Entri ni penting setiap tahun. Entri persekolahan anak2.
Tahun ni mama dah boleh join 1st day school, tahun lepas dalam pantang kan. Tapi tahun ni abam dah darjah 2. Dah senior, jadik takde la risau sangat mama. Kakak plak risau skit, sbb kita tukarkan dia sekolah. Dlu kakak tadika dekat taska Rayyan transit tapi atas sebab2 tertentu so kita tukarkan dia ke kindy lain. Kindy baru ni tak sama jalan ngn taska baby dan sekolah abang so pepagi kene pusing 2 route. Mmg agak hassle la, sbb taman rumah tu jem melekat pepagi even dalam kawasan rumah je pun. Kalau hujan pagi, lagi la melekat kaw kaw jem nya. Huhu runsing jugak memikir asalnya. Kalau maintain tadika lama senang satu jalan hantar, tapi bila pk bab lain tu rs macam nk tukar. Lepas puas pikir, kita pn decide laki bini tukar je la, takpe la susah skit kan.
So thats it Mari lihat hari pertama anak2 ke sekolah.
Pepagi dah keluar rumah nak avoid jalan jem. Adik kita hantar taska. Abang hantar sekolah agama, transit taska, naik bus g SK. Sumayyah cuti arini sebab dia start sekolah masa hari kedua. So arini dia follow je la mama.
Lepas hantar abang, balik rumah masak kemas rumah dulu...
Kat sekolah agama macam biasa la hari eprtama, bayar yuran, duet buku. Tahun lepas tugas ni papa take over, tahun ni mama plak. Tahun depan tak tahu lg. Yg pasti tahun 2020 ada 2 org yg berlainan sesi nak masuk sekolah. Eh 3 org wei hahhaahaha. Sure hectic. Tunggu je la if panjang umor.
Lepas setel bayar yuran boleh alik rupanya so tghri mama la hantar p SK. Kita hantar je, takde nk jenguk2 dah. Dah darjah 2 kan dah pandai bawa diri.
Hari kedua mama masih lg cuti untuk hantar little gurl plak g kindy baru. Sumayyah tahun ni akan kindy di Al Bagdadi playtime Center. Sejak Rayyan masuk kelas hafazan ritu, kita jatuh cinta plak ngn sistem pembelajaran Al Bagdadi ni. Kagum dgn kelas hafazan dia. Harapnya Sumayyah by the time habis belajar kat sini banyak surah yg dia dapat hafal.
Bukan setakat belajar hafazan je, subjek yg lain pn ada jugak BM, BI , Math dan life skill. Lagi satu Al Bagdadi ni bukan day care tau, kiranya kelas dari pagi sampai tghri lepas tu rehat lunch-nap-refresh and then petang ada jugak kelas. Kelas reading, hafazan, atau pretend play gitu. Bukan la lepak je tengok TV or doing nothing. Rasa agak manfaat gak la masa tu kan sampai ptg.
Impress nk pulak budak ni pakai tudung dah 3 minggu sekolah. Kalau sekolah lama tak hingin dia pakai padahal kene pakai jugak hahhaa
Dalam kelas 5yo ada la dalam 8 org mcm tu. Takde la ramai sgt so senang cikgu nk fokus.
Tghri cikgu wasap ank tudung dah jd mcmni pulak... hahahah... Skit lagi dah tutup muka dah.
Setakat ni dah 3 weeks sekolah setiap minggu mesti papa ada punchcard merah sbb hantar byk tmpt ni. Kadang dah try keluar awal tp tetap lambat sbb kita drive, mmg jadik slow la bila kete byk jem melekat. nak lagi skang pepagi selalu hujan. Smg allah mudahkan lah hari2 kami setiap pagi.
mmg wajib ada entry ank2 sesi masuk persekolaahn...bole tgk kenangan tiap2 thn...
ReplyDelete