Friday, April 28, 2017

Percutian Bermakna ke Tanjong Jara Resort, Terengganu

Hi korang, tiba musim cuti sekolah nanti, korang dah ada plan ke nak bawa family bercuti ke mana? Kalau belum ada, I nak suggestkan korang bawa family ke Dungun, Terengganu.
Eh? Ada apa je ye di Dungun? Kalau nak tahu percutian apakah di Dungun ini, jom baca entry ni.
Di persisiran pantai timur semenanjung Malaysia, terdapat sebuah resort mewah bernama Tanjung Jara. Tanjung Jara merupakan sebuah resort yang memperkenalkan para tetamu kepada tradisi tempat masyarakat zaman Melayu Kuno. Reka bentuk resort ini mencerminkan keanggunan istana Melayu pada abad ke 17. Dengan menjejakkan kaki ke dalam resort ini, tetamu dapat merasakan suasana warisan semulajadi Melayu yang tulen. Ketulenan seni bina bangunan resort ini, serta sikap mesra dan menarik pekerja-pekerja resort ini membuatkan percutian korang dan keluarga menjadi sungguh bermakna. Kadang-kadang kita tidak perlu untuk memilih tempat yang happening untuk membuatkan percutian kita menjadi memorable. Dengan cara back to nature and origin, mengunjungi tempat-tempat seperti ini, juga akan membuatkan percutian kita bermakna. Di sini, korang boleh mengambil pengalaman melewati pelbagai jenis aktiviti. Tidak kira lah jenis santai, lasak serta kebudayaan. Korang boleh pilih dan atur sendiri jadual aktiviti-aktiviti yang korang boleh lakukan di Tanjung Jara Resort ini.

Bilik yg indah ni, memang sesuai sangat untuk honeymoon, untuk meredakan fikiran dr segala kekusutan kerja.



Jom kita tengok jenis-jenis penginapan di resort ini. Terdapat enam jenis penginapan yang disediakan dank orang boleh pilih yang mana satu korang suka. Antaranya adalah; Bumbung, Bumbung Sea View, Serambi, Serambi Sea View, Anjung dan Anjung Seafront. Berdasarkan namanya korang dah tahu yang setiap jenis korang boleh pilih untuk view Laut Cina Selatan atau view taman-taman tropika. Anjung merupakan saiz yang paling besar dan ini lebih sesuai untuk keluarga yang besar.


Anjung Seaview
                                                                         

Anjung
                                                                               

Bumbung Seaview
                                                                     

Serambi Seaview
                                                               

Serambi


Setiap bilik disediakan basic amenities seperti, Wifi, alatan membancuh air teh dan kopi, flat screen TV, powered safe, in-room climate control dan beberapa lagi. Jika korang memilih standard bilik yang lebih mewah, bilik tersebut mempunyai bathtub dalam bilik mandi yang besar, outdoor verandah untuk menghirup udara segar dan beberapa lagi. Korang boleh survey tanjong jara resort latest price and review on traveloka. Then, teruskan dengan tempahan untuk dapatkan tawaran harga menarik di traveloka.


Lawa kan? Swimming pool yg mengadap laut china selatan. Subhanaallah. View yg sangat mendamaikan dan menyegarkan minda. Kanak2 sure suka tengok pool cantik mcm ni, bukan kanak2 je, orang tua pn sama naik teruja hahahah.



Korang boleh book melalui Traveloka di laman web atau melalui apps. Boleh dpt diskaun sekarang dgn memasukkan kode HURRYSTAY. 25% diskaun tu. Sesuai la utk nak bawa anak2 dan keluarga bercuti hujung minggu ni atau cuti sekolah nanti.



Untuk memeriahkan lagi percutian korang, penginapan sahaja tidak cukup. Makanan yang disediakan menjadi pelengkap kepada percutian tersebut, betul kan? Jom kita tengok pula hidangan makanan yang ada. Di resort ini sahaja terdapat empat jenis tempat makanan dengan ambience yang berbeza iaitu Di Atas Sungei, Nelayan, Teratai Terrace dan Private Dining Experience. Di Atas Sungei ini, korang berpengalaman menjamu selera yang dibawahnya mengalir air sungai. Restoran ini menghidangkan authentic Malaysian cuisine. Nelayan pula memang tidak lain tidak bukan akan menghidangkan fresh seafood dishes. Teratai Terrace pula korang dapat menjamu selera di tepi swimming pool dengan masakan-masakan grilled. Last sekali, Private Dining Experience korang dapat merasai pengalaman romantic menjamu selera sambil bersantai di perisisiran pantai Laut Cina Selatan.
Seperti yang dikatakan awal-awal tadi, korang boleh pilih sendiri jadual aktiviti-aktiviti yang korang akan lakukan di sini. Wonder what the activities are?

First is, PADI Snorkelling dan Dive Programmes, di mana korang boleh snorkelling atau belajar dive untuk menikmati keindahan semulajadi hidupan laut.



For a more relaxing activity, korang boleh try Sucimurni exercise, di mana korang dibimbing oleh instructor untuk bersenam untuk mengimbangi kesihatan luar dan dalam serta menyucikan fikiran. Selain itu, terdapat juga Jara Hill Walk and Malay Herbal Garden Visit, di mana korang akan diguide oleh seorang guide yang memang pakar dalam bab pokok-pokok herba untuk mendaki bukit sambil mengenali pokok-pokok herba. Untuk aktiviti lebih santai, korang boleh try Traditional Handricraft Classes, di mana korang boleh cuba mengasah bakat dan skills seperti paper flower decoration, menganyam ketupat, dan beberapa skills lagi. Jika ke tepi pantai, tak sah lah kalau tak ada outdoor games seperti volleyball, sepak takraw dan lain-lain lagi. Korang juga boleh belajar dan perkenalkan anak-anak zaman sekarang tentang permainan gasing dan petaque. Last but not least, dan memang I suggest sangat korang visit Kenyir Elephant Village, di mana korang boleh rasai pengalaman lebih dekat dan sentuh gajah-gajah yang manja ini.  

I guess, that is all from me and I really-really suggest korang semua untuk datang ke resort bertaraf lima bintang ini sebagai destinasi percutian korang untuk cuti sekolah yang bakal tiba ini.

Best kan?? Apa lagi, cepat install Traveloka dan book percutian anda ke Tanjung Jara Resort segera. Gerenti puas hati.


No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails