Kejap je dah masuk 7 ramadhan. Alhamdulillah masih berjaya lagi masak utk Iftar. penat sikit lah. eh penat banyak kot Hahaha. sampai rumah kol 6, lutut dah gigil kelaparan tapi gigih la masak simple. Kita lagi puas makan masak sendiri, beli mahai lah. Pastu kalau beli pun rasa lauk tu tak memuaskan hati. Huhu org cerewet gini ler.
Semalam menu kita 4 ni. Sambal petai tu beli kat cafe opis, banyak tu RM2 tapi macam saya kabo td, tak sedap oi. Hasben pun cakap tak sedap. Lepas ni jgn beli lagi katanya. Muahaha OK bini masak lg sedap Kehkeh.. tu pepandai tambah sendiri ayat tu, hasben bukan jenis puji masakan saya pun. Tp dr cara die kita tau la, bila makan bertambah. Pastu suruh masak even boleh je beli.
Menu spesel saya buat semalam AYAM BAKAR PERCIK. Memang ni la kalai pertama bt setelah 31 tahun idop hahah dlu dok umah mak pernah la buat tapi mak la yg setelkan seme kita makan je. Kali ni rasa nak try buat sendiri, resipi tanya kekawan and gugel blog2 masakan yg lain...
Meh kita share cane nak buat ayam percik panggang ni
Bahan Bahan Utk perapan ayam:
1. Bawang putih
2. Halia
3. Garam
- Blend/ tumbuk bahan kat atas dan perapkan ayam dalam 20min. Then bakar sampai half cook gitu dalam 20min suhu 200 darjah.
Bahan utk sos percik
1. Bawang kecik 4 ulas
2. Bawang putih 3biji
3. Halia seinci
4. Lengkuas seinci
5. Serai 2 batang dihiris halus
6. Garam
7. Asam keping
8. Gula
9. Cili kering 4 tangkai
10. santan
- Memula blend bawang kecik, halia, bawang putih serai dan lengkuas dan cili kering sampai halus.
- Panas kan minyak dan masukkan bahan yg diblend tadi, masak hingga naik bau dan garing.
- Masukkan santan pekat dan asam keping. Asam keping ni kejap je tau masukkan, bila dah rs masam2 skit keluarkan. teruskan mengacau hingga kuah tadi menjadi pekat likat
- Masukkan garam gula.
- Kalau kuah dah pekat, dah masak la tu...
Bila kuah dah masak, boleh la tuangkan kuah percik ke atas ayam yg dah halfcooked tadi, lepas tu masukkan balik dalam oven lg 20 min... Nnt nmpak kuah dan ayam tu dah sebati .. Bau memang sedap la.....
Siap. Sedia dimakan. hehehehe
Ayam percik mmg menu wajib bln pose tp yg kuah Putih style klate la..vkend ni baru nk buat sbb blk berbuka kt kampung nanti
ReplyDelete