Wednesday, February 13, 2008

Sajak Kahwin

Sedang asyik saya melari internet, saya telah terbaca sebuah sajak mengenai perkahwinan yang sangat menyentuh hati saya..
Izinkan saya berkongsi sajak tersebut bersama teman-teman..

SAJAK

Di dalam Islam perkahwinan itu adalah perkara besar mengikut Tuhan,
Kerana itulah nikah kahwin itu atas nama Tuhan,
Kerana Tuhan dan untuk Tuhan
Oleh kerana itu pasangan perkahwinan biarlah jelas keturunan,
Samada lelaki ataupun perempuan
Biarlah jelas suami isteri itu keturunan yang baik-baik,
Bertaqwa dan beriman,
Kerana keturunan suami isteri itu kalau dipanjangkan umur oleh Tuhan
Melahirkan zuriat berpanjangan sampai akhir zaman,
Maka daripada suami isteri itu lahirlah satu etnik
Atau satu bani yang dihubungkait dengan suami atau isteri,
Kalau suami isteri itu sebagai asas etnik orang baik-baik keturunannya,
Etnik yang lahir daripadanya,
Maka keturunannya bersih daripada kejahatan terutama penzinaan,
Maka etnik itulah Tuhan berkati menyambung perjuangan Islam,
Yang akan membawa umat Islam dan Islam gemilang dan cemerlang,
Oleh itu di sini barulah kita faham nikah kahwin itu,
Bukan diambil mudah dan senang,
Bukan sekadar nak melepaskan tuntutan biologi
Atau dengan kata-kata lain nak melepaskan nafsu,
Samada suami atau isteri nafsu haiwan
Atau dengan kata-kata yang lain nikah kahwin itu
Yang utamanya hendakkan hiburan,
Itulah yang berlaku kepada masyarakat Islam di akhir zaman,
Nikah kahwin di dalam Islam satu peranan,
Dianggap satu perjuangan yang menentukan Islam
Dan umat Islam di masa depan
Nikah kahwin yang dimulakan dengan niat yang baik,
Atas nama Tuhan, kerana Tuhan dan untuk Tuhan,
Perkahwinan itu akan diberkati oleh Tuhan
Berpanjangan hingga sampai melahirkan etnik,
Dari pasangan yang berkahwin itu atas nama Tuhan,
Kerana Tuhan dan untuk Tuhan,
Apabila lahir dari pasangan hidup itu niatnya murni,
Dilakukan dengan syariat yang murni,
Dengan pilihan pasangan yang murni,
Kalau lahirlah keturunan, satu tanggung jawab dibebankan,
Iaitu mendidik anak-anak oleh suami isteri hendak diberi mereka Tuhan,
Hendak diberi kepada mereka iman dan ketaqwaan,
Sebab itulah di dalam pergaulan suami isteri bukan semata-mata hiburan,
Kalau semata-mata hiburan, haiwan pun ada perasaan,
Jangan sekadar nikah kahwin,
Jangan mensetarafkan diri kita sebagai haiwan,
Iaitu hendak melepaskan nafsu haiwan,
Atau nak menunaikan tuntutan biologi yang Tuhan jadikan,
Tuntutan selepas itu pada suami isteri,
lebih besar tanggungjawab lagi besar cabaran,
Oleh itu suami isteri yang beriman dan bertaqwa di dalam pergaulan suami
isteri,
Selain daripada hiburan bukan bercerita satu sama lain di waktu lapang
Seperti makan minum, kekayaan, pakaian, rumah dan kenderaan
Perbualan suami isteri lebih jauh daripada itu,
Biarlah perbualan itu perbualan mengenai perjuangan umat Islam,
Membualkan nasib Islam dan Islam di masa depan,
Membualkan hal Tuhan, iman dan ketaqwaan,
Dosa dan pahala,
Syurga dan Neraka,
Membualkan Akhirat, hidup yang berlama-lama di sana,
Perbualan itu bagi orang yang beriman satu hiburan, satu kebahagiaan,
Yang tidak dilunturkan oleh mana-mana zaman,
Kalau berkahwin tujuan melepaskan nafsu haiwan,
Atau tuntutan biologi insan,
Kalau ada masalah hilanglah hiburan,
Seperti sakit atau kemahuan biologi tidak ada,
Ataupun mendapat kesusahan,
Miskin dan ujian hilanglah hiburan,
Kalau kahwin tujuan semata-mata hiburan
bila sudah tidak ada hiburan oleh keadaan yang mendatang,
Maka krisis-krisis rumah tangga pun datang,
Lama-lama bercerai,
Kalaupun tidak bercerai kerana memikirkan anak-anak,
Tetapi dimana kebahagiaan?
Sebab berkahwin dahulu niatkan hiburan,
Hiburan sudah hilang,
Sebab itulah jangan berkahwin niatnya dibataskan, seperti berhiburan
Jangan nak menunaikan tuntutan nafsu haiwan,
Tetapi berkahwin itu biarlah atas nama Tuhan, kerana Tuhan, untuk Tuhan
Nanti Tuhan bagi hiburan berpanjangan,
Bukan hiburan sekadar menunaikan nafsu haiwan,
tetapi hiburan itu berpanjangan,
Tidak dilunturkan oleh masa dan zaman yang lebih sejati lagi hakiki,
Daripada hiburan tuntutan nafsu haiwan,
Atau tuntutan biologi insan,
Sebab itu bagi orang yang bertaqwa payah berlaku krisis rumah tangga,
Lebih-lebih lagi bercerai berai kerana ikatannya kuat,
Diikat oleh iman dan takutkan Tuhan,
Itulah hiburan yang berkekalan,
Sepanjang masa dan zaman,
Untuk suami, isteri, sampai ke Akhirat sana bertemu dengan Tuhan,
Bahkan perkahwinan kerana Tuhan, untuk Tuhan,
Kalau suami kaya dapat membela isterinya,
Bahkan keluarga-keluarga isterinya,
Kalau isteri yang kaya dapat dikorbankan kekayaan isterinya itu
Untuk suaminya dan keluarga suaminya,
Bagi orang yang beriman itu bukan satu beban tapi satu hiburan,
Tetapi berkahwin itu tujuannya kerana nafsu haiwan bukan kerana Tuhan,
Kekayaan suami tidak dapat diagih-agihkan,
Lebih daripada isterinya dan anak-anaknya,
Lebih-lebih lagi kalau isteri yang kaya,
Dianggap satu pantang larang atau satu kehinaan,
Untuk dikorbankan untuk suaminya,
Lebih-lebih lagi keluarga suaminya,
Itulah yang berlaku pada umat Islam hari ini,
Berkahwin niatnya terbatas,
Bukan kerana Tuhan,
Bukan masa depan dan Akhirat yang berpanjangan,
Sebab itulah suami isteri berkira sangat tentang kekayaan
tidak boleh berlebih kurang,
Kerana terjadinya suami isteri itu semata-mata tuntutan nafsu haiwan,
Bukan atas nama Tuhan dan untuk perjuangan Tuhan,
Maka terjadilah pada masyarakat Islam hari ini,
Setelah iman dan ketaqwaan hilang
Banyak orang Islam tidak berkahwin,
Terutama banyak anak dara tua yang hidup sendiri-sendiri,
Tidak ada suami,
Datang alim ulama memberi pandangan
untuk menyelesaikan masalah umat Islam,
Terutama kaum ibu yang sampai tua tidak berkahwin,
Atau tidak bersuami yang dinamakan kahwin misyar,
Walaupun itu dibolehkan tidak menyalahi syariat Tuhan,
Itu hanya satu keharusan tetapi bukan itu jalan keluar dan penyelesaian
Bukan itulah nikah kahwin yang tersirat mengikut Tuhan atau syariat Tuhan,
Walaupun diharuskan tetapi perkahwinan sesama itu
Tidak mengikut sunnah nabi akhir zaman,
Walaupun diharuskan tetapi menghilangkan keberkatan,
Jadi ulama nak menyelesaikan anak dara tua pun tidak pandai,
Pandangan mereka tidak jauh,
Lebih diutamakan mengambil hati perempuan,
Bukan dipadankan dengan kehendak Tuhan dan syariat Tuhan.

Abuya Syeikh Imam Ashaari At Tamimi

No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails