Moga Kau Mengerti
Kataku
Selepas baca novel nie, buat saya terpikir sejenak.. Perempuan nie bila sudah bergelar isteri memang sanggup menghadapi segalanyer ke? Dalam novel ini, penulis cuba menggambarkan perasaan cinta seorang Adeena terhadap Kamali sejak zaman sekolah lagi..Perasaan tersebut terbawa-bawa hingga dewasa walaupun mereka telah lama terpisah.. Adeena rela berkahwin dengan Kamali walaupun dia sedar Kamali ketika itu berstatus duda.. Selepas berkahwin barulah die ketahui bahawa lelaki yang selama ini disangka lemah lembut dan penyayang bertukar menjadi ganas dan kejam pabila tersilap kata walau sedikit pun..Huuu wujud jugak masalah split personaliti ini pada zaman ini... Waktu baca novel ni saya dapat bayangkan betapa peritnye badan Adeena dilibas dengan tali pinggang, ditendang, ditampar..Arghhh begitu kejamnyer lelaki yang sebelum ini pernah melafazkan cinta dan berjanji untuk menjaga diri ini tetapi akhirnyer memungkiri....Disebabkan gelaran isteri yang dipegang Adeena redha dan pasrah..Huhuukkk.. Jalan cerita novel nie agak menarik, dan buat saya terfikir payah jugak jika kiter berada di tempat Adeena, memang berkahwin dengan orang yang kiter cinta itu adalah perkara yang amat bermakna tapi kalau dah perangai asyik nak bedal jerk salah skek tangan naik, mau seriau jugak nak balik umah camtuhhh... Nauzubillah...Mintak dijauhkan... Secara keseluruhan, novel nie menarik lain dari yang lain jalan cerita nyer..Saya suker penulis menggunakan pengalaman beliau sebagai wartawan di dalam cerite nie..Tetibe rasa nak jadik wartawan plak hikhikhik tentu sahaja tak boleh..Dalam mimpi saja sudayy lahh..
Cover belakang
Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan dengan lelaki itu.
Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.
Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung.
Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?
Menyemai Cinta
Kataku
Mekaseh kepada Rinn's site, aku cilok gambo nie dari website nie, malas lak rasanyer aku nak tangkap gambo..Hikhik tapi nak letak jugak gambo..
What can I said about this book?Typical love story, tentang kehidupan seorang gadis Anissa namanyer..Dari zaman sekolah sampailah dewasa dan akhirnyer berkahwin..Bagi aku, cete die biasa2 saja, naseb bek ader jugak part-part yang lawak yang menarik hati aku tok gelak sorang kalau tak memang mendatar je la...Ini adalah pandangan aku, lain orang lain citarasa ye tak?
Just nicee to me..
Cover belakang
Hidup selepas kematian seorang ayah begitu sukar. Terpaksa bekerja keras dan mengenepikan keseronokan hidup seorang remaja demi untuk keselesaan diri dan adik-adik. Kasih terhadap ibu yang tiada tempat bergantung membuatkan dia redha dengan takdirnya. Namun hadirnya sinar kasih seorang jejaka telah mengubah seluruh hidupnya. Cinta baginya terlalu asing. Dia tidak pernah mengecapinya. Malah tidak pernah mengimpikan sebuah cinta kerana matlamat utamanya di dalam hidup ialah segulung ijazah. Demi mengubah taraf hidup mereka. Tetapi keluhuran cinta seorang lelaki yg selama ini dianggap abang membuatkan dia terpaku. Permintaan ibu agar menerima lamaran yang datang membuatkan dia kecewa. Dunianya seakan berakhir. Namun kasih terhadap ibu
mengatasi segalanya. Lamaran itu diterima dan dia teruja dengan kasih yang dihambur. Terlalu luhur cinta itu. terlalu indah pula nikmatnya... membuatkan dia terlalu mensyukuri kurniaan Ilahi yang satu itu.
Persis Sebutir Pasir
Kataku
Novel ini baru saja aku habeskan pembacaannyer, dah beli lama tapi amek masa yang lama untok stat baca mungkin sebab permulaan cerita dah disajikan dengan situasi Widya yang berada di Darul Atiqah kot.. Tapi bila pembacaan diteruskan, aku agak tertarik dengan gaya penulisan ManjLara ni, penggunaan bait-bait kata yang indah, ayat-ayat disusun cantek, menjadikan novel ini sungguh sempurna bahasanyer..
Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang Widya, mulanyer hidup Widya penuh dengan warna-warni, sempurna tetapi atas nama takdir berlaku beberapa peristiwa yang menjadikan dia seorang gadis yang tabah, walaupun sebelum itu dikenali sebagai seorang yang manja..
Kisah cinta Widya dengan Syed Irwan jugak penuh dengan cobaan dan dugaan yang tidak disangka-sangka..Nak tahu, kena baca sendirik ye!hikhikhik..
Melalui novel nie saya blaja beberapa adat merisik bagi golongan syed-sharifah nie, heee menarik jugak bagi saya.. Saya turut diajar beberapa perkataan Hrvastka heheh antaranye Maikoo yang bermakna ibu, comelkan?? Terdapat banyak part yang menarik hati saya dalam novel nie, yang buatkan hati saya bagai digeletek tetapi ada banyak jugak part yang buat saya menageh teresak-esak..Giler ke saya nageh sebab baca novel, pedulikan!!!Saya memang camtuh, nak buat camne... Dalam setiap akhir bab novel ini turut diselitkan potongan ayat Al-Quran yang mengingatkan kiter, itulah tanggungjawab sesama islam kan, saling mengingati..
Antara ayat yang paling saya suker dalam novel nie adalah part Widya berbalas emel dengan Johan.
" Kita tak mungkin akan 'memiliki' kerana kita sendiri 'dimiliki'. Jika diberi peluang memiliki, hargailah sepenuhnya. Jika peluang itu ditarik semula, redhalah seadanya. Jika hilang ibu, doakan kesejahteraannya siang dan malam. Jika hilang saudara berbuat baiklah sesama insan, kerana semua insan di dunia ini adalah bersaudara. Hilang sahabat, carilah seribu lahi yang mungkin serupa dengannya. Hilang kekasih, tak susah menggantikannya, kerana kasih akan datang sendiri!". Bestkan susunan ayat ManjaLara?
Cover belakang
Aku ingin jadi bintang... biarpun kerdil, tidaklah sebesar dan secantik bulan namun bintang tetap punya ceritanya tersendiri.
Jika tidak kerana bintang
masihkah ada insan yang sudi menatap pekatnya warna malam?
Jika tidak kerana kerdipannya yang berkilau cantik
mungkinkah ada yang edan mengira butir-butirnya yang halus gemerlap?
Jika tidak ditemani bintang
mahukah bulan muncul bersendirian di dada langit?
...aku hanya ingin menjadi bintang, kerana ceritera bintang lebih banyak berbanding bulan nan satu...
WIDYA
Inikah takdir yang diumpamakan sebagai 'sijil' buat Kasih"
'Sijil' yang tidak mungkin dipadamkan faktanya, ditokok atau ditambah isinya, Wan?
IRWAN ZAHIR
Kasih, betapa jerih kita berusaha untuk terus bersama... ada saja halangan yang melanda. Setelah semua peluang itu tertutup untuk kita, tiba-tiba ada 'jalan' lain pula yang ingin menghubungkan kita semula... lalu harus bagaimanakah aku, Kasih?
Sesungguhnya setiap insan di dunia ini setaraf! Semuanya sama saja mengusung takdir yang tertulis. Masing-masing berjalan dengan ceritera takdir yang tersendiri.

No comments :
Post a Comment
Pstttt.. Tekiu ya!