Chewah tajuk.
Lama rasanya menyepi dari dunia belog. Memula sepi sbb bizi. Sumpah Ya allah bizi sungguh tahun ni sbb kene handle satu projek besar.
Yg keduanya rasanya ramai yg tidak tahu, senang cerita semua tidak tahu la kecuali rakan2 terdekat dan opismate beberapa ketol. Tahun ni memang murah sungguh rezeki saya, pada awal tahun saya dapat increment gaji yg tidak disangka, banyak jugak pada saya jika dibandingkan tahun2 sebelum ni. Seterusnya bonus yg tidak sangka jugak, seperti biasa la company besar bonus based on KPI, so saya tidak la mengharap KPI yg gempak walaupun tahun lepas macam org gila jugak menyempurnakan projek dr status -TIADA- sehingga la ianya menjadi realiti dan kini boleh digunakan oleh syarikat kami untuk serve customer. Bila dapat tahu result KPI saya, ya allah , nikmat yang mana Kau dustakan. Asalkan kita ikhlas bekerja tanpa mengharapkan apa2, insyallah akan Dia salurkan rezeki melalui situ. Bonus paling banyak saya pernah dapat sepanjang 9 tahun berkhidmat di sini.
Dan rezeki yg paling hebat Allah bagi pada saya pada awal Mac. Masa tu period saya delayed dalam seminggu tapi saya bt rilek je, maklumlah mmg tgh family planning so takde la igaun ngeri ke apa. Punya la konpiden. Saya lupa plak segala yg berlaku ketentuan Alllah. manusia hanya mampu merancang. Mmg family planning kata 99% berkesan tapi 1% tu urusan Allah lagi besar kuasanya ye tak?
Bila dah lebih 2 weeks delayed, saya dah tak keruan. Masa nak p meeting, singgah farmasi bawah ofis beli hok RM5 punya test kit. Bt simple test dalam toilet. Hasilnya.
Nah. POSITIF. Seterang2 la jalur merah tu.
Secara jujur, masa memula nampak keputusan ni terduduk jugak saya. Menagis. Bukan sebab gembira tapi in denial. Tak boleh menerima hakikat. Sbb kalau ikot rancangan saya, tahun depan baru saya nk trying to conceived. Tapi Allah cepatkan rezeki ni. Seharian jugak mood saya ke laut. Mandom kata org. Whatsapp ke suami pn merepek2 je, padahal dia tak salah pn dalam hal ni.
Balik rumah, muka monyok je. Ada sebab kenapa saya beriya2 tidak bersedia dgn kandungan kali ni. Tak perlulah saya kongsi di sini, dari segi financial insyallah tiada masalah. Saya percaya setiap anak ada rezeki tapi lebih kepada keupayaan saya untuk balancekan tanggungjawab ibu dan bekerja.
Dua tiga hari berlalu, puas suami memujuk dan bagi kata positif, menyuruh saya redho dgn segala ketetapan Allah. Ada sebab kenapa Dia memberikan kami anak ini dalam keadaan kami tak sedia ni. Naluri ibu, lama mana pun nk in denial. Hihihi. Seminggu je. Pastu dah gembira dan redho walaupun dah bermulanya perjalanan mabuk kepayang saya.
One of reason kenapa sy belum bersedia, sebab mabuk ni la. Seperti pregnancy sebelum ni yg saya lalui mmg teruk sangat maboknya. Kali ni pn apa kurangnya. Tengok la blog pn saya tak jengah. Dah asyik muntah, bedrest, muntah bedrest. Itu la perjalanan harian saya. Keje kat opis mmg agak terjejas sbb asyik MC je mujur boss memahami. Dan bersyukur suami memahami keadaan saya time2 macam ni. Segala keje rumah dia banyak bantu dari urusan kain baju, anak2 hinggalah kemas rumah. Cuma masak je la, kami tapau kedai je selama 5 bulan. Dasat kan?
Sekarang usia kandungan dah 5 bulan. Insyaallah saya akan melahirkan baby dalam perot ni di penghujung tahun nanti. Doakan yg baik2 sahaja untuk saya.
Semoga si kecil ini terus sihat membesar dalam rahim mama ya. Cant wait to meet you baby!
Muahhhh!
Jue..tahniah :)
ReplyDeletetahniah...mcm2 rezeki..ptt lama menyepi..tgh mabok2 ye..take care
ReplyDeletemacam tak perasan je perut sis dalam gambar raya kat rumah nana..
ReplyDeleteke akk tak telek betul2..hahaha
anyway happy for u..TAHNIAH!
Congrats untuk kali ke berapa eh....
ReplyDeleteeheheh jaga diri eh.
Tahniah Juelee
ReplyDelete