Thursday, February 21, 2013

BBQ @Bagan Lalang

Masa cuti CNY kan memang dok rumah je 4 hari. Bt spring cleaning. Hehe satu hari habes berkilat2 rumah kami kerjakan, setelkan kain baju sudahnya lagi 3 hari cuti tak tau nak bt pe. Petang tu pas makan seme keluarla gi jejalan kat shopping komplek. 
Ahad tu tetibe BFF wazzap ajak picnic. Memula plan nak picnic kat air terjun tapi takut plak sbb skang kan banyak kes kencing tikus kat tempat rekreasi macam tu. So takut plak nak beriadah ke sana. So kami decide bt BBQ kat Bagan Lalang je. Dekat sikit.

Saya ditugaskan bt dessert puding roti dan bihun goreng as breakfast. Puding roti,  Ahad malam tu dah gigh membakar. Sbbnya subuh pagi nak bt bihun goreng pulak.

Ni la die puding roti yg kalerpul. Memang tabur je sapa yg ada dalam esbok tu kihkihkih. Yang penting rasa sedap.


Buat jugak cili kicap tok makan bersama bihun goreng. Saya masak bihun Singapore, senang sbb takde cili. Kang anak2 ada yang x makan pedas. So mak bapak kalau nak pedas boleh amek cili potong.


Bihun Singapore saya. Selalunya bihun singapore saya guna bahan udang, karot, cendawan (cendawan ni manis sedap kalau bt bihun). Resipi nnt saya share.


Kekawan yang lain ada yg kene bawa ayam, udang, sotong air hehehhehe....


Udang size XXL. Azrin bawa. Kesian Azrin, sbbkan CNY payah betol nak carik udang...


Ayam bakar, udang bakar, siakap bakar pun ada, ikan keli bakar pun ada...


Ayam yg dah rentung dibakar...


Entri ni mmg pasal makanan je, next akan menyusul entri full BBQ. kihkihkih.

3 comments :

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails