Thursday, August 18, 2011

Genap Setahun pemergian Ayah tercinta

Dulu masa aku kecik, aku sekolah cina.. Selalu kene buli ngan kawan, tapi aku tak pernah cete kat mak atau ayah aku.. Yang aku selalu buat, tulis je dalam diari.. Aku tak sangka ayah baca diari aku, satu hari ayah pergi sekolah dan cerita dekat cikgu apa yang berlaku dan ingin berjumpe pelajar yang buli aku tu.. Bila ayah jumpa pelajar tu, ayah bawa aku sekali.. Ayah tak marah pun dia, ayah hanya cakap " jangan buli anak die sebab anak die hanya nak menuntut ilmu je kat sekolah tu, kami bukan orang kaya cam cina tu so hanya ilmu je yg akan bantu kehidupan kami nanti..."

Time aku sekolah menengah, aku ada gadoh ngan sorang budak sekolah nie.. Isu die pasal pengkid, aku dulu sek men sekolah pompuan.. Masa amek repot kad, cikgu ngadu kat ayah aku.. Odw balik dalam kete ayah tak marah pun aku ayah just cakap "biar pandai macam mana pun tapi kalau tak pandai kawal kemarahan tak guna, kawallah emosi, janganlah gado pasal benda2 kecik, biar orang buat kite jangan kite buat orang".
Cete tu habes kat situ je, ayah tak bagitau mak pun pasal tu, kalau tak mesti aku kene rotan ngan mak..

Camtulah perangai ayah aku, dalam mendidik anak2 penuh berhemah.. Tak pernah gunakan kekerasan jauh sekali lah nak naik tangan ke hape.. Kami 4 beradik dari kecik smpailah skang dah tua bangka, ayah tak pernah jentik sekalipun... kalau ada benda yang die tak berkenan die hanya akan tegur seacra baik.. Dan bagi nasihat dengan lembut.. Tapi sangat ajaib sebab kami tak pernabh buat benda yg bukan, or nakal tak tentu pasai walaupun ayah kami sangatlah baik gitu..

Masa aku konvo ayahlah orang paling bangga sekali sebab aku anak sulung die.. Macam2 die rancang untuk masa depan aku, tapi aku tolak.. Aku cakap biarlah aku pilih kerjaya yang aku minat.. Ayah akur je ngan pilihan aku, kalau itu yang terbaik aku rasa..

Masa aku nak kawen, aku tahu masa tu usia aku terlalu muda kata ayah.. Baru 25 tahun, takkan nak kawen.. Tapi aku tetap nak kawen jugak, dengan alasan kami dah lama kenal, dan dah tiba masanya.. Ayah terpaksa akur sekali lagi dengan kemahuan aku, dan melepaskan aku ke tangan suamiku.. Ayah sendiri yang menikahkan aku dah suami pada hari pernikahan kami, ayah kata "ayah sendiri ingin serahkan dan amanahkan anak perempuan ayah kepada suaminya, ayah serah seacra baik, sekiranya satu hari nanti dei nak pulangkan kamu kat ayah, pulangkan jugak dalam keadaan dan cara yang baik"..... Ayah banyak membantu dalam persiapan majlis perkahwinan aku, dari segi katering, tempahan dewan, hinggalah sekecil2 hal..

Setiap tahun bila tiba birthday anak2, ayah sentiasa jadik orang pertama yang wish happy burfday.. Ayah akan call atau SMS kami yang jauh ni semata2 nak pastikan anak2 dapat ucapan selamat dari dia.. Setiap kali exam pun, ayah akan wish good luck, tak kira apa sekali pun yang kami buat, ayah sentiasa memberi sokongan penuh...

Selepas kawen, aku pindah keluar dari rumah ayah dan menyewa di luar.. Dengan alasan nak idop berdikari, ayah sememangnya berat hati nak melepaskan aku anak perempuan sulungnya.. Tapi, terpaksa mengalah kerana aku dah menjadi hak suamiku, syurga di bwah tapak kaki suami ku..

Setelah 8 bulan aku tak idop sebumbung ngan ayah, tapi sekali sekala kerap jugak aku balik ke rumah.. Cuma kesempatan untuk bersembang dengan ayah seperti dulu tu dah kurang.. Kekadang bila aku sampai ayah belum balik lagi, bila aku nak balik ke rumah aku, ayah baru sampai.. So, bilanya nak menyembang...

Pada subuh hari 8 Ramadhan tahun lepas, mak aku call.. Katanya ayah jatuh, muntah2, berak.. Mak suruh aku balik umah segera.. Bergegas la aku ngan suami siap dan terus pecut ke rumah mak (rumah aku ngan mak dalam 15 minit perjalanan kalau tak jem)...
Bila sampai rumah mak, mak kata ayah dah gi sepital naik ambulans ngan adik lelaki aku..
So aku, suami serta mak segera bergerak ke hospital pulak..
Suami turunkan aku ngan mak di lobi, die pergi paking kete...

Sampai hospital, aku nampak adik laki aku kat lobi sedang duduk tunduk memandang lantai..
Aku pergi kat dia, aku nampak mata dia merah menages..
Aku tanya, "ko kenapa", "ayah mana"
Adik aku jawab " ayah kat dalam emergency".. "Long, ayah dah takde"
Berderau darah aku time tu, rasa kaki ni tak berpijak di bumi yang nyata... Mak aku pulak dah terkedu.. Bertubi2 soklan die tanya kat adik aku, adik aku diam tak mampu nak jawab apa..

Aku tanya adik aku balik " apa ko cakap nie? ayah dah takde?"
Lepas je soklan aku tu, terus kuar announcement kat lobi
"Waris Abd Samad Bin Jadi sila masuk ke dalam bilik sekarang"

Bergegas la kami bertiga masuk ke dalam emergency room, nurse bawa kami ke katil ayah.. Yang terlentang di hadapan kami cumalah jasad ayah tanpa nyawa.. Ayah dah kaku.. Masa tu aku rasa macam tak percaya je, aku dah takde ayah lagi.. Aku terus pelok mak aku sekuat2 hati... Kami bertiga menages teresak2, tak percaya ayah dah pergi meninggalkan kami sekeluarga..

Aku keluar berjalan longlai dari emergency tok cari suami, suami yang tengah jalan ke arah aku terkejut tengok aku menages tanpa henti... Aku hanya mampu berkata "saya dah jadik anak yatim, bang... Ayah dah takde lagi"....

Suami segera memelok dan memujuk aku jangan bersedey, lebih2 lagi aku tengah sarat mengandungkan anak sulung kami masa tu....

Pas je selesai sume urusan di hospital, jenazah di bawa balik tok dikebumikan..

Ayah pergi meninggalkan kami begitu saja secara mengejut, ayah tak menunjukkan tanda apa2 pun.. Sakit tidak, demam pun tidak.. Tiada sebarang pesan ditinggalkan buat kami..

Paling aku terkilan, ayah pergi tanpa aku sempat aku kucup tangan die dan minta maaf dari dia, tanpa aku sempat lafazkan betapa aku sayangkan dia, sedangkan dia selalu SMS aku bagitahu betapa die sayangkan anak2 die, aku ego.. Aku selalu sorokkan perasaan sayang aku...
Dan yang lebih menyedihkan, ayah pergi tanpa sempat melihat kelahiran cucunya yang pertama sedangkan ayah merupakan orang yg paling eksaited dengan kedatangan ahli baru dalam keluarga kami...

Ucapan terakhir arwah pada aku, masa aku buka puasa di rumah mak hari Ahad, (arwah meninggal hari rabu).. Ayah kata " jaga diri dan kandungan baik2"..
Aku tak sangka itu merupakan pesanan terakhir ayah kat aku... Sumpah, sekiranya aku tahu minggu tu adalah minggu2 terakhir ayah, aku akan luangkan masa dengan dia dan lafazkan berkali2 ucapan betapa aku SAYANGkan die.. Tapi, itulah manusia bila kiter telah kehilangan baru kiter reti menghargai...

Aku benar2 rindukan arwah ayah, rindukan nasihat dia.. Apa yg mampu aku buat adalah sedekahkan Al-Fatihah dan Bacaan Yassin je buat arwah kat sana..
Al-Fatihah...

Setiap orang hanya punya sorang ayah kandung je dalam dunia nie, so nasihat saya hargailah dan tunjukkanlah kasih sayang anda kat ayah anda sebelum terlewat..


ni gamba terakhir saya bersama arwah.. Di ambil selepas majlis perkahwinan saya, ayah belanja makan sempena menyambut menantu baru dalam keluarga sekaligus besday ayah... Masih jelas, ayah mintakan DJ di restoran tu buat ucapan khas sempena perkahwinan saya.. Terharu!

Itu adalah antara memori aku bersama ayah tercinta... Aku berbangga menjadi mempunyai seorang ayah sebagai motivator, advisor dan sekaligus kawan baik aku...

You're the best dad in the world ayah!!
Al-Fatihah, semoga ayah ditempatkan dikalangan golongan yang beriman..


Serius, hari ni aku rasa sedih sangat...
RAsa kehilangan tu sangat kuat walaupun selama ni aku cuba untuk tidak mengingati benda ni tapi setiap kali tibanye bulan puasa dan raya mesti kenangan ni kuat datang ke ingatan aku...
Huhu

5 comments :

  1. bergenang air mata baca..
    dah stahun dah kan?
    alfatihah utk arwah

    ReplyDelete
  2. sedey baca entry ni..Al-fatihah buat arwah pakcik Samad

    ReplyDelete
  3. me nangis baca entry ni..me paham sbb me pun dh kehilangan ayah pd jun 2009, juga mengejut :( kdg2 masih tak leh accept realiti...rasa mcm mimpi ajer me dh tak de ayah..:(

    ReplyDelete
  4. kita yang baca ni pun rasa sedihyer....teringt kat arwah abah yg dah 10 tahun mengadapa Illahi...AL-FATIHAH

    ReplyDelete
  5. Innalillah. Sabak baca entry ni jue. Kamu kuat jue.

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails