Tuesday, July 29, 2008

Chelsea VS Malaysia.. Kerana aku anak Malaysia

Seperti pagi2 yang lain, Fara Fauzana dan Faisal Ismail akan menemaniku dengan celoteh mereka sepanjang perjalanan ke tempat keje, yang kadang kala membuat aku tersenyum dan tersengih keseorangan seperti orang yang angaukan kekaseh hati, dan aku taw sekiranya ader pemandu lain di luar yang nampak aku berkeadaan begitu mungkin mereka telah mengecop aku perempuan 'mereng'.. Arghhh biarkan saja mereka dengan kata-kata mereka, janji hatiku terhibur! Celoteh mereka pagi ini berkenaan perlawanan antara juara bole sepak dunia Chelsea dan pasukan negara Malaysia, pasukan mana yang menjadik pilihan hati?? Kalau kamu yang mana pilihan kamu??

Bagi aku yang bukan peminat fanatik bola, aku tidak benci bola ye cuma kurang gemarkan suasana hingar bingar di padang bola yang bisa membuatkan telinga ku bingit, dan gegendang telinga ku mula berdangdut.. Ketika mula-mula dulu aku sering berdebat dengan sepupu2 ku yang lain, pemainan bola itu pelik kerana dua pasukan yang seramai 22 orang mengejar sebijik bola dengan bersungguh2.. Tak ke pelik tuh, amek je la bola yang lain fikirku.. Buat penat badan je terkejar-kejar bola yang sebijik tuh ... Haaaahaaahaaa.. Begitu cetek tahap pemikiran aku ketika itewww.. Tapi pemikiranku berubah seiring usia yang meningkat cuma minat terhadap bola tuh tak tumbuh2 sampai lah ari ni... Kalau tanya aku nama pemain bola gerenti aku angkat bendera putih awai2.. Hikhikhik..

Tapi untok perlawanan malam ini tentu lah Malaysia yang jadik pilihan aku.. Walaupun sedar pasukan yang ditandingi bukan calang2 tapi darah anak Malaysia yang mengalir dalam tubuhku membuatkan aku jadik penyokong yang setia di belakang pemain negara.. Sekurang2nyer pasukan negara sanggup menyahut cabaran ye tak??? Walaupun keadaan ekonomi sekarang yang gawat, situasi politik yang tak stabil, para pemimpin yang menjengkelkan ati dan menaikkan darah rakyat, walaupun banyak perkara yang berlaku di negara ini yang kadangkala membuatkan aku terpikir untok berhijrah saja ke negara lain.. Namun tetap tidak mengugat pasukan pilihan aku malam niey.. Kerana aku anak Malaysia... Anda pula bagaimana?? Adakah anda tergugat dengan kehadiran bintang2 Chelsea yang ganteng2 [handsome], macho dan tinggi2 iteww?

Tepuk dada tanya selera....

2 comments :

  1. yelah ju, mencekik darah je 'mereka2' tu skrg kan, kesian kat rakyat marhaen spt kita ni..tp takyah susah2 pindah negara ju, leh gunakan kuasa rakyat, tukar je 'mereka2' tu..:p

    p/s chelsea ke..adeh..susah nak ckp ni..;)

    ReplyDelete
  2. hehe Ju apesal gaya penulisan ko da mcm ala2 bahasa novevl je..konfem da terpengaruh byk sgt study novel nih..
    bilanya nk jumpe aku ni..

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails