Monday, August 13, 2012

Resipi Tart Nenas Gebu: biskut all time peberet




Sebelum buat biskut Dahlia, kami buat biskut tart nenas ni. Perghhhh penat wei.. Mau taknye buat inti je guna 8 bijik nenas. Inti aku ngan mak aku bt sendiri. Lagi sedap !! hehehe 

Sebagai untuk kemudahan di masa hadapan, aku nak catat resipi tu kat blog ni. Selain boleh jadik reference boleh gak orang lain guna.

Bahan- bahan untuk inti nenas

1. Nenas yang dah diblender dan ditoskan airnye 2 mangkuk.
2. gula satu mangkuk
3. Daun pandan
4. Kulit kayu manis
5. Jus oren sunkist (perah dari buah sunkist tau, sebelah)

Cara buat inti.

1. Masukkan nenas gula, daun pandan, kulit kayu manis, dan jus oren dalam kuali. Biarkan dalam kuali hingga kering.
2. kacau sekali sekala jangan bagi hangus. kalau guna kuali non-stick pan tu, insyaallah tak hangus.

Bahan2 untuk buat kulit tart 
 
1. buttercup 250 gram = seketol lah tu
2. Tepung gandum 300gram
3. Gula Icing 40gram
4. Tepung jagung 40gram
5. Esen vanila sikit
6. Pewarna kuning sikit.
7. Telor sebiji

Cara buat kulit tart 
 
1. Pukul butter dan gula icing guna mixer dgn perlahan.
2. Masukkan telor dan pukul.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta esen vanilla dan perwana.
4. Dah siap untuk diuli. .
5. Terapkan adunan, letak inti, Sapu kuning telor atas tart tadi dan bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit.


Settel. Saya ngan mak saya buat 6 adunan. Perghhhh memang terbaik.. HAHAHAHA merasa la sakit pinggang. Tart ni kalau nak buat makan ok la, tapi kalau meniaga rasanya sakit pinggang nak uli...

Kalau 2 adunan dapat dalam 160 bijik tart.. hehehe so 6 adunan dekat 600 bijik gak la.. mana tak patah pinggang...

Sunday, August 12, 2012

Resipi biskut Dahlia Turun temurun




Ni hasil baking wiken lepas. Macam biasa Biskut Dahlia ni dah jadik biskut wajib bagi saya ngan mak saya. Tetiap tahun wajib buat biskut ni, selalunya resipi kami gugel je. Dan tetiap tahun kami akan facing problem yang sama, bila bakar je biskut ni kompem die jadik kembang melayorr (kata orang perak la).. Siyes jadik buruk sangat rupanya, rasa pun kureng je.. Pastu dah menajdik masalah plak kami kene tambah tepung sikit2 bagi adunan tu bila bakar tak kembang meleper je.

Tahun ni kami try satu resipi unik. Tengok kat TV dari Chef Liza. Mak saya ler yang tengok tu, ate dah surirumah... Harap aku, memang tak sempat nak tengok TV. Mak kata resipi ni resipi orang dulu2. tak yah guna mixer bagai. So, aku pun ajak la mak aku try buat. Mana tau kot sedap. Selalunya kalau betol resipi orang lama, sure sedap punye. 

sebagai permulaan aku buat satu adunan je dulu. Adunan pertama ni mak aku yang bancuh sebab aku dah kepenatan buat tart nenas 600 bijik sebelum tu. 

Aku nak share resipi ni kat blog sebab ramai yang komen kat FB minta PM resipi. Biras aku aka Nana nak try buat katanya....

Bahan : guna sukatan cawan je, i likeeee!!!! (mudah dan senang)
1 cawan butter ( aku guna buttercup)
1 cawan tepung gandum
3 biji kuning telor yang dah direbus.
1/2 cawan gula icing
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
esen vanila
ceri yang dopotong sebagai hiasan

Cara cara membuat
1. Telor yang dah direbus tadi, amek kuningnye dan hancurkan dalam bekas guna senduk je. Takyah guna mixer.
2. Bila telor dah hancur baru masukkan icing sugar. Gaul hingga sebati.
3. Lepas tu masukkan tepung gandum, tepung kastard, tepung jagung dan esen vanilla. Kacau hingga sebati. Guna tangan uli lebih mudah.
4. Dah sebati adunan tadi, baru masukkan butter. Teruskan gaul hingga sebati.
5. Sekiranya rasa adunan tu terlalu lembik susah utk diuli, masukkan tepung gandum sikit2 dan gaulkan sehingga agak2 adunan tu tak lekat lagi kat hari2. Jangan terlalu keras tau.
6. Boleh la start men"DAHLIA". Pastu letak ceri atas bunga dahlia tu.
7. Bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit. (ni bergantung pd oven memasing ye)

Hasilnye, seperti dalam gambar. Biskut tak kembang melayor, cantek je. bunga pun cantek. Rasa just nice, tak terlalu manis, tak terlalu rapuh. Perfecto!

Oleh sebab kesempurnaan tekstur dan rasa, terus kami repeat untuk buat 4 adunan lagi. Kali ni aku plak try uli.. Haruslah belajar kan. Nanti kalau nak buat senang. 

So wiken ritu siap la 5 adunan biskut dahlia kami. Aku ngan mak aku bt banyak bukan apa, mak aku nak bg opah kat perak ngan keluarga mertua kat melaka. Aku punya bahagian amek sekadar untuk makan je. heheheh. Cuma enjoy bila buat kuih tu....

PS:/ Kami syak biskut tu tak kembang melayor sebab guna telor yang dah rebus and then tak pukul guna mixer.. Guna tangan je uli, jadik idok ler adunan tu jadik kembang mambang.. Syak aje la.. Teori sendiri hahaha

Friday, August 10, 2012

Info pasal developer rumah Desa Budiman

Lepas tulis entri pasal rumah aritu.. Ramai yg dok tweet and komen kat FB and blog tanya contact num pemaju tu...  So aku share je la eh contact num ber pemaju tu.. Hope boleh membantu korang sbb kadang2 aku ni lambat sikit nak reply PM kat FB or tweet kat tweeter tu...

Developer NamePujangga Budiman Sdn Bhd (364101-T)
LocationCherasSelangor

Address1-G, Jalan Kasturi Satu, Plaza Kasturi Off Jalan Balakong
Contact No.03 9080 2988 / 9



Korang boleh call and cakap ngan sales person dia nama Pn Azza or Encik Hafizul. Aku deal ngan Kak Azza. Baik sangat orangnye. Semalam ada call Kak Azza ni sbb nak set appoinment next week nak sign S&P. Saja tanya ada rumah yang belum ada buyer lagi tak, still ada lagi 20 unit kosong. So sape nak, boleh la roger developer ni pada kadar segera.

Aku cete sikit la eh, Desa Budiman ni ada 3 size rumah, 20x60, 20x65 dan 20x70... Price range dari RM360K - RM420K. Rumah adalah jenis leasehold, tanah rezab melayu. Area will be gated and guarded.

Tu je yang aku tahu, kalau nak tahu lebih banyak maybe boleh contact diaorang kot. Sorry pada yang aku lambat reply message korang tu sbbnye kat opis FB kene block so online via tab je.. Kekadang dapat notification kekadang tak dapat....


Menitis air mata di pagi Jumaat



Inilah filem pendek yang buat saya menages tersesak2 di pagi jumaat. Sungguh! Memilukan hati. Rasa bersyukur sangat anak2 kami masih mempunyai kami as parents. Masih dapat merasa kasih sayang dari kami berdua.

Iklan ni jugak membangkitkan rasa rindu yang tak terhingga kat arwah ayah. Ramadhan kali ni genap dah 2 tahun arwah ayah meninggalkan kami sekeluarga. Saya berdoa dengan penuh harapan agar 10 Ramadhan terakhir ni Allah beri saya peluang untu bertemu arwah ayah dalam mimpi. Lama sungguh tak menatap muka arwah, mendengar kaat nasihat beliau. Saya benar2 merindui arwah. Semoga Allah berikan saya peluang tersebut. Amin. Dan Al-Fatihah bt arwah.


Thursday, August 9, 2012

Bersyukur atas nikmat







Ting.....
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Dia menyambung semula kerjanya.


Ting....
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Sumber: # Mastika

Lepas baca kisah ni, serius sangat betol. Sometimes kita selalu fikir kita ni serba kekurangan. Selalu dengki bila tengok orang lain lebih dari kita. Ala kalau tak banyak pun mesti sikit ada terdetik dalam hati, "eh jelesnye orang tu boleh beli bla bla bla"... Padahal dah cukup banyak nikmat yang Allah beri pada kita.

Sometimes saya pun ada rasa begitu, manusia yang normal. Kalau takde perasaan cemburu tu memang pelik la plak. Tapi, I will always look it into positive side. Saya akan try looking at others down me. Banyak lagi orang yang susah, dan betapa bertuahnya saya di tempat saya sekarang. Thats what I practise. Kalau tengok kepada orang yang lebih dari saya, memang saya takkan reti nak bersyukur sbb apa yg saya akan nampak, saya ni serba kekurangan tapi hakikatnya sudah cukup serba serbi. 

Contohnya, bila saya tengok orang yang sakit, saya akan lebih bersyukur saya sihat. Banyak sungguh nikmat yang Allah bagi, dari sekecil2 nikmat hinggalah sebesar2 nikmat. Sama ada kita sedar atau tidak. Bila datang musibah, barulah akan terpikir balik nikmat yang sebelumnya. Ya Allah, sangat alpa kan.

Semoga sifat bersyukur  sentiasa ada dalam diri kita. Semoga Allah jauhkan sifat lalai dan alpa itu dari kita.



Wednesday, August 8, 2012

Ramadhan-18


Semalam ini lah menu iftar kami. Gulai tempoyak ikan patin (peberet hubby), daging masak ala thai. Kopok lekor adik bagi die pegi Terengganu keje, sambal belacan and ulam ulaman....

Simple je, actually dah habes idea nak masak apa.. Wiken bt nasi ayam, nasi lemak sambal paru.. Coming wiken ni cadangnya nak bt nasi tomato ngan nasi daging plak... Mencabar betol nk pk menu berbuka ni. Actually hubby tak kesah pun cuma ye la kita nak la masak spesel sikit di bulan Ramdhan ni. Walaupun tak mewah tapi lain dr yg lain kata org.

Setakat ni kami belum pernah lagi berbuka di luar. Takde keinginan pun nak bukak pose kat luar. Mana taknye bila tengok rege buffet seme mahai2. Satu kepala RM50 above. Which is pada aku satu pembaziran sbb ktorg makan bape la sangat. Kalau 2 org dah RM100, boleh bt banjer pasar seminggu. Pembaziran pun takde. Ntah la, memang gini peel ktorg laki bini. Aku memang tak suka makan luar sbb malas nak kelam kabut terkejar2 nak solat. Pastu surau full, rasa pening je kepala tengok keadaaan gitu.. Hahaha aku ni alergic tempat sesak ni, tu yg sampai skang tak gi syopping baju raya. Nak tunggu orang xde, lepas raya la gamaknye baru beli heheheh...

Pastu ngan anak kecik, mana la boleh makan tenang2.. Kalau kat umah boleh la umpan ngan Upin Ipin ke hape.. Pastu tak eksah la kalau die nak terbalikkan pinggan ke sbb pinggan plastik... So memang kesimpulannya, makan di rumah lebih nikmat... Ya penting, suami ada di sisi untuk sama2 menikmati juadah berbuka...Itu la yang paling indah!

Raya oo Raya

Dah 13 hari puasa. Tapi kalau tanya persiapan raya kami, setakat ni untuk Rayyan alhamdulillah baju2 kasual like jeans, tshirt memang dah beli sikit2. Beli masa kat JPO aritu, and masa gi China ritu. Baju melayu plak opahnya dah belikan siap jahit lagi, sampin and songkok pun dah beli. Plan asal actually  tema kami kaler gold, tapi mak aku beli kain tok baju melayu cucunya kaler pepel. So pepel ler kami di pagi raya hikhikhik insyaallah....
Jimat duet, murah betol rezeki Rayyan, opahnya rajen belikan baju bagai. Yang latest capal pulak opahnya belikan. Untung lar rayyan!

Now tinggal nak beli kasut Rayyan, baju tshirt papa pun dah beli masa kat China ritu. Murah2 maa so baik beli kat sana.. Tinggal nak beli jeans ngan sandal papanye je....

Hikhik Baju mama? Haaaaa baju mamanye memang nan ado lagi. Plan nak pakai je dress poplook di pagi raya.. hikhik kebetulan ada dress kaler pepel yg belum pakai lagi. Aci tak? Ala ok je, sebab dress tu pun dah macam jubah dah aku nengok hikhikhik.. Belasah je la kan? Tak sempat dah nak beli kain jahit baju kurung dah, walaupun aku jahit sendiri je takpun mak jahitkan. Nak beli siap? Aku tak suka beli baju siap. Cerewet sikit aku ni bab baju kurung kalau beli siap, kang buntot tak muat baju muat. Buntot muat, baju plak menggelebeh. Maklumlah pembesaran lemak badan ni tak sekata T____T..... So maybe baju poplook itu la baju rayaku. Tinggal nak cari baju melayu papa kaler pepel.... Eh lupa, aku ada order baju kurung dr member aku kat butikniaterosa.com  so ada la baju raya aku cuma tema kaler dah lari.. Baju aku tu hitam+pink.. HAHA tak kesah la.. Janji pakai baju, sedondon ke tak tu belakang kira....

Kueh raya? Tahun ni aku ngan mak aku sepakat nak bt tart nenas aje. pastu ada order semperit kat kak long aku.. yang lain2 hidang kerepek aje la.. Ktorg ni jenis tak layan sangat biskut2 ni.. Rasa tepung aje, sama je rasanya. Kalau hubby die suka batang buruk, kuih veteren hahaha.. Kalau aku memang dari dulu gile tart nenas ngan choc chip. Tapi tahun ni malas nak bt choc chip. takde kudrat makcik haaaa....

Tahun ni tema raya kami adalah jimat cermat sebabnya insyaallah jika tiada aral melintang kami nak beli rumah tahun ni. Rumah showroom dah tengok, dah booking dengan developer and loan pun dah approved . Sebelum sign S&P memang kena korek segala saving yang ado for downpayment 10%. Almost 50K jugak la yg kami perlu korek untk downpayment, legal fee, stamping bagai .. Itu yang tema raya kami jadik jimat cermat huhuhu naseb ada anak. Kalau takde anak, memang kami berdua recycle je baju lama. Baju nikah muat lagi, haruslah kami sarung je baju nikah, feeling2 baru kahwin gitu....... Baju raya Rayyan pun naseb la dah beli awal2 aritu... Lega sikit rasa... Kalau tak,.......memang rasa tercirit gak nak korek duet dengan nak raya lagi ni. Pastu lagi best nak kene renew insurans kereta plak bulan 8 ni, betol2 2 hari sebelum raya insurans and roadtax mati. Memang terbaik!

Tapi takpe, saya yakin dengan rezeki Allah. Insyaallah, jika memang rezeki kami. Rumah tu tetap milik kami dan raya pun tetap raya.


Monday, August 6, 2012

Inilah bakal rumah kami.. Insyaallah..


2 bulan ni memang bulan yg sangat sebok bg saya. Sebok sebab inilah.. Mencari rumah untuk keluarga kecik kami. Merata kami survey. Memula plan asal nak beli rumah 2nd/subsale je. Beli atas orang sebab ktorg nak cari area KL/Selangor yang tak jauh dari ofis. Bukan apa, ktorg taknak wasting time travelling pergi balik keje hari2. Hubby dulu masa bujang ada pengalaman berulang Beranang-KL, susah katanya nak lagi bila ada anak, nanti masa tok anak limited, byk dok dlm kete je nnt.  Tapi, tau je la harga rumah kat area KL and Selangor boleh tahan mahai gak. Rumah subsale pun  paling murah 300K, tu pun condition agak terok. Banyak nak kena renovate. Kene kuar pulus $$$ lagi.

Satu hari tu, survey punya survey ada opismate inform ada new house development kat area rumah dia kat Bandar Mahkota Cheras. So ktorg pun pergi la sana ronda2 tengok kawasan rumah. Selalunya kat area baru nak naik ni memang banyak banner or billboard yg developer tampal. So terus catit2 no tipun. Masuk opis call. Bila tanya satu developer tu, memang diaorg tengah develop rumah double storey and still ada 20 unit lagi kosong. So aku pun ajak la hubby gi tengok showroom. Nak beli rumah, kena la tengok showroom dan kawasan sekitarnya. Nama projek tu Desa Budiman Fasa 6.



Ginilah gaya rumah showroom ni. Dan insyaallah, inilah rumah kami nanti :) Loan pun dah approved. Now tinggal nak sign S&P and korek2 duet downpayment. Banyak gile nak guna duet bila beli rumah nie. Nages. sob sob sob.. Kalau guna loan gomen takyah bayar downpayment 100% loan. Masa progress pembinaan pun takyah bayar bank lagi, tapi apa kan  daya kami bt loan bank sbb harga rumah lebih dr limit loan gomen....  Patut la org kata nak beli rumah skang ni bergolok bergadai. Tapi kalau tak beli skang, akan datang harga rumah makin naik (ni pun bakal naik sbb dengar cete harga simen naik- based on adik saya yg keje dgn real estate). Huhuhuhu... So nak atau taknak memang kena beli. Jimat je la kat mana yg boleh. No more shopping sesuka hati dah. 

Area rumah ni kat Bandar Sg Long Cheras. Tak jauh sangat nak ke KL, tapi jalan memang jem kalau lalu Grand Saga, Kalau ikot Silk Kajang mungkin kurang la kot jem nye. Yang bestnye rumah ni, tanah rezab melayu. So most buyer adalah melayu jadi kebarangkalian untuk ada anjing or masalah2 seperti tak boleh azan ke apa memang takkan ada. Tak tau la kot ada melayu yg saiko plak tak boleh dengar azan. Pastu area   taman ni will be gated and guarded. Privacy la sikit rasanya tapi dari segi keselamatan tu. Ada guard pun, kalau perompak nak masuk die masuk jugak ye dak. 


Pandangan hadapan rumah. Me and hubby suka design rumah ni. Nampak moden and tingkap besar hehehe saya memang suka rumah tingkap banyak, baru luas mata memandang... Most feedback yg kami jumpa dalam internet pasal pemaju Pujangga Budiman ni, almost semua projek perumahan die, design rumah moden dan lawa. Harap2 rumah yg kami nak beli ni pun hasilnya akan memuaskan hati. 


Tu adalah rumah Desa Budiman Fasa 4. Yang Fasa 4 ni dah siap, tapi jenis superlink house. Aritu saja nak tepon org yang nak jual rumah umah fasa 4 yang dah siap ni. Tanya rege rumah yg dia nak jual tu, dia kata RM720K... Tercabut jantung dengar... Bila tanya developer, masa launch harga rumah tu RM400K.. Mak aii, naik hampir 2 kali ganda (untung atas angin je la orang tu, ni la cara nak bt duet dgn real estate, beli rumah, dah siap, jual dgn harga 2 kali ganda) . Padahal rumah tu start buat tahun 2010, and bulan May aritu baru dapat CF. Memang cepat je naik harga hartanah skang nie... Untung sape yang dah beli rumah awal2...


Ni gambar bilik air kat tingkat atas. Rumah ni jenis double storey, 4 bilik 3 bilik air. Rasanye cukup selesa untuk kami yang keluarga kecik nie. Sebenarnya aku tak suka rumah 2 tinagkat, sebab penat turun naik tangga tapi projek rumah skang takde yg buat single storey. Semuanya double storey, nak jimat tanah. Tapi boleh jual harga mahai. T____T


Suka sangat style cermin besau nie.. Aku amek gambar show room ni, sbbnya sok kalau nak bt renovation suruh die bt macam ni.. Hahaha senang keje.


Ni bilik master bedroom. Tema hitam la plak. Kat tingkat atas  ada 3 bilik, 2 bilik air dan satu living hall. Oke la tu. Bukan nak duduk sampai 10 org pun...


Yang ni bilik bawah. Boleh tahan besar gak bilik bawah nie.


Ni toilet kat bawah. Hehe itu je gambo yang aku amek rupanya.. HAHAHA.. sebok dok borak ngan pemaju rumah, nak amek gambo over2 pun segan... hehe amek gamba mana yg boleh dijadikan rujukan aje la.

Waktu tulis entri ni, kami belum lagi sign S&P sebab tengah dok pk nak amik islamic loan or convensional loan. Islamic loan mahai sikit tapi islamic la kan (walaupun kalau tengok term die macam ala2 islamic tak islamic je). Tu pun menjadi masalah besar bila nak bt loan ni. Adoi. 

Syukur atas rezeki Allah. Semoga rumah ni siap tepat pada masa. Dijangka siap Mid year 2014, so kena start simpan duet dr skang for renovation and decoration. Hikhik nak join contest la, mana tau ada rezeki menang TV baru hahahhaa.... Harapan tinggi menggunung!

Friday, August 3, 2012

Hasil dari Europe Trip.

Hasil dari Europe Trip. Europe trip ni ialah holiday jalan2 di negara Eropah like Venice, Paris, Germany.. Hehe tapi bukan saya yang pergi. Belum mampu lagi. Kalau ada duet pun, saya rasa wajar tunaikan haji dulu baru lah tenang hati nak pergi melancong jejauh gini... 

Yang pergi Europe trip ni my friends. Opis mate, team mate. Sebabkan tahu minat saya mengumpul FM yang tegar, maka setiap tempat yang beliau pergi sure beliau akan belikan FM untuk saya. Dapat la saya FM dari Pisa Tower, Granada, Venice, Rome and Italy... Hehe makin bertambah koleksi FM saya. Kena beli papan magnet yang baru la camni.. Sebab papan magnet yang sedia ada dah full. Semua ni now saya letak kat opis je.

Antara semua ni paling suka yang gambar topeng tu, nampak lawa and lain dari yang lain. Yang menara Pisa tu pun alwa jugak hehehhe.. kesimpulannya semua lawa!


Di samping tu, hari tu ada kawan gak gi Vietnam, Bandung and UK. Maka dapat la saya habuan FM. Terharu sangat bila setiap kali kekawan travel diaorang akan ingat utk belikan FM utk saya. Thanks my friend!


Thursday, August 2, 2012

Solat 30 saat je.


Hikhik sape la yang solat 30 saat tu?

Sape lagi kalau bukan anak bujang saya ni. Setiap kali mama or papa nak solat, die pun sebok bentang sejadah nak solat sama. Tapi die panggil solat "ameen" hikhik takpun "kaba" ... Haha bahasa pelat lagi. 

Ye ye je die bentang sejadah bagai, tapi kejap je. Lepas je 30 saat die pun mulalah bt keje lain. Aish susah betol nak suh fokus. At least dapat ikot kite solat 1 rakaat pun jadik la. Ini tidak, kang dah takbir, die pun pergi la godek sana godek sini kat atas meja solek. Pastu papa die sujud. Die follow sujud jap pastu bangun plak p tutup pintu. Macam2 hal. T___T. 

Cuma kami lega, Rayyan seawal usia 1 tahun 8 bulan dia dah paham bila azan kena solat. Pas solat baca doa. Cuma mungkin dia belum paham, benda tu adalah kewajiban. Insyaallah, bila die makin meningkat besar sikit baru sesuai nak terangkan dekat dia kot.

Aritu tengok Nasi Lemak Kopi O, ada Wardina jemputan khas dia. One of tips yang dia bagi, sebelum kita didik anak berpuasa, didik la sembahyang dulu. Sebabnya sembahyang tu tiang agama. Kalau sempurna sembahyang, insyaallah tiada masalah dalam berpuasa.

Pikir pikir balik betol jugak. Dalam rukun Islam pun, selepas mengucap kalimah syahadah, sembahyang lima waktu adalah rukun ke 2. Tapi terpulang lah pada masing2 betol tak? Back to your own lifestyle. Anak2 ni kain putih, kita yang mencorakkan dia, sama ada jadik kaler merah ke, kaler hitam ke. Its everything in our hand.






















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails