Monday, November 30, 2015

1st In Malaysia The Parenthood London Street, Fun Park yg terbaik!


Hujung minggu lepas saya telah dijemput sebagai blogger utk melihat sendiri The ParentHood London Street yg pertama di Malaysia yg terletak di Sunway Putra Mall. The ParentHood yg mempunyai keluasan 16000 persegi ini menempatkan sebanyak 33 buah lot kedai yg pastinya menjadi tarikn kepada mom-dad-to-be  serta ibu bapa. Kedai2 tersebut menawarkan segala keperluan dan barangan anak2 dari usia sebulan hingga la dewasa. Name it, apa yg kita nak? Toiletries baby, travelling gear toddler, clothing for baby and kids, games, stationaries, party costume, party deco accessories, all complete in one store.



My Kingdom playground by The Parenthood ini pastinya salah satu tarikan utama di sini. Ini adalah salah satu konsep yg saya suka sangat. Why? Sebab bila kita ni ibu2 sibuk nak memilih barangan bakal baby atau anak, kita boleh drop off kids utk having fun time di My Kingdom playground by The Parenthood  ni.  Security mmg terjamin. Anak dan ibu akan dapat tag seperti gambar di bawah.

Untuk parent akan ada tagging "G" for guradian and untk anak2 akana da tagging "C" for children. Tagging ni dah ada code yg tie to each other. So bila nak bawa anak2 kluar, tagging ni kene scan. kalau tak match ibu dgn anak mmg tak dibenarkan keluar la kan. So kita tak perlu risau orang nak hijack bawa anak kita kluar, ada system yg track kluar masuk via tagging ni.


Tredapat banyak mainan di dalam My Kingdom playground by The Parenthood ni yg sesuai untuk anak2 seawal usia 6 bulan hingga la remaja. Ada slides, trampolin, ball pit, PS4 & XBOX station, art section. Dan macam2 lagi yg membuatkan anak2 seronok berada di sini.


Activiti wall climbing di sini selamat. Jangan risau, ianya tak tinggi tapi sesuai untuk anak2 melatih keyakinan diri dan memupuk semangat berani tu.


Slide yg tinggi membuatkan anak2 ulang berkali naik tanpa penat.



ni pula art section dimana anak2 boleh melatih skill melukis dan art mereka.


Ball pit yg semestinya menjadi kesukaan kanak. Jangan risau, di sini ball pit ini akan dicuci setiap hari untuk memastikan tahap kebersihan terjamin dan anak2 tidak terluka ketika bermain.


Section untuk anak2 remaja iaitu PS4 section, turut disediakan pelbagai CD game utk anak2 bermain bersama.


 Caj kemasukkan ke My Kingdom  adalah seperti berikut:-

Isnin-Jumaat : RM35
Sabtu-Ahad : RM45 (termasuk cuti umum)

Pas ini valid untuk satu hari, anda bebas keluar masuk dgn syarat jangan tanggalkan tagging yg diberikan.
Sempena grand opening The Parenthood pada 5 December 2015, terdapat promosi untuk pembelian pass My Kingdom playground by The Parenthood.

Promosi pada hari pembukaan 5 Disember 2015, beli 3 pas percuma lagi 2 pas masuk. Menarik bukan???? Cuti sekolah ni marilah kita bawa anak2 ke sini, pasti anak2 gembira.

Selain itu,  party room juga ada sekiranya kita ingin mengadakan sambutan hari jadi anak atau pun majlis kecil kecilan amongs family members. Kita boleh biarkan anak2 bermain sambil mengadakan majlis hari jadi.



Now, mari kita lihat lot kedai yg terdapat di The Parenthood. Lot2 kedai di The Parenthood agak versatile pada saya. Ia memuatkan kedai2 yg menawarkan barangan bayi dan anak2 yg serba lengkap. Paling best, kedai tersebut bukan la kedai yg berjenama mewah. Ianya kedai yg mampu milik sesuai untuk semua golongan. 

Antaranya terdapat kedai Pigeon, Pureen yg memang terkenal di kalangan mommies. Di butik2 ini kita bukan saja boleh membeli barangan yg dijual tetapi juga boleh mendapatkan khidmat konsultansi secara  PERCUMA. Percuma ye. Contoh khidmat yg ditawarkan, sekiranya kita 1st time mom, mempunya masalah tentang penyusuan susu ibu, kita boleh rujuk pada consultant di kedai2 yg terdapat di The Parenthood ini, mereka sedia membantu. Bagus kan? Ini adalah antara services yg ditawarkan di The Parenthood. Coming soon akan banyak lagi services yg akan ditawarkan di The Parenthood ni.


Kedai baju costume. Sesuai untuk majlis2 hari jadi anak2, atau pun sambutan di sekolah yg memerlukan anak2 memakai costume kesukaan mereka.


Terdapat jugak stationery. Jgn lupa datang di hari pembukaan, diskaun akan diberikan atas setiap pembelian. Hihihi..


Ingin mengadakan party untuk anak? Di sini terdapat segala kelengkapan utk majlis. Pelbagai tema pulak tu, ada frozen, ada Mickey Mouse, Ada Cars. Eh lengkap la dari party pack hingga la ke belon.


Bahagian ini pula menempatkan games yg ada di pasaran. Ini memang sesuai untuk anak2 remaja yg gemar mengasah skill bermain permainan video.


Setelah penat membeli belah dan bermain, turut disediakan cafe lillipilli bagi mengisi perut yg lapar. Cafe ini menawarkan pelbagai jenis menu, dari menu yg ringan untuk kudap kudapan hingga la menu yg berat. Pilih saja.


Turut ditawarkan untuk membuat name card atau sticker nama bagi anak. Dijamin siap dalam 10minit saja ye. Sementara kita bershopping dan merelexkan badan, boleh la membuat tempahan.




Kedai ini pula menawarkan permainan bagi anak2 sedari usia bayi hingga la 5 tahun.


Ini adalah yg menarik hati saya, barber untuk kids & parent. Menarikkan? Ibu bapa boleh dapatkan perkhidmatan gunting rambut bersama anak anak di sini,. Bukan ini saja ya... Sila lihat di bawah..


Jeng jeng jeng.. A Beauty Secret Studio. Di spa ini, ibu dan anak boleh meluangkan masa bersama daughter untuk madicure, pedicure, massage dan facial. Seronokkan? Ataupun, mommies boleh relax di spa and kids having fun die My Kingdom playground by The Parenthood. Pusat setempat gitu untuk seisi keluarga...



Ini pula art and craft corner, di sini anak2 boleh bt art and craft. Bayaran dikenakan per sesi. anak2 akan diajar membuat craft yg akan melatih motor skill mereka...


Antara craft yg boleh anak2 buat, paper plate activity, buat keaychain, buat book mart, buat statue guna Magic Nuudles di bawah ni.



Jgn risau ye mommies, Magic Nuudles ni dibuat dr cornstarch, so selamat untuk anak2.
Sekaran ada promosi yang ditawarkan untuk beli 10 sesi percuma 3 sesi. Jgn lepaskan peluang ye.



Terdapat juga kedai yg menjual boardgames seperti Nsake & Ladder, Saidina, Monoply, dan macam2 lagi la.



Kedai bayi yg menjual  segala kelengkap untuk bakal ibu bapa.


Kedai travel gear untuk bayi. ada Stroller dr pelbagai jenama, baby chair dan macam2 lagi.

Keterangan lanjut boleh layari http://theparenthood.com.my

The ParentHood ini terletak di Level 2, Sunway Putra Mall KL. Jom terjah .


Mengimbau Kenangan

Semalam tengok Tuan Anas Mikael pergi Krabi. OMG terus mengimbau kenangan masa kami Honeymoon ke Krabi masa baru kahwin dulu. Masa tengah hangat kata org hahaha. masa tu saya dah peknen sebulan tak silap. So mmg ada aktiviti macam naik gajah saya tak buat sbb takot gak terhentak2. Tapi aktiviti air seme jalan macam biasa...

Krabi mmg best pada saya, seme entri Krabi ada bawah tab Krabi, cuma maybe gambar ada yg dah hilang huhu dulu blog ada problem skit. 

Salah satu saya suka, hotel kat Krabi best2!


Kami dlu stay kat Aonang Buri Resort...


Ni salah satu yg saya Rindu, Penkek  Yamin.... Sedap wei... masa tgk Tuan Anas Mikael dan Ayu Maisarah order telan2 ailio saya. hehe rindunyaaaa


Kehijauan dan kebiruan air di kepulauan di kRabi


Maya Beach ni mmg femes la di Krabi.



Kesimpulannya, nnt annibeseri ke 10 hasben dah janji nak repeat Krabi balik.. Ohmaiiii rindunya Krabi.


Friday, November 27, 2015

Sampel Soalan Saringan Kemasukan ke Darjah 1

Aritu nampak kat FB kekawan share soalan saringan nak masuk darjah 1... Ya allah, terngnga mulut iolsss.. Soklan mencabar betul, time kita dulu darjah 1 ABC pn baru nk belajar. Ini dah jawab soalan OK.

Bila saya go tru soalan tu semua, actually semua soalan tu mmg sama dgn buku latihan Rayyan kat Kindy skang. More or less bentuk soalan sama. Tp ye la, kat sekolah and kat rumah kita ada dok guide anak2 buat. Ni nk kene jawab ala exam. Adui paranoid mak ok. Huhuhu

Meh kita share skit sampel2 yg kita dah save.





Sampel2 ni semua kita dapat dr FB.
Aritu kita sbb paranoid sangat, satu hari dok gugel sampel soalan berdasarkan sistem Linus ni and compile seme dalam folder. Cita2nya nk bt sama2 ngan anak2 nnt, so save sesiap nnt tinggal print je.
Sesiapa kalau nk boleh la email nnt kita share...
Sharing is caring uols....


Thursday, November 26, 2015

Ikea Cheras dah buka

 Yeay.. Finally Ikea Cheras dah buka... Ikea ni mmg sekentut je la dgn rumah mak kita. Dlu Jalan Cochrane ni rumah famili kita, ktorg dok situ bertahun2 ada kuarters gomen kat situ. Pastu lepas bersalin Rayyan, kira sempat la saya berpantang kat situ. Dalam 5 thun lepas, diaorg kosongkan kuarters, robohkan lepas tu bt la construction, tengok ada Mall, ada MRT and terbaru Ikea ni ha...

Last week Khamis, Ikea bt opening launch. Kebetulan kita cuti, ajak la mak terjah. Anak2 seme antar ke sekolah masing2 hihihi..

Pagi2 kol 8 lepas bw mak kita g clinic amek darah terus g Ikea, mak aiii terkejut kita ramai betul org dah beratur. Agaknya selepas  Subuh diaorg dah datang. Kita ni saja nk melawat kawasan, takde pn nk beli pape...


Nampak tak crowd dia macam mana? Ramai org dok borong sofa RM 199 masa opening, kita takde beli pun...

Misi kita sebenarnya nak beli quilt cover single RM 19 dan queen RM24.50, malangnya sekejapan dah licin, benda offer murah kan.. Dah la quilt cover dpt sarung bantal 4 biji sape nk bg RM 24 je wei???? Kain cotton lak tu, sejuk je cadarnya... bila kita smpai tempat tekstil tu dah tinggal bakul je... Nampak tak cadar english style yg tergantung tu? Cadar tu la yg kita nak rembat. Tapi malangnya dah habis, org Ikea kata besoknya depa restok.. 

Huhu Frust mokcik, terus kluar tapau karipap, ajak mak balik umah hihihi....


 Kita tak amek gamba dalam Ikea sbb ramai sgt org, serabut kita rasa. Kita mmg g kejap je sbb dah aim cadar tu kan malangnya dah licin.. Sampai umah, mak kabo ke jiran2, rupanya jiran mak pn tak dapat beli cadar so diaorg plan besoknya tu hari jumaat pepagi nk g sana, terus tuju tempat cadar tu... Kita pn kirim la ke mak cadar tu 3 set hehe 2 set single, 1 set queen utk bilik tetamu.. Bilik kita katil King so mmg tak suai la....

Tapi........

