Thursday, November 26, 2015

Ikea Cheras dah buka

 Yeay.. Finally Ikea Cheras dah buka... Ikea ni mmg sekentut je la dgn rumah mak kita. Dlu Jalan Cochrane ni rumah famili kita, ktorg dok situ bertahun2 ada kuarters gomen kat situ. Pastu lepas bersalin Rayyan, kira sempat la saya berpantang kat situ. Dalam 5 thun lepas, diaorg kosongkan kuarters, robohkan lepas tu bt la construction, tengok ada Mall, ada MRT and terbaru Ikea ni ha...

Last week Khamis, Ikea bt opening launch. Kebetulan kita cuti, ajak la mak terjah. Anak2 seme antar ke sekolah masing2 hihihi..

Pagi2 kol 8 lepas bw mak kita g clinic amek darah terus g Ikea, mak aiii terkejut kita ramai betul org dah beratur. Agaknya selepas  Subuh diaorg dah datang. Kita ni saja nk melawat kawasan, takde pn nk beli pape...


Nampak tak crowd dia macam mana? Ramai org dok borong sofa RM 199 masa opening, kita takde beli pun...

Misi kita sebenarnya nak beli quilt cover single RM 19 dan queen RM24.50, malangnya sekejapan dah licin, benda offer murah kan.. Dah la quilt cover dpt sarung bantal 4 biji sape nk bg RM 24 je wei???? Kain cotton lak tu, sejuk je cadarnya... bila kita smpai tempat tekstil tu dah tinggal bakul je... Nampak tak cadar english style yg tergantung tu? Cadar tu la yg kita nak rembat. Tapi malangnya dah habis, org Ikea kata besoknya depa restok.. 

Huhu Frust mokcik, terus kluar tapau karipap, ajak mak balik umah hihihi....


 Kita tak amek gamba dalam Ikea sbb ramai sgt org, serabut kita rasa. Kita mmg g kejap je sbb dah aim cadar tu kan malangnya dah licin.. Sampai umah, mak kabo ke jiran2, rupanya jiran mak pn tak dapat beli cadar so diaorg plan besoknya tu hari jumaat pepagi nk g sana, terus tuju tempat cadar tu... Kita pn kirim la ke mak cadar tu 3 set hehe 2 set single, 1 set queen utk bilik tetamu.. Bilik kita katil King so mmg tak suai la....

Tapi........

Kita beli hok mahai skit utk bilik kita heheh dah lama nak beli sbb kita ada je set quilt beli masa bilik pantin dlu tapi tak eprnah lak beli set cover quilt ni... Kali ni beli la selai hehe pasni memandangkan Ikea dah dekat ni boleh la sebulan beli satu set quilt hihihihi...


Balik rumah terus pasang.. Amacam? Cantik tak? ....



1 comment :

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails