Friday, September 6, 2013

Persediaan utk berpantang

Skang saya memang sibok mengugel persediaan utk berpantang... Seme tips and resipi kene print and simpan... Sebab??

sebabnya, sang somi yang akan jaga saya dalam pantang nanti so dia dah pesan suh saya print resipi tok masak hehehehe.... Bukanlah emak saya taknak jaga, tapi emak pun dah tak larat.. Rumah plak kali ni sempit, adik2 semua dah balik dah habes belajar kan.... Bilik pn tak cukup untuk saya dan baby nak tido, jadi kami decide utk pantang di rumah sendiri je....
Mak akan datang jenguk selang sehari gitu so tugas menjaga saya dalam pantang nanti tugas somi la sepenuhnya...

Masa pantang bersalin rayyan dulu, mak jaga makan minum saya... Habi jaga jugak tapi tak sepenuhnya la, habi just tolong pakaikan bengkung, stokin, sapu param kat badan.. dulu mak masakkan lauk mandikan baby, siapkan baby.. kali ni somi la yg kene masak, mandikan baby etc..... Hahah kita tengok la cam mana kan,apa la dia masak bg saya makan dan cane dia nak handle newborn....... saya rasa bab handle bb takde masalah, sbb dulu pun habi yg bangun malam tukar lampin, tukar baju klu bb muak... saya cuma bangun utk susukan je..... 

Antara list lauk pantang yang saya dapat gugel, jenis lauk sayur dan buah yg boleh dimakan, meh saya share kat bawah........ hehe ni penting kene print ni sbb sebelum habi gi pasar kene bagi tahu dia ikan apa yg boleh beli,  sayur apa yg kene beli....




 BOLEH DIMAKAN

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucuk pegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku












SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang


Hehe ni je.. nanti saya share lagi kalau ada info...

Alhamdulillah masa pantang dulu, saya takde masalah sembelit ke apa... Tips die saya amalkan makan sayur hijau.... Memang banyak saya makan, sayur hijau yg saya makan sawi, sawi bunga, sawi batang putih and pegaga.. rotate la sayur itu je selama 44 hari... naseb baik la tak jemu... rasanya kali ni pun saya akan amalkan yang sama juga hahahaha..... pegaga tu bagus tau, kalau nak kurus cepat silalah makan pegaga banyak2... saya makan pegaga dah macam kambing dah.... hahaha..

Tak caya??  kat bawah ni gambar saya masa baru habes pantang, masa ni majlis aqiqah dan naik buai ar-rayyan.....


Cengkung gile muka.... Habi sampai komplen sbb tengok tulang je hahaha penangan berpantang dengan ketat punya pasal... Pastu makin lama makin naik kembang kembang badan.....



4 comments :

  1. Kite pon bpntang sendiri jer Jue..dok umah mak smpai day 14 ja..dh kuat sy blik umah sendiri..buat kerja slow2 ar..msk etc pon sinple dishes jer...

    Neway. Welcome to da club k,.:)

    ReplyDelete
  2. Pesen akk ni..dalam pantang pun cenggitu..hbs pntg bru kmbg bdn..haha

    ReplyDelete
  3. Jadual diatas copy and paste dari blog saya ya..hidayahmk


    Mohon letak credit source di situ.

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails