Thursday, September 8, 2016

Fyazara di Zalora Online


Sekarang banyak sangat lambakan fesyen muslimah berhijab. Tak macam 10 years back. Now, name it nak selendang, shawl, bawal,  tudung berkepak2, tudung pusing lilit2.. You name it, bermacam jenama dan brand wujud, permintaan makin meluas. 

Saya sendiri pn tak terkecuali, setiap bulan ada je beli shawl yg pelbagai warna kadang2 tu siap terbeli warna yg dah ada dalam koleksi cuma corak je berbeza. Nampak tak hobi shopping tu macam mana? Janji beli, guna tak guna belakang cerita.

Tudung sekarang walaupun pelbagai fesyen tapi tetap menutup aurat muslimah, cuma cara gayakan tu kene la betul. Pastikan tudung dilabuhkan menutupi dada, jangan pilih material yg jarang etc. Pilihan di tangan kita kan, nak pula banyak jenama shawl sekarang. Semua tu bukan masalah dah utk bergaya sambil memenuhi tuntutan syariat islam.



Tak dinafikan udung adalah antara fashion item yang sangat penting buat wanita Islam. Ini kerana menutup aurat adalah wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi mereka untuk menerapkan ajaran agama untuk dipraktikkan. Namun begitu, bagi Muslimah di Malaysia pemakaian tudung terkini tidak membataskan ruang untuk mereka kelihatan bergaya bergaya. Sekarang ini terdapat banyak seleksi tudung murah dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang menarik bersama harga yang cukup berpatutan.

Oleh kerana golongan wanita yang bertudung semakin gemar bergaya dan mengikut arus trend fesyen Muslimah terkini semakin banyak koleksi tudung murah dengan rekaan moden dihasilkan. Pereka-pereka fesyen Malaysia juga telah muncul dengan koleksi tudung terbaru bersama rekaan yang unik dan eksklusif.



Kalau disebut sahaja nama jenama tudung Fyazara pasti semua orang tahu. 

Ha korang kenal tak?? Femes ni jenama ni. Apatah lagi jika ianya ditanya kepada para pencinta fesyen Muslimah tempatan. Fyazara yang merupakan salah satu jenama fesyen Muslimah semakin dikenali ramai. Jenama ini telah mengorak langkah dengan lebih pantas jauh meninggalkan para pesaing mereka di hadapan. Jelas sekali bahawa Fyazara begitu komited dalam usaha untuk mengukuhkan jenama mereka dalam pasaran fesyen Muslimah tempatan. Ada saja idea utk menghasilkan tudung terbaru bg memenuhi keperluan pelanggannya.


Tambahan pula sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita boleh lihat terdapat perubahan yang begitu mendadak namun penuh bermakna dalam industri fesyen tempatan. Fesyen Muslimah terkini telah muncul sebagai antara stail fesyen yang trending dalam kalangan pencinta fesyen. Kemunculan hijabista iaitu golongan fashionista yang lebih gemar akan gaya fesyen Muslimah telah membantu menaikkan imej Muslimah fashion tidak kira sama ada di peringkat tempatan mahupun di pentas antarabangsa. Ini sekaligus telah menaikkan nilai pakaian Muslimah dalam pasaran.

Mahu tampil lebih bergaya? Dapatkan koleksi tudung Fyazara online hari ini juga!
Tak susah, hanya di laman online Zalora, segala nya dihujung jari. Anda hanya perlu buat pilihan yg tepat dan jadi pengguna yg bijak membeli.





No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails