Actually brand ni dh lama ye Dah lebih 100 tahun , dan ianya product farmasi yg boleh dipercayai pada aku la. Ianya dibangunkan dan disyorkan oleh ahli dermatologi, dengan disokong oleh kajian
terperinci, bukan produk yg banyak sekarang terjual online, yg kita tak tahu bagaimana kajiannya tetiba je muncul jenama sekian sekian. Eucerin ni dah melalui proses ujikaji dna selamat digunakan.
Menggunakan pendekatan berasaskan sains, Eucerin membangunkan
penjagaan kulit derma yang selamat dan efektif dengan menggabungkan manfaat
kosmetik dan keberkesanan produk farmaseutikal. Jenama ini membuat pelaburan besar dalam kajian dan
pembangunan diikuti dengan ujian-ujian ketat untuk memberikan pengguna produk
penjagaan kulit yang inovatif dan efektif untuk kulit yang sihat di samping
memberi penjagaan khas pada kulit untuk sekarang dan di masa hadapan.
Korang ada mengalami masalah jerawat disebakan ketidak stabilan hormon dan sebagainya????
Apabila berdepan masalah jerawat dan
radang kulit, pengguna kebiasaannya akan mencuba pelbagai produk untuk
menghapuskannya. Namun, sesetengah produk boleh menyebabkan kulit menjadi
kering dan mengakibatkan kerengsaan. Setengah tu kulit jadi mengelupas, merah2, which is kita akan rasa tak selesa dan meninggalkan eksan parut pada muka. Bagi menangani masalah ini, Eucerin®,
salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah
menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan
kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing
Treatment.
Pelembap untuk kulit
berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang
tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping
mengekalkan kelembapan kulit.
Diformulasikan dengan
bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin®
ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon* dalam
masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal
kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada:
●
Sepuluh peratus
Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi
iaitu AHA (asid glikolik), BHA (asid
salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan
kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit
mati;
●
Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan
kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah;
●
Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah
pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya
tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.
Apabila digunakan sebagai
sebahagian daripada regim lengkap
penjagaan kulit pada waktu malam**, pengguna melaporkan terdapat perubahan
selepas dua minggu dan dalam masa lapan minggu, kulit wajah menjadi lebih
mulus. Sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin® ProACNE Solution
A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan
mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk
ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang
bengkak.***
Dengan keputusan yang
memberangsangkan ini, pengguna di Malaysia boleh mencuba pelembap terbaharu
untuk kulit berjerawat ini dalam Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin® 14 Hari melalui dua langkah mudah:
●
Langkah Pertama: Ambil gambar kulit anda pada Hari Pertama
dan Hari Ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari
●
Langkah Kedua: Poskan gambar “sebelum dan selepas” anda dan
kongsi pengalaman anda menggunakan produk ini di halaman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE
Pemenang berpeluang
memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin® bernilai RM5,000, manakala
pemenang tempat kedua akan membawa pulang produk Eucerin® bernilai RM2,000.
Lima Pemenang Bertuah pula akan memenangi produk bernilai RM1,000 setiap
seorang.
Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada
produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE****
yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap
siang. Dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu
RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia
dalam bungkusan yang diperbaharui.
Untuk maklumat lanjut
tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE
daripada Eucerin®, log masuk ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY.