Wednesday, January 17, 2018

Pre- Vacation : Persediaan sebelum Fly ke Perth Australia Bersama 2 toddler 1 infant

Peh kemahen tajuk.

Actually trip vacation ni agak mencabar bila dgr kami akan travel dgn 2 toddler yg masih belum pandai mendengar arahan , dan seorang infant yg dalam fasa explorer.

Memang agak berani jugak rasa nya kami ni gamble bawa bebudak ni naik flight jejauh. First time bg anak2. Dan first time jugak bg mama bawa korang jalan jauh mcm ni, selalu kita travel dalam Malaysia je.

Bila bawa anak2 ni paham2 la, kene fikir segala Plan A, Plan B, kene bawa segala keperluan mereka.. tak boleh la nak bajet2 backpackers sangat macam zaman single dlu. Single dlu travel bukan utk selesa tapi lebih kepada nak explore. Bila zaman baranak pinak ni, travel have to be FUN sbb nk jaga mood semua org. Kalau salah sorang cranky, akan spoilt la the whole trip. Sbb tu saya mmg plan every single detail, itinerary pn berbulan2 saya buat. Survey dan siap tgk google map semua, nak pastikan back up plan ada if anything happen.

Alhamdulillah, allah permudahkan percutian kami. Anak2 seronok, kami pn seronok dpt spend masa dgn diaorg. So sy akan share dengan readers all the tips, itinerary dan persediaan yg perlu.


1. Flight Tix.

Nak travel sure la kene beli Flight Tix kan. Hehe in my case, memula plan asal beli tix ke Korea, skali pregnant la pulak. Tak boleh nk fly so penyudahnya saya claim bk ticket and dpt refund dr AA. Dr emoney yg dpt dr refund tu, saya beli tix flight ke Perth utk kami berlima.

2. Visa.

Untuk masuk ke Australia, kita perlukan elektronik Visa. Tak sama macam visa US atau China yg kene tampal kat Passport tu. Visa Aussie ni elektronik je, via email je. Tapi kalau takde visa ni, tak boleh nk boarding flight ya.

Saya buat visa ni dgn agent RM20 per pax. Pagi hantar info, petang dh dpt ETA Visa nya. My advice, buat la visa ni seawal 2-3 bulan sbb byk jugak kes visa application  kene reject. Sbb kerajaan Aussie takot ramai yg masuk nk keje as immigrant. Kalau kene reject ada la masa nak appeal kan.

Ni sample ETA visa. Online je semua, via emel. Masa nk boarding tak perlu bawa pn. Semua dah auto connecting dlm sistem.  memula risau gak, sbb dlu visa saya g US ngn China semua siap tampal dalam paspot, cara oldskool hahhaha.

Visa ni valid setahun jd kalau dlm masa setahun ni sy nk pegi Aussie lagi boleh la guna, dia tak based on entry kemasukkan macam visa China.




3. Pakaian yg sesuai.

Aussie ni bukanlah macam Europe tapi tetap ada 4 musim. Jadik kalau bawa anak2 silalah bawa pakaian yg bersesuaian dgn cuaca. Cek weather kat sana sebelum fly ok. Macam kami pergi time Spring, sejuk jugak dalam 8-14 degress.

4. AirBnb/Hotel

Yang ni terpulang la pd individu kan, mcm sy sewa airBNB sbb di Aussie ni akan straight bilangan perpax utk hotel stay. Lagipun, kami nak masak jadi kalau amek AirBNB agak mudah utk kami masak dan selesa bg anak2. Sebabkan percutian kami agak panjang dan kami explore Perth dr Bahagian Utara ke selatan jadi kami pilih 2 tempat penginapan,, satu die Secret Harbour southern Perth and lagi satu die East Victoria Park CBD.

Sesape yg nk book tru AirBNB boleh register tru link ni and dapat diskaun dr saya sebnyak RM 105... www.airbnb.com/c/julianaa3014  banyak niiiiiii..

Bt pengetahuan, kat Mesia pn ada host terutama kondo yg mahai2 area KLCC macam raglia tu, kita boleh sewa tru AIrBNB kalau setakat nak wiken gateway. CHeaper dr hotel and boleh bercuti beramai2. So gunakanlah vocer RM 105 yg saya bagi tu.


5. Kereta Sewa

Sbbkan Perth ni attraction tourist dia tempat jauh2, jadi kami kene sewa kereta utk memudahkan perjalanan. Kalau setakat town tu mmg boleh cover by TransPerth (LRT) tapi kalau nk jejalan outskirt better la sewa kereta. Tapi saya suka roadtrip sbb view kiri kanan mmg cantik, tak rugi. And lagi satu senang nk berenti amek gambar hehehehe. Saya sewa kereta dr Aries Rental Car. Boleh bt booking sebelum travel, Pastikan beli insurans agar apa2 hal kita di cover. Cost kat sana kan mahal, jd sediakan lah payung sebelum hujan. Untuk yg ada anak2, kat Aussie ni wajib pakai carseat atau boaster seat utk anak bwh 7 tahun. Macam kami sewa la 3 carseat hehhe memang menambah kos sewa kereta la, tapi terpaksa la ikot undang2 kan. 

Undang2 jalan raya kat Perth ni sangat ketat ok, jgn la tak pakai car seat, main hp, atau bawa lebih dr speed limit. Mmg jenuh kene saman nnt. Kat sini highway speed limit hanya 80km/hr hahha ko bayangkan la macam mana mengantoknya org yg drive.... Highway dia tak macam kita ada RnR apa semua, kiri kanan pokok, ladang lembu, ladang anggur, so mmg tgk view aje la... Kadang tu kami malas lalu hiway, kami masuk jalan kampung2 skit, best layan view tgk rumah2 orang.

6. Makanan

Kami bawa banyak jugak bekalan maknan dr Malaysia. Tapi dengan syarat semua kene declare ye. Imigresen Aussie sangat la strict, sebarang produk tenusu tak boleh bw masuk. Mujur takde anak yg minum susu, jadi kami bawa Tuna, spageti, beras, roti, biskut anak2 dan macam2 lagi. Tapi bila sampai sana, barang maknan die ni murah je weiii... Beras basmathi AUD6 je 5kg. Dah convert lagi murah dr Malaysia. So kalau tak bawa pn tak pe la, korang g la borong kat SPudshed, woolsworth, Coles atau IGA... Nanti  saya share mn nk dpt halal meat and chicken utk masak ye.



7. Ubatan

Ubatan ni mmg penting bila travel dgn anak2. Sy bw segala mak nenek minyak angin. Masa 1st day sampai sbbkan perubahan cuaca, ms tu cuaca sejuk sgt. malam bebudak dah start dedar badan, cepat2 bg ubat. Alhamdulillah cepat kebah besoknya dah boleh g jalan. Hehehhehe...

8 Vaccine

Sebabkan bawa anak2 sy amek vaccine utk travel bg anak2. Bukan apa, kita pergi luar negara macam2 org, and takot antibodi anak2 tak tahan dan senang dijangkiti. Jd sebagai langkah berjaga2 saya vaccine bebudak dgn tamiflu lgpn ms tahun lepas Aussie tgh breakout Flu diasease. Vaccine kene amek 4-6 weeks before travel utk effective sepenuhnya ya.






2 comments :

  1. best kan perth? rasa nak pegi lagi.. sopim lagi.. ngeee

    ReplyDelete
  2. details dan blh tau utk ke ausie perlukan perancangan yang snagat rapi..dan duit pun mesti banyak jugak ni...hahahahaha...so kena menyimpan dr skang kalau nak bwk family ke sana..tq for sharing ye julie

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails