Hari Ahad ramdhan ke 4 kita berbuka kat rumah mak. Actually pagi tu g pasar restok barang dapor. Pastu terus la lepak rumah mak kita sampai berbuka.
Petang tu kita bt kuih onde2 gula melaka ni, gigih cr gula kabung hehe sbb mmg dah lama nak bt tapi ye la kalau bt kat rmh sndiri sape je nak makn kang.. Bila kat umah mak bt ramai sket org tukang makan...
Ayam masak merah mak masak.. Ayam masak merah mak mmg paling EBST la... hihi asalkan masakan mak sure yg terbest kan, tak kira la simple je pun.
Pastu dipadankan dgn gulai cili padi udang campur rebung. Rebung ni mmg peberet saya la, tapi kene pandai cari, cr rebung kampung, lembut isi die.. kalau rebung Thailand yg bulat2 tu kita tak suka, bau busuk dan keras.... selalu rebung ni saya beli kat kedai sayur kampung kat pasar pudu.
Seterusnya menu berbuka puasa semalam.. Sekejap je dah masuk 5 ramadhan. Smlm balik keje sempat la masak. Buat pengat pisang + barli hehe actualy saya saja campur barli sbb barli tu milk boaster saya. Bulan2 puasa ni susu badan merundum sebab minum air kurang. huhu..
Sambal sotong.
Menu ni pestime buat. Alhamdulillah sedap. Cencaru sumbat sambal kelapa. Perghhhh ni yg membangkit selera skali...
Resipi nak bt inti sumbat tu gini ye.
1. Bawang merah sebiji (separuh blend, separuh hiris halus)
2. Serai 2-3 batang
3. Cili besar 4-5 biji
4. Belacan sket
5. Air asam sket
6. Kelapa parut
Cara buat.
1. Memula kisar serai, bawang yg separuh td, cili belacan dan masukkan air asam jawa skit dan garam. Kisar tak payah hancur sangat. Sy guna hand blender, jadi die macam hancur kasar2 gitu.
2. pastu gaulkan dengan kelapa parut dan bawang hiris td. Kalau kurang masin tambah garam sket.
3. Sumbekkan dalam ikan yg dah dibelah tadi hehehhee...
No comments :
Post a Comment
Pstttt.. Tekiu ya!