Sebelum Syawal ritu agak huru hara jugak, keje kat opis banyak mmg plan patut hari Rabu baru saya cuti sbb Khamis br nak balik kampung. Tapi dijadikan cerita Rayyan demam seminggu sebelum Rayyan.Demam je, selsema batuk semua takde. Risau jugak, sbb selalu bila demam takde selsema batuk ni sure demam virus atau demam kene jangkitan pape... 2x bawa g klinik tak baik2, malam pun demam panas mencanak. Tak tido malam kami laki bini, dok bergilir jaga anak. Pantau suhu, ada la 2x masuk ubat bontot sbb panas melampau. Selalu bila masuk supp kejap je dah kebah tapi ni jenis demam tak kebah2.
Sebab pk dah nak raya, pastu dah lebey 3hari demam masa tu terus bawa g hospital cek darah. So hari Isnin tu saya cuti la bawa g hospital. Result darah masa tu platlet drop tapi bukan denggi. Doc takde la nak admit wad. Doc suruh datang cek balik hari Rabu. Hurm lagi sehari je nak raya tu. Hari Rabu tu terpaksa la amek cuti lg sbb nk g hospital. Kita jenis malas nk half day ni sbb urusan hospital, kita tak tau lama mana masa amek.
Hari Rabu bacaan platlet makin drop. Waduh kita dah susah hati time ni. Plan asal nak balik kampung lepas sahur besoknya. Paed pun agak risau sbb platlet keep drop, cuma tengok Rayyan still aktif so lega la di situ. Paed kabo kalau boleh hari Khamis pegi cek darah lagi and cek utk denggi lagi skali sebab denggi ni kadang2 lain2...Ada yg boleh detect awal, ada yg lambat detect nya. Paed nk refer je ke hospital berdekatan kat kampung, last2 lepas bincang laki bini, kita org agreed utk datang hospital yg sama (pantai cheras ) utk cek darah lg besoknya. Kira delay la balik kampung. Tapi doc dah pesan kalau Khamis tu platlet drop lagi, mmg admit terus and kami beraya hospital la.. Dah pasrah je masa tu, kesihatan anak lagi penting, raya dah jatuh nombor ke bawah dah.
Adik peneman abang amik darah. Abang penakot amek darah, melalak2 padahal doc cucuk hujung jari je pastu picit sikit2 bg kluar darah.
Anak manja kesayangan mama.. Abang Rayyan!
Ini buchuk macam papa dia..
Balik pd cerita, kol 9 kami dah sampai hospital g amek darah. Lepas tu terus balik kampung, doc akan call utk bitau result darah.
Alhamdulillah dalam tghari kol 1 gitu doc call bitau platlet dah naik, so die tak bt la test denggi. Ya allah time tu lega sangat rasa, even masa tu Rayyan still demam lagi cuma takde la melepet. Elok je dia main ngn sepupu2 yg lain. Tapi keep bg ubat sbb kalau missed ubat mulalah badan jadi dedar balik nk demam. 10 hari jugak Rayyan demam, doc kabo maybe virus fever.
Masa nk naikkan platlet tu, saya bg Rayyan minus air fresh oren yg peel fresh, miute pulpy tu. Ada kawan bg tips gitu, nurse pun kabo gitu. Maybe sesape boleh try lepas ni, bebudak kalau demam air suam mana nak sangat, dapat air oren gitu mmg laju la kan...
Memang risau kan klw anak anak tak sihat ni
ReplyDelete