Thursday, June 28, 2018

KIDZANIA SPORTZ BERSEMPENA DENGAN MUSIM DEMAM BOLA

Demam Piala Dunia kan sekarang.


Anak iols yg 8 tahun tu pun tak kurang juga hebatnya, sanggup stay up menonton bola ngn papa nya. Eh lelaki dgnbola memang berpisah tiada agaknya.

So kai ni kita nk war warkan kepada mommies sekalian yg anak2 mmg die hard fan bola ni boleh la luangkan masa ke Kidzania. Alami kemeriahan musim bola sepak dan sertai aktiviti bertemakan bola sepak di KidZania SportZ selama sebulan!!! Jom ramai2 kita meriahkan Kidzania uoslll...





Bersempena dengan acara bola sepak terbesar dunia yang bakal berlangsung, KidZania Kuala Lumpur ingin meraikan peminat bola sepak cilik di Malaysia! Bermula dari 9 Jun hingga 8 Julai, KidZania SportZ 2018 akan meraikan sukan yang digilai ramai ini. Antara aktiviti yang akan diadakan termasuklah sesi futsal, “foosball” dan permainan yang disukai ramai, Subbuteo. Nantikan juga penampilan istimewa daripada Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia serta bengkel bola sepak eksklusif oleh pasukan Akar Umbi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kanak-kanak dan seisi keluarga boleh mempelajari lebih lanjut tentang Bola Sepak Orang Buta dan mencuba nasib menjaringkan gol dengan mata ditutup dalam satu sesi perlawanan khas bersama Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia. Bukan itu saja, mereka juga berpeluang menjalani latihan bersama pakar bola sepak daripada Akar Umbi FAM dalam satu bengkel eksklusif. Best kan???


Bukan senang nk dapat peluang ni, so inilah masa nya utk bawa anak2 beriadah sesambil memantapkan skill gelecek bola masing2.


Ada banyak aktiviti yg telah dirancang di kidzania. Antara aktiviti bertemakan bola sepak yang akan diadakan di KidZania SportZ 2018: 

Futsal: Latih skil menggelecek dalam perlawanan 2V2, atau cuba jaringkan gol dengan mata ditutup!
Foosball: Permainan yang menguji koordinasi tangan dan mata ini sesuai untuk semua peringkat umur!
Subbuteo: Peserta boleh mencuba sendiri permainan meja yang digilai ramai ini!
Permainan Video Bola Sepak: Permainan maya yang akan membuatkan pemain berasa seperti berada di atas padang!


KidZania SportZ 2018 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik lain untuk disertai seisi keluarga, antaranya, sukan berbasikal, ping pong, aktiviti robot, memanah dan juga papan luncur jari!

Datanglah beramai-ramai ke KidZania SportZ 2018, dari 9 Jun hingga 8 Julai 2018! Tempah tiket secara dalam talian dan dapatkan diskaun 20% untuk tiket masuk dengan kod promo . Berbaloi2 ada promo lagi tauuuuu....

KidZania SportZ 2018 disokong oleh Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia, Decathlon, Spritzer, Arrouha Archery Malaysia dan The Positibo Fingerboard.

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi Khidmat Pelanggan KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9 pagi hingga 6 malam, Isnin hingga Ahad.

No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails