Last week hari Rabu kami laki bini amek cuti sbb nak setelkan hal baju raya bebudak. Memula ingat saya je cuti sorang, skali hasben pun join, kebetulan plak gomen dah dapat bonus kan. Ha bagus la, senang skit sbb beli baju melayu rayyan ni, kene bawa dia skali sbb risau kepala tak muat. So pagi tu dalam kol 8 lebey kluar rumah sbb nk sampai awal kat Jalan TAR, takmo bersesak2.
Budak yg ceria bila nak g jalan. Skang dah pandai bergaya dah, nak kluar je amek beg silang die, cermin mata, kasut.. Ni skang dok minta jam amboi mcm pandai sgt nk tengok jam tu ye dik...
Kat Jalan TAR kami paking kat coleseum je, pastu trs mask jalan ke bazaar sbb misi nak cari baju melayu hehehhe.. puas gak ronda sampai ke Mydin, nampaknya harga baju melayu tahun ni mahai. Ke sebab awal lagi masih ada lagi 2 minggu nak puasa. Tahun2 lepas ktorg p dah dekat nk raya, so penjual bt harga runtuh. Tahun ni sbb takot size rayyan habes sbb size bebudak kan cepat je habes nya, pastu nk cr sedondon lak ngn papa die. Most baju melayu dewasa harga RM100 ke atas, tak dapat dah bawah 100.
Lenggang gila, seronok jalan. Sumayyah pun kami bawa jugak hahha tapi dok dalam baby carrier la. Senang. Kalau lepas, haih berlarian la dalam bazaar ni.
Dalam beg Rayyan tu ada bekal biskut ngn air masak. Hihi tengah2 jalan boleh plak rayyan rikuest nk makan biskut and minum air, ha die g makan tgh2 org ramai tu. teguk2 airlio kami yg berpuasa ni nengok hahaha.
Masuk satu kedai ni sbb kain sedap harga sama je, minta kurang pn tak dapat. Beli 2 psg baju melayu rayyan ngn papa RM160. Pergh mahai.
Lepas setel beli baju melayu terus kami balik hahah, malas la nk jalan. Bazaar ni pn jual benda yg sama je pun. Takde beza tetiap kali raya hihi..
Pastu hasben tanya apa lagi tak cukup nak beli. Tinggal kasut raya adik. Terus kami ke JJ cheras Selatan. JJ je la ye dik, malas nk ke Payless shoes ke apa.
Sampai JJ cam biasa la kene pow dlu ngn menan ni... Pastu trs g pilih kasut.
Dapat dah pilih kasut. Siap beli, beg tu nak pegang sndiri. Takot sangat kita amek kasut die.
My little shopper. Balik rumah dah bape juta kali try ntah kasut die, kemain la suka. Ohh kasut tu adik pilih sndiri tau, siap cakap "TIKKKKK" hahhaha...
Setel dah kelengkapan raya anak2. Mak bapak apa adanya je la. Takyah nk beriya sangat hihi zaman gawat ni elok la kita berjimat apa yg patut.
Akk pegi jalan tar hari tu hari jumaat malam sabtu. Pun sesak jugak. Nak cari sampin anak semata. Lepas dapat terus balik. Tak sanggup nak jalan sampai hujung bazar tu. Pengsan.
ReplyDelete