Monday, February 20, 2012

puding roti dan sos kastad yang mabeles

Ni aktiviti Sabtu lepas..
Tingin rasa nak makan benda suwit..
Lalu terpikir nak buat puding roti..
Tu pun resipi kukus je sebab rumah kami belum ada oven..
Malas la plak nak ke rumah mak nak bakar puding ni kan..
So kukus aje la...

Meh share resipi meh..

Bahan2 bagi puding roti..

1. Roti Gardenia, kalau nak sihat gunalah wholemeal bread..
2. Brown sugar
3. Telor 3 biji
4. Susu segar 500ml
5. Esen vanila
6. Butter
7. Bahan2 hiasan kismis or ceri

Cara nak buat..
 1. Memula pecahkan telor dan masukkan susu segar serta gula perang pukul hingga rata.. Then masukkan esen vanila... Gula perang tu agak2 la, ikot kemanisan korang suka..
Kalau style aku, puding roti takyah amnis sangat, sebab sos kastad boleh buat manis.,

2. Amek butter dan sapu pada kedua2 belah roti dan permukaan loyang.. Letak roti dalam loyang dan silih berganti tuang campuran yang dipukul rata tadi.. Taburkan jugak kismis dan ceri kalau mahu...

3. Siap! Biarkan roti menyerap campuran susu segar td dan kukus atas api dalam 30 minit.

Bahan2 bagi sos kastad plak..

1. Gula perang secukup rasa
2. Susu segar 400ml
3. Tepung kastad

Cara nak buat.
1. Masukkan susu segar dan gula perang, masak atas api..
2. MAsukkan tepung kastad mengikut kesesuaian, kacau hingga pekat..
3. Tapis sos kastad yang dah siap tadi...




Ni la rupa puding roti yang dah siap with sos kastad

Sedappp dimakan...
Lagi sedap bila sejuk2 keluar dari peti ais...
NNNYum NNNNYummm....

PS/ Kalau kukus, puding die lembap2 sikit, takde la kering sangat....



Published with Blogger-droid v2.0.4

3 comments :

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails