Tuesday, June 30, 2015

Seharian di rumah

Sehari di rumah bersama anak ni memang penat. Macam2 peel kan. Menyepah tu dah mesti, sana sini ada je mainan depa. Puas dah suh main dalam bilik, tapi sbb bilik toys kat atas. Selalunya saya lepak bawah je tu yg diaorg angkut seme mainan ke bawah. Huwa.....

Ni sebelum puasa aritu diaorg nk mandi pool. Ok kita buka la pool depan rumah sesambil tu boleh la mama berus kapet. kapet ni ritu tumpah air terus kita masukkan dalam stor. Tunggu bila free nk cuci. Bila buka pool tok bebudak ni mmg sesuai la nak cuci kapet skali kan.


Tebar je atas simen pastu berus...


Pastu sesambil cek pokok tengok dah mati kering pokok daun kesum saya. mujur ada dua pasu . Satu pasu mmg tanam dalam air, satu pasu dalam tanah gini. Yg dalam tanah dah layu kering, yg dalam air masih idop subur. So ksimpulan tanam je la dalam air.


Dah siap basuh kita jemur. Kebetulan cuaca cerah memang molek la. Sampai petang jemur, elok keringnya....


Monday, June 29, 2015

Iftar 8: Spesel resipi baru ayam goreng pandan

Lambat update heheh... ni masa Iftar hari ke8. Hari ni dah hari ke 12 kita berpuasa. Alhamdulllah masih berpuasa dan masih mampu memasak juadah berbuka puasa utk suami dan anak2.

Menu istimewa aritu yg tak pernah saya masak ialah Ayam goreng pandan hehe selalu menu ni kita makan kat kedai Thai la femes... Kita ni bila bulan puasa je rajen try resipi baru2 ni hihi bukan pe saja nak makan spesel kan. Hari biasa ni kdg tu makan sempoi2 pn ok, bulan puasa dah seharian berpuasa, masak la spesel tok jamu org berbuka. Pahala pn dapat.



Ni la ayam goreng Pandan kita. Macam2 resipi kan blog kita jumpa tapi yg ni kita tiru resipi dari blog Mat Gebu. Boleh Klik SINI: AYAM PANDAN THAI.

Kita mmg ikot resipi sebiji, cuma make sure isi ayam tu potong kecik2 la. Ada satu resipi tu kita tengok die blend isi ayam, nnt nak try resipi yg tu pulak..




Lauk utk kuah pulak kita bt asam pedas jenaha. Percaya tak, ni la pertama kali kita masak ikan jenahak? KAHKAHKAH selalu ikan merah je, ikan jenahak ni mahai kot. Kita beli sekor size kecik dapatla 4 potong RM38. Terkejut ahkak. Lebey kurang harga ikan merah tapi mahai lagi jenahak ni.



Keropok ikan ni dr Sabah, kita g KK ritu beli 2 pek mmg saja beli utk bekal bulan Ramadhan hehe... Nnt habes rasa nak kirim la kat memebe2 yg dok sabah. Ikan kering ni mmg sedap makan ranggup2 gitu.


Peel yg makin menjadi2.. GERAM!

Jarang2 cerita pasal perkembangan Sumayyah kat sini. Ntah la momentum berblog tak amcam masa zaman Rayyan dulu. 

Skang adik dah 1 tahun 8 bulan. Kejap je masa. Gigi pun dah penuh, kalau menyusu tu seram je mak. Takuit kene geget.

Adik ni ada satu peel iaitu berdikari. Seme benda die nak buat sendiri, makan sendiri, pakai baju sendiri. Bayangkan umo belum setahun stgh lepas mandi marah kalau kita nak pakaikan die baju. Die nk pakai sndiri.  Kadang tu betul die pakai, kadang tu salah la. Lubang tangan ntah kemana, lubang leher ntah kemana.

Ni aritu kita beli baju raya dia. Balik tu dia nampak. Minah ni mmg pantang tgk baju baru, kemain suka. Terus nak makan ok.. Mari tengok aksi die nak pakai baju. Geram!!! Kita nak tolong dia tak bagi, nak buat sndiri. Ha meh tengok apa jadi.


Masuk kepala lepas tu lobang tgn tak jumpa..


Ha acaner ni? ni la yg selalu jadik.. pstu kang mengamok melalak sbb salah tapi kita nk betulkan tak bg pulak.  Aih pening kepala mama ko tau....

Kalau papanya yg siapkan lagi haru dua beranak tu.


Tak berjaya, tukar baju lain plak..




Akhirnya berjaya hahha.. tapi baju ni ngam ngam so kita pakai je. Takyah la tunggu raya. Sat g menjelang raya sendat. Perot boroi adik ni. hihihi.


Friday, June 26, 2015

Siap dah baju kurung adik

Part paling best bila ada anak gegel ni boleh jahit sendiri baju kurung, skirt and etc. Tp aku idok rajen sgt hahaha setahun skaali ok la baju raya. Tp seronok tau perasaan jahit sendiri baju anak ni. 
Lepas raya ni bru plan nak g kelas belajo jahit baju pesen2 plak. Harap2 dapat la curik masa.

Baju raya si anak dara ni ad dua pasang tahun ni.... Ha ni satu kaler merah ang ang ni pesen kurung moden.. Nampak cute cuma sebab perot adik boroi lebey, ke depan sangat dik. Nampak sendat baju ni bila pakai.  Sebenarnya ok je cuma sbb perot tu takleh cover.. Adoi dik, Kuat makan adik ni. Apa kita makan seme die belasah, takde pantang. Pedas pun dia ok.


Ni baju kurung kedua, kainnya opah dia belikan pastu kita jahit. Suwit sangat warna off white tanah dia bunga kecik2 pink. Kalau tau mak kita belikan, boleh pesan beli kain lebey buat baju kita skali hahha haruslah sedondon ka anak beranak. Nanti la g Gulatis carik kain ni.

Dedua baju ni kita guna soft cotton sos esuai la ngn bebudak. Kalau kain biasa panas bak hangggg. Ktorg dah la raya kat kampung, mana ada ekon. Memang panas denting, kasihan bebudak kalau jenis kain tak serap peluh. Cotton selalunya better.


Senyuman dan jelingan maut anak dara iols. HAHAHA
Tang leher plak buat jahitan mata lalat, senang skit compared to sembat. Sembat tu rabun mata nak menyembatnya.


  Muka ada senyum dapat baju baru haha masa adik dok try baju ni, si abang menages melalak2 sbb tak jahitkan baju die. Adoi abang, baju melayu mmg tak reti la kan nk jahit..

Baju abang ngn papa nnt kita g Jalan TAR beli hihihi.. Beli siap sudah. Baju mama pun dah siap jahit dah.

Eh baru bape hari puasa dah sembang raya hahahah..


Thursday, June 25, 2015

Gulai Lomak Cili Api Daging Salai campur Petai ----> 7 Ramadhan


Ni menu paling win semalam. Gulai lomak cili api daging salai campur petai.. Hahaha actually petai tu ada kisah nya. Menu hari sebelum kan ada sambal tumis bilis petai, menu tu saya beli kat cafe opis sbb terlior tengok petai. Biasa la bulan puasa, senang benau tergoda. Padahal tgk rupa sambal tu dah tau tak sedap sbb cair macam tak garing je cili.. Tapi beli gak RM2. Sekali betul tekaan ku, cili tak garing. Memasing tak lalu makan, so simpan peti. Masa nak masak gulai lomak ni, amek petai basuh then campak dalam gulai hahaha sedap jugak jadik gulai ni. Iols ok je gini, hahaha janji basuh dulu. kehkeh ada org tak lalu plak kan.. so kene guna petai baru kopek la

Meh kita share resipi masak lemak cili apai daging salai campur petai ni


Bahan bahan utk memasak

1. Daging yg telah disalai hiris nipis (daging ni saya beli kat Aeon Big, best sbb bau aromo salai tu authentic)
2. Cili api 8-10 biji
3. Bawang kecik 2 ulas
3. Serai diketuk
4. Asam keping
5 Santan
6. petai

Cara masak

1. Blender cili api dan bawang tadi.
2. Masukkan bahan yg dah diblender ke dalam periuk bersama daging dan serai yg dah di ketuk. Masukkan jugak air sedikit dan asam keping. Biar atas api bg menggelegak dan air kering. Ni nak bg daging empuk dan serasi ngn cili seme. Dah gelegak amsukkan petai.
3. Agak2 air dah berkurang 1/3, masukkan santan dan kacau jgn bagi pecah minyak.
4. Sebelum tutup api masukkan garam.

Siap dah gulai... Kita suka gulai daging salai ni sbb aroma salai tu.

Menu sampingan semalam, rebus bayam, ikan siakap goreng dan ulaman serta sambal belacan, Somi macam biasa makan bertambah2, menu kampung gini mmg sedap la kan. Kita tak lalu makan banyak. Makan hati tengok si adik makan bersepah2 hahahaha...

Spend Time ngn famili

Ni masa cuti sekolah ritu. Hasben amek cuti katanya nak bawa bebudak jalan. Memula ingat nak g zoo tapi tak larat sure ramai org. Oh serabut. Ngn panas lagi. Hehe sudahnya nak bawa bebudak tengok wayang . G la Midvalley, skali takde movie yg sesuai tok kekanak pon.. Minions belum kluar so sudahnya jejalan dan makan aje la...

Kebetulan plak kat MV ada byk patung kunung MINION ni. Rayyan dah la mmg suka tengok katun ni. Eksaited dia nak amek gambo sama.



Adik skang sibuk nk bt peace bila amek gamba.


Lepas dah pusing2 dalam ni.. Rayyan rikuest nk g playground kat depan Aeon Big.. G la intai, kalau ramai org malas nk bg be budak ni main. Skali tengok eh tak ramai pun budak. So bagi la diaorg masuk main. Dah lama pn tak bawa g sini main.


Tengok la anak dara naik moto. Apa abang buat, seme dia nk ikot. Adoi hai... Hilang ciri2 ayu tu tau dik.... dah macam abang jugak awak ni..


Rayyan masuk2 terus g meja lego ni.. kalau takat nak main lego, kat rumah pun ado la abang oi..


Bouncy castle, takde org main hahhaa.. bebudak ni je dak pakat melompat dalam tu..



Lepas bebudak puas main, terus masuk Aeon Big beli barang2 sket.. Itu je la aktivitinya pun.
Musim cuti ni kalau nak kemana2 mmg malas sket sbb sini sana jem.


Wednesday, June 24, 2015

Spesel AYAM PERCIK PANGGANG utk 6 Ramadhan

Kejap je dah masuk 7 ramadhan. Alhamdulillah masih berjaya lagi masak utk Iftar. penat sikit lah. eh penat banyak kot Hahaha. sampai rumah kol 6, lutut dah gigil kelaparan tapi gigih la masak simple. Kita lagi puas makan masak sendiri, beli mahai lah. Pastu kalau beli pun rasa lauk tu tak memuaskan hati. Huhu org cerewet gini ler.

Semalam menu kita 4 ni. Sambal petai tu beli kat cafe opis, banyak tu RM2 tapi macam saya kabo td, tak sedap oi. Hasben pun cakap tak sedap. Lepas ni jgn beli lagi katanya. Muahaha OK bini masak lg sedap Kehkeh.. tu pepandai tambah sendiri ayat tu, hasben bukan jenis puji masakan saya pun. Tp dr cara die kita tau la, bila makan bertambah. Pastu suruh masak even boleh je beli.


Menu spesel saya buat semalam AYAM BAKAR PERCIK. Memang ni la kalai pertama bt setelah 31 tahun idop hahah dlu dok umah mak pernah la buat tapi mak la yg setelkan seme kita makan je. Kali ni rasa nak try buat sendiri, resipi tanya kekawan and gugel blog2 masakan yg lain...


Meh kita share cane nak buat ayam percik panggang ni

Bahan Bahan Utk perapan ayam:

1. Bawang putih
2. Halia
3. Garam

- Blend/ tumbuk bahan kat atas dan perapkan ayam dalam 20min. Then bakar sampai half cook gitu dalam 20min suhu 200 darjah.

Bahan utk sos percik

1. Bawang kecik 4 ulas
2. Bawang putih 3biji
3. Halia seinci
4. Lengkuas seinci
5. Serai 2 batang dihiris halus
6. Garam
7. Asam keping
8. Gula
9. Cili kering 4 tangkai
10. santan

- Memula blend bawang kecik, halia, bawang putih serai dan lengkuas dan cili kering sampai halus.
- Panas kan minyak dan masukkan bahan yg diblend tadi, masak hingga naik bau dan garing.
- Masukkan santan pekat dan asam keping. Asam keping ni kejap je tau masukkan, bila dah rs masam2 skit keluarkan. teruskan mengacau hingga kuah tadi menjadi pekat likat
- Masukkan garam gula.
- Kalau kuah dah pekat, dah masak la tu...


Bila kuah dah masak, boleh la tuangkan kuah  percik ke atas ayam yg dah halfcooked tadi, lepas tu masukkan balik dalam oven lg 20 min... Nnt nmpak kuah dan ayam tu dah sebati .. Bau memang sedap la.....

Siap. Sedia dimakan. hehehehe





Sy pengguna setia drypers!

Aritu sy di invite sbg VIP utk sesi  pelancaran Dryper MoM of Malaysia ni. Event ni bt kat Sunway Pyramid. Kebetulan clash lak ngn event Nuffnang, terpaksa declined NN nya event sbb dah accept. Agaknya dah tertulis rezeki. Akan ada JV seterusnya antara  saya dgn Drypers ni. Tungguuu!!!!...

Event ni belah petang, so sy amek halfday lepas tu amek Mayyah baru la drive berdua ke SP dgn dia. Alhamdulillah die tak buat peel hihi...

Sampai2 nampak wah meriah betol ha belon2.


Nampak tak clown tu? SIbuk dia tu ke hulu kehilir dgn belon.. Masalahnya sumayyah takot clown, dok menages melalak nampak clown tu melintas depan dia. Apa la awak dik...


Tengok la, kita nak amek gamba die tapi die dok cebik2 gini sbb clown tu dok la mengacah dia...




Bergambar di depan pintu masuk..


Event ni adalah utk melancarkan MoMs of Malaysia dan berkongsi tips parenting. Sya tak sempat tunggu sampai habes pun sbb Mayah dok merenggek nages takotkan clown tu..

Aih serabut sangat, tu balik awal tu...


Tuesday, June 23, 2015

Resipi : Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Utk Ramadhan ke 4 & 5

Hari  Ahad ramdhan ke 4 kita berbuka kat rumah mak. Actually pagi tu g pasar restok barang dapor. Pastu terus la lepak rumah mak kita sampai berbuka.

Petang tu kita bt kuih onde2 gula melaka ni, gigih cr gula kabung hehe sbb mmg dah lama nak bt tapi ye la kalau bt kat rmh sndiri sape je nak makn kang.. Bila kat umah mak bt ramai sket org tukang makan...


Ayam masak merah mak masak.. Ayam masak merah mak mmg paling EBST la... hihi asalkan masakan mak sure yg terbest kan, tak kira la simple je pun.


Pastu dipadankan dgn gulai cili padi udang campur rebung.  Rebung ni mmg peberet saya la, tapi kene pandai cari, cr rebung kampung, lembut isi die.. kalau rebung Thailand yg bulat2 tu kita tak suka, bau busuk dan keras.... selalu rebung ni saya beli kat kedai sayur kampung kat pasar pudu.


Seterusnya menu berbuka puasa semalam.. Sekejap je dah masuk 5 ramadhan. Smlm balik keje sempat la masak.  Buat pengat pisang + barli hehe actualy saya saja campur barli sbb barli tu milk boaster saya. Bulan2 puasa ni susu badan merundum sebab minum air kurang. huhu..


Sambal sotong.

Menu ni pestime buat. Alhamdulillah sedap. Cencaru sumbat sambal kelapa. Perghhhh ni yg membangkit selera skali...



Resipi nak bt inti sumbat tu gini ye.

1. Bawang merah sebiji (separuh blend, separuh hiris halus)
2. Serai 2-3 batang
3. Cili besar 4-5 biji
4. Belacan sket
5. Air asam sket
6. Kelapa parut

Cara buat.

1. Memula kisar serai, bawang yg separuh td, cili belacan dan masukkan air asam jawa skit dan garam. Kisar tak payah hancur sangat. Sy guna hand blender, jadi die macam hancur kasar2 gitu.
2. pastu gaulkan dengan kelapa parut dan bawang hiris td. Kalau kurang masin tambah garam sket.
3. Sumbekkan dalam ikan yg dah dibelah tadi hehehhee...



Wiken Gateway @PNB Darby Executive Suite

Sebelum puasa aritu, saja bawa bebudak g dok otel relex. Area KLCC je kehkehkeh... Ok la, jadi la kan, janji dapat duduk otel... Bebudak dapat dok hotel, seronok dah.. Pastu ada swimming pool, kalau ada bath tub extra poin la kan....

Masa masuk je bilik PNB Darby Suite ni, tergamam iols... Besau nya. Rupanya dia ala macam service ampartment, tapi satu bilik je. Siap hall, kitchen, dapor, peti ais, microve pon ado ok...

Ni dalam bilik. Ada satu bilik je, dalam bilik ada TV ada toilet yg ada bathtub.. Wah memang kesukaan kekanak la... Memula Rayyan ronda depan dlu, jmpa toilet kat pintu masuk.. Toilet tu takde bath tun, hati dah sedey mamat tu, takde bath tub kan.. Hihi...


Pastu ronda dalam bilik, die cek toilet bilik .. WAHHHHHHH..

Tu nampak muka ada senyum.. kehkeh, nampak bathtub terus menggelupur nak mandi. Gini la kekanak, takyah bawa jejauh, bawa g tempat ada bath tub ada swimming pool mmg dah happy dah. Senang je nk meet satifaction diaorg. Kita yg tua bangka ni je banyak songeh selalunya :)


Bath tub yg menjadi idaman.. Mama pn amek peluang berendam bila anak2 dah tido.. Bukan selalu dapat peluang ME TIME gitu. Dapat rileks2 gosok daki kehkeh..


Ni belah hall... siap meja makan ha...


Kitchen..


Toilet kat luar..


View malam dari tingkap bilik. Hotel ni dekat je ngn KLCC, boleh jalan kaki...Kononnya malam tu nk g tgk midnite movie la kat KLCC, sudahnya kensel seme.. Sebab bebudak dok mandi bath tub sampai kecut pastu kepenatan, kemain awal lagi Sumayyah dah lena ke bulan...



Mandi bath tub sampai kecut takmo kluar budak ni.. Ee rasa nak picit je tau.


Disebabkan kemalasan pun melanda,,syiok tgk movie pastu bebudak pon dah lena malas nak ganggu, kita order room services aje la.. Order nasi goreng kampung tak pedas sbb rayyan nak makan, lapo katanya. Ngn milkshake Mango...


Monday, June 22, 2015

Special on Wiken

Bila hari keje kita masak simple2 je sbb nk cepat so ms wiken kene la spesel skit... Spesel pn takde la spesel sangat... Msa hari  Sabtu kita decide nk bt nasi arab Mandy Kambing pulak.. Sebelum ni dah byk kali try ayam, kali ni try kambeng hehehe....

Pukol 2 dah stat masak, sbb dok umh ni penat lain macam.. Ye la bebudak tak puasa, kene prepare bekpes, lunch diaorg jugak.. Sudahnya kita ni dok telan2 ailio tgok diaorg makan takpun suap diaorg makan. Yg adik plak bila makan je habes sepah rumah dr dapor ke depan, kene mop lantai ntah bape round.. Aih la.. Tu yg cepat energy habes. Kol 5 je dah terbaring sampai kol 7 hahaha papa dia balik keje take over plak jaga bebudak.. mama nya dah tergolek kepenatan.


Kambeng Mandy.. Kita bt berkuah skit sbb Rayyan suka berkuah.


Nasi arab Mandy.. tp nasi kali ni melekit dan tak cantek berderai sbb saya tak guna brasmathi hihi guna beras biasa mmg gini ler ajdiknya.. Masak nasi arab atau seangkatannya kene guna brasmathi baru cantek seketol2 gitu...


Salad tomato... Sos s alsa malas buat. Makan ngan sambal hitam je sbg pengganti hahhaa..


Pastu bt kari daging. Bg berkuah kan...


Licin........... Alhamdulillah, masak seme habes makan. Takde buang2.


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails