Tuesday, June 13, 2017

ANMUM ESSENTIAL MEMBANTU TUMBESARAN OTAK ANAK ANAK

Mungkin anda dapat melihat anak anda semakin membesar dan kuat, tapi pernahkan anda terfikir samada otak mereka juga berkembang dengan baik? Berbanding dengan pertumbuhan fizikal, tumbesaran otak agak sukar untuk diperhatikan.

“Sebagai ibu bapa, kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak, oleh itu adalah amat penting untuk memahami tumbesaran otak kanak-kanak". Justeru itu, AnmumTM Essential ingin memperkenalkan Grow Amazing, suatu inisiatif baharu berunsur pendidikan untuk membantu ibu bapa memahami proses tumbesaran otak dan perkara yang dapat menyokong  perkembangan otak si manja.”    

Ramai yang tidak mengetahui bahawa sel otak mula terbentuk sekitar hari ke-28 kehamilan dan setelah bayi dilahirkan, terdapat lebih kurang 100 bilion sel-sel otak yang sedang berfungsi! Selain daripada jumlah sel-sel otak, jumlah perhubungan antara sel-sel tersebut juga amat penting.   

Di peringkat awal usia kanak-kanak, hubungan-hubungan sel-sel otak ini berkembang dengan pesat – setiap satu sel otak berupaya membentuk 2,500 perhubungan sel-sel dengan sel otak yang lain setelah si manja dilahirkan. Apabila mencapai usia 2 atau 3 tahun,  hubungan sel-sel otak ini mungkin telah berganda sebanyak 6 kali! 

Perhubungan ini, yang juga dikenali sebagai synapse, adalah cara sel-sel otak berkomunikasi antara satu sama lain. Pengalaman awal dan persekitaran luaran merangsang pembentukan hubungan sel-sel otak. Semakin banyak rangsangan dari persekitaran luaran, semakin banyak perhubungan  akan terbentuk,.

Perhubungan antara sel-sel otak ini penting kerana ia menyokong pembelajaran, memori dan keupayaan kognitif yang lain. Aktiviti perangsang dan nutrisi yang sesuai seperti DHA dan Gangliosida amat penting dalam tumbesaran otak.

DHA dan Gangliosida (GA®) terdapat dalam otak dan memainkan peranan penting dalam tumbesaran otak. DHA membantu dalam pembentukan sel-sel otak[iv] dan Gangliosida menyokong pembentukan hubungan sel-sel otak. Tumbesaran otak yang pesat semasa tiga tahun pertama amat penting dan ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi emosi, sosial dan kognitif.  

Namun begitu, kajian menunjukkan 1 daripada 4 kanak-kanak di Malaysia mengambil GA® 40% lebih rendah daripada purata pengambilan GA® dalam sehari [vi]. Selain daripada makanan berasaskan ternakan seperti daging dan telur, pengambilan GA® boleh dipertingkatkan dengan susu dan produk tenusu.  Anmum™ Essential dirumus dengan DHA dan Nuelipid untuk paras GA® yang lebih tinggi dan tanpa gula tambahan****.  Anmum™ Essential juga mengandungi prebiotik FOS dan Inulin. Persekitaran usus yang baik adalah penting untuk penyerapan nutrien yang efektif. Selain itu, Anmum™ Essential juga mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ketahui cara untuk menyokong  tumbesaran otak si manja anda dengan Grow Amazing dan pelajari Fakta Menarik tentang otak kanak-kanak di 

No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails