena hari Ibu, klik ej lazada. Mudah kan? Mak pn seronok dapat surprise macam tu.
4. Dapat DISKAUN BERGANDA. ha yg ni mmg siapa tak suka diskaun kan. Lazada selalu buat sale dan very generous kepada pelanggan setia dia. Bulan lepas sale pada 11/11, ni akan datang sale 12/12 Lazada Onlive Revolution sale. Biasanya time sale ni, memang banyak barang yg ditawarkan pada harga runtuh, HARGA RUNTUH diulang ye. Lepas tu ada plak voucher code yg korang leh gunakan. On top of harga runtuh td korang dapat lagi diskaun lagi, tak ke penjimatan berganda di situ. Sebab tu la Lazada sentiasa di hatiku.
5. Dah shopping semua, tunggu je barang sampai depan pintu. Sebelum tu, jangan lupa masukkan no ID Air Asia Big ok. Lepas check out barang korang kat Lazada, sape yg members Air Asia Big tu yg mengumpul point AA utk travel, korang leh masukkan no ID korang lepas confirm purchase. Lepas tu tunggu la AA update Air Asia Big point korang. Dah la sopim dapat diskaun, dapat plak kumpul point utk travel jejalan... Siapa tak suka kan? Sebab tu sistur suka membeli belah di Lazada. Sambil berjimat sistur dapat banyak lebihan yg lain. Ala kumpul skit2 point lelama banyak la kan.
Cukup la tu, malas nk bbg alasan lagi, korang nilaikan la sendiri alasan2 yg sistur bagi kat atas tu. Kalau nk di listkan banyak lagi lasan tapi karang meleret plak entri ni.
Next, nk share barang yg dalam wishlist sistur utk sale 12/12 Lazada Revolution Sale ni
Hahaha banyaknya barang dalam wishlist sistur.
Sebenarnya, dah lama nak beli rice cooker Fuzzy Logic ni tu dok dalam wishlist tu. Tengah tunggu harga runtuh dr Lazada and voucher code yg berbaloi. Sebagai pembeli bijak haruslah aku teliti bab pembandingan harga ni kan.
Pelampung ngn baju mandi anak tu pn dalam wishlist jugak, nk ganti yg lama sempena vacation holiday kami akan datang, nk ke pulauuuuu youuu haruslah beli brg kelengkapan kan.
Ok la tu je nk share pengalaman shopping kita dgn buah hati kita Lazada ni. Nanti 12/12 korag stendby la depan laptop/pc masing2. Jgn lupa install apps Lazada kat handphone masing2. Senang sesambil minum kopi, sesambil jalan ke lrt stesen boleh browse barang yg korang nak.
LAZADA #portalbelibelahgenerasikini !!!! Pepandai je aku bagi hashtag yaaaa....