Mungkin anda dapat melihat anak anda
semakin membesar dan kuat, tapi pernahkan anda terfikir samada otak mereka juga
berkembang dengan baik? Berbanding dengan pertumbuhan fizikal, tumbesaran otak
agak sukar untuk diperhatikan.
“Sebagai ibu bapa, kita sentiasa inginkan
yang terbaik untuk anak-anak, oleh itu adalah amat penting untuk memahami
tumbesaran otak kanak-kanak". Justeru itu, AnmumTM Essential ingin memperkenalkan Grow Amazing, suatu inisiatif baharu berunsur
pendidikan untuk membantu ibu bapa memahami proses tumbesaran otak dan perkara
yang dapat menyokong perkembangan otak si
manja.”
Ramai yang tidak mengetahui bahawa sel
otak mula terbentuk sekitar hari ke-28 kehamilan dan setelah bayi dilahirkan, terdapat lebih kurang 100 bilion sel-sel otak yang sedang berfungsi! Selain daripada jumlah sel-sel otak, jumlah perhubungan antara
sel-sel tersebut juga amat penting.
Di peringkat awal usia kanak-kanak, hubungan-hubungan
sel-sel otak ini berkembang dengan pesat – setiap satu sel otak berupaya membentuk
2,500 perhubungan sel-sel dengan sel otak yang lain setelah si manja
dilahirkan. Apabila mencapai usia 2 atau 3 tahun, hubungan sel-sel otak ini mungkin telah
berganda sebanyak 6 kali!
Perhubungan
ini, yang juga dikenali sebagai synapse, adalah cara sel-sel otak berkomunikasi
antara satu sama lain. Pengalaman awal dan persekitaran luaran merangsang
pembentukan hubungan sel-sel otak. Semakin banyak rangsangan dari persekitaran
luaran, semakin banyak perhubungan akan
terbentuk,.
Perhubungan antara sel-sel otak ini penting kerana ia menyokong pembelajaran,
memori dan keupayaan kognitif yang lain. Aktiviti perangsang dan nutrisi yang sesuai
seperti DHA dan Gangliosida amat penting dalam tumbesaran otak.
DHA dan Gangliosida
(GA®)
terdapat dalam otak dan memainkan peranan penting dalam tumbesaran otak. DHA
membantu dalam pembentukan sel-sel otak[iv]
dan Gangliosida menyokong
pembentukan hubungan sel-sel otak. Tumbesaran otak yang pesat semasa tiga tahun
pertama amat penting dan ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari
segi emosi, sosial dan kognitif.
Namun begitu, kajian
menunjukkan 1 daripada 4 kanak-kanak di Malaysia mengambil GA® 40% lebih
rendah daripada purata pengambilan GA® dalam sehari [vi].
Selain daripada makanan berasaskan ternakan seperti daging dan telur,
pengambilan GA® boleh dipertingkatkan dengan susu dan produk tenusu. Anmum™ Essential dirumus dengan DHA dan Nuelipid untuk
paras GA® yang lebih tinggi dan tanpa gula tambahan****. Anmum™ Essential juga mengandungi prebiotik
FOS dan Inulin. Persekitaran usus yang baik adalah penting untuk penyerapan
nutrien yang efektif. Selain itu, Anmum™ Essential juga mengandungi vitamin dan
mineral yang penting untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.
Ketahui cara untuk menyokong
tumbesaran otak si manja anda dengan Grow Amazing dan pelajari Fakta Menarik
tentang otak kanak-kanak di
Woww! Tq sharing info ni. :)
ReplyDelete