Kita beli hok mahai skit utk bilik kita heheh dah lama nak beli sbb kita ada je set quilt beli masa bilik pantin dlu tapi tak eprnah lak beli set cover quilt ni... Kali ni beli la selai hehe pasni memandangkan Ikea dah dekat ni boleh la sebulan beli satu set quilt hihihihi...


Balik rumah terus pasang.. Amacam? Cantik tak? ....



Wednesday, November 25, 2015

Menang CASH $$ dengan #Cabutwithcaltex

contest ni kat IG, kita saja je join. Memula puas la pikir, cerita apa yg kita nk share berkait ngn #CabutwithCaltex ni. Syarat die, tak kisah apa pun tapi mesti kene ada #cabut...

Pehtu mulalah kita karang ayat pasal kisah zaman2 sekolah dulu hehehe tak sangka lak menang. .. Dapat saguhati je tp tu pn dah syiok dah sebab dapat CASH hehehehhe.. Dapat CASH best leh la guna nk bt apa2, saving ke apa kan....

Pemenang uatam dapat holiday ngn kisah die dilakokan semula dan divideokan.. ha best kan???


Ni la kisah kita kalau korang nak baca. Ni based on true story tau hahhaha mmg kelaka la kalau ingat balik momen momen nakal ni..




Tuesday, November 24, 2015

Lunch at Dolly Dimsum @ Avenue K

Last 2 weeks, cuti panjang over weekends sbb Deepavali kan. Ktorg memula takde nk g mana pun since hasben pn keje, cuti kene beku so mmg plan dok rumah ontok ontok aje la. Skali makcik kita yg kita panggil Ucu wasap2 ajak g Dinoscovery KAt Avenue K. Sbbnya anak Ucu kita tu sebaya Rayyan mmg geng la beruda tu, tu yg ajak kita so ada la anak dia kawan kan... Hehe kita memula cam malas tapi kemudian setuju je la bawa bebudak, kesian plak dok umah je... So ktorg janji jumpa kat Avenue K je. Kita drive bertiga dr rumah singgah umah mak pick up adik sbb adik nk ikot die nk g KLCC. Dah la hujan tghari tu gigih je drive ngn anak2, seb bek bebudak tak byk peel. Adik pun elok duduk menung dalam kete.


Sampai2 Avenue K, Ucu dah siap booking lunch kat Dolly Dimsum.. wah mmg peberet kita la Chinese Cuisine ni nak lagi Dimsum... Selalu kita makan kat Sime Darby Convec Dim Sum ni. Kat sana makan buffet and price pn affortable.


Tak tau apa nama menu ni tapi dalam die ada udang, segor2 dan beso udang nya... Ranggup kulit luar tu..


Yg ni sedap, kuah tu ala2 mcm boat noddle pun ada rasa masam2 skit rasam masin2 skit pehtu ada buh daun ketumbar.. So macam kuah Thai pun iye... Dalam wantan tu ada udang jugak.. haha seme munu berasaskan udang ye kekawan...


Yg ni kita nk tunjuk Chee Cheo Fun dia, Chee Cheo Fun die sedap ya amat.. lembut halus je, kat dalam tu ada isi udang jugak.. Makan cicah dgn sambal tau baru terasa UmpHHHHHHH..


Ni antara menu paling sedap antara seme, salted egg bun... Bun tu lembut sangat, inti dalam dr kuning telor asin tau tapi bukan rasa masin, rasa creamy manis lemak gitu.. Satu bekas ada 3 bijik je, skali Mayyah makan seketol habis die nages nak lagi hahaha so repeat order satu bekas lagi... Habis Mayyah bedal 2 ketol, suka betol adik ngn creamy salted bun ni..


Ni dry wantan... Biasa je la bg saya...


Ni la inti salted bun tadi.... Ok meleleh airlior nengok dah..



Siew mai pn sedap, isi padat sangat makan seketol dah kenyam rasa...



Overall sedap cuma pricey la bagi saya. Satu plate menu tu yg ada 3 ketol each harga dalam RM8-RM15.. hehe so kene bajet2 kalau nk g makan lagi...

Address :
G-9 & G-9A Ground Floor, Avenue K,
156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
+60 3-2181 3830



















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails