Friday, January 19, 2018

Trip Perth: Ke Secret harbour Southern Perth

Ni la keadaan dalam kete sewa kami. 2 car seat kat belakang, 1 boaster seat. Agak sendat sebenarnya. Tp what to do, ni pun kami amek kete sedan kalau compact car lg la sempit. Masa ni perjalnan baru nk bermula dr Airport. Plan asal nk terus ke Caversham tp sebabkan cuaca hujan pagi tu so kami terus ke host stay kami la ke Secret Harbour South Perth. Perjalanan amek masa dalam sejam lebih jugak la. Bebudak sambung tido dalam kereta, kami bdua dok ralit bersembang je. Cuaca pagi tu mmg sejuk ya amat. Mengigil2 bila angin tiup tu.




Muka mmg pucat tanpa make up hahha. dengan anak2 ni takyah la berangan nak touch up muka ke apa. Mmg sibuk menguruskan derang, takpe la kan. Sementara derang kecik ni je, sok2 dah besar mama leh la cecantik selalu hehehe.
Dalam perjalanan benti isi minyal, kat Perth harga minyak setiap hari tak sama harga dan setiap stesen pn tak sama harga. Kalau yg area luar bandar tu selalunya mahai skit sbb stesen minyak jejauh kan. 




First time isi somi kata jakun dia kejap, sbb pesen kat sana kita isi dlu baru bayar. Betapa jujur nya la kan, haha kalau kat Mesia mungkin akan ada kes dah isi terus cabut lari hahahaha... 




Sementara husben isi minyak, kami lepak2 kat tanah lapang tepi stesen. Nampak macam panas tapi sebenarnya sejuk tu. Bebudak mmg suka la cuaca mcam ni tak terasa panas dia.




Sempat la kami posing2, view mmg lawa. Rasa mcm nak amek gambar stp angle. 



Ada bench maybe org stop makan ke apa. Sbb hiway derang takde RnR ya mostly ada bench macam ni je...




View sepanjang perjalnan kami. Memang hijau je semua. Saujana mata memandang, ktorg laki bini mmg suka la tgk scenic view mcm ni. This explain why kami pilih Perth sebagai destinasi percutian keluarga kami, sbb ketenangan dan keindahan alam dia.




Sepatutnya konon nk singgah Spudhed beli brg basah tp sebab tgk anak2 keletihan nyenyak tidor, kami teruskan je la perjalnan ke Secret Harbour. SPudshed ni kalau nk beli brg basah mmg murah berbanding Coles and Woolworth. Saya beli Tim Tam 99Sen je. Hahaha tak sampai 1AUD.



Murah giler kan.






Ni view neighbourhood rumah host Malaysian yg kami akan stay. Actually kami stay di rumah Kak Hazlina. Akak ni Malaysian tp kawin dgn org sana. And die bt sewa bilik rumah dia utk Malaysian yg datang melancong ke Perth.

Rumah dia besar ya amat, kagum kami dgn kebesaran rumah dia. Even kami duduk skali dgn host tapi tak mengganggu pn privacy kami sekleuarga. Anak2 Kak Hazlina pn ada tp semua bz sekolah. Kami bebas nak guna dapor, mesin baju, gosok baju dan paling best kak Hazlina prepare breakfast untuk kami. Sedap2 lak tu breakfast kak Hazlina sediakan. Teringat2 pancake dia sampai skang.



Gambar ni kat garden belakang rumah kak Hazlina ok, dalam kawasan rumah ye. kira garden dia la...Lawa sangat bunga2 liar yg tumbuh, ktorg siap golek2 lagi kat sini sbb lawa sangat.




Belakang saya tu bunga lavender. Ko mampu tanam lavender dalam kawasan rumah?



View rumah kak Hazlina.






Laluan nk ke bilik kami.




Saya terlupa snap gambar bilik, tapi biliknya agak spacious, ada katil king 1, and ada sofa bed queen size 1.




Agak selesa untuk kami berlima.




If tak muat boleh tido kat lantai jugak sbb ada toto , bantal dan selimut  extra Kak Hazlina sediakan. HUsband prefer tido kat bawah katanya rasa panas skit. Kalau atas katil sejuk katanya. Pagi2 bangun mmg Rayyan ngn Sumayyah tgk dah berhimpit tido ngn papa nya kat bawah. Memasing agaknya kesejukkan dok la berhimpit, pdhal dh pasang heater tu.

Kak Hazlina charge kami pn tak mahal dalam 60-70 AUD. Nnt di hujung entri sy akan sharekan kesleuruhan trip intinerary dan cost skali.




Meja makan, kami makan malam sarapan kat sini je.



Ruang menonton TV tapi kami tgk TV dalam bilik je.





Kat luar pn ada area memasak and BBQ pit. Kita boleh guna kalau nak, kata Kak Hazlina tp tak sempat pn nk guna hehehhe.. Ada guest yg ramai katanya mmg guna port memasak kat luar ni.



Amek gambar dengan bunga2 liar yg comel dan kembang mekar ni.. Lawakan? Bunga ni ada je kat MEsia tapi ngape tak kembang mekar lawa cenggini ntah la ...





Front view rumah Kak Hazlina



Pada saya kawasan ni area elit jugak la. Rumah Kak Hazlina dekat dengan Coles, Woolsworth and Target. Heheh itu yg penting. Masa ni dah refresh ourself, so nak gerak keluar g sightseeing heehehe.

Seronok anak2 masa ni, siap request nk duduk lama sbb suka umah Kak Hazlina yg cozy ni. Memang sebijik  neighboorhood yg selalu sy tgk dalam drama series omputih, merasa la tgk kehidupan harian masyarakat sana. Tgk bebudak pergi sekolah jalan kaki je, atau naik basikal.

Suka sangat neighboorhood derang, sbb satu area tu ada sekolah sendiri, community area, taman. Dan macam2 facilities la.



1 comment :

  1. As Salam Puan,

    Boleh tahu bagaimana mahu berhubung dengan Puan Hazlina? (Urusan tempat kediaman di Perth).
    Terima kasih.

    zue

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails