Tuesday, February 13, 2018

Trip Perth: Halal Food and Groceries di Perth

Okay la sebelum sambung entri lain yg banyak. Kita nak share tempat halal di Perth ni. Kat Perth ni agak senang carik restaurant halal kalau area CBD la. Bila ke arah Utara ia Lancelin, Pinnacle, ke arah Selatan Bunburry, Canal Rock susah skit cr halal restaurant. Paling2 kalau nk mkn pn fish and chips je la. Tapi korang boleh masak, ada jual ayam dan daging halal. Jgn risau yg ni.

HAWI

Ni salah satu restaurant halal di Miraabooka Perth. Restaurant ni belakang Masjid Miraabooka je. Ada jual beriyani, charcoal chickn and charcoal lamb ribs.


Ni portion menu yg kami makan, besar ni, satu set leh share berdua. Tapi saya kureng skit food kat Hawi ni sebab pedas, bukan la tak makan pedas, tp ni pedas rempah. Mmg bukan faveret la. Heheh sbb charcoal chicken ni ada yg lagi sedap dan faveret dr Hawi ni.



Tips nk cari makanan halal, kalau area tu ada masjid, senang la jumpa maknan halal.  Berdepan dengan Hawi ni ada IGA. IGA ni macam Giant gitu la. So kita masuk dalam tu lepas makan saja nk ronda2. So situ mmg jual banyak barangan halal, masa kat situ pun kami jumpa ramai muslim. Muslim afrika, muslik indonesian, china muslim. Multi culture gitu, sempat la sembang2 beramah mesra. Kita g negara org ni jgn sombong, tegur je if seagama tu. No harm. Org local sini pn peramah bila bayar tu, cashier mesti tanya "hows your day Mam".. Terus sejuk hati nk bayar.



Ni antaranya pizaa halal. Nampak x cop halal tu, boleh la beli and panaskan di rumah kalau malas nk keluar or masak ke apa. Pizza Chicken lagi tu.



Ni plak ayam halal. Kalau dekat Coles, atau Hypermarket yg lain ayam yg halal brand LilyDale atau Steaggles ye. 2 brand ni je yg halal dan boleh dibeli.


Dekat sebelah IGA ni ada Chemist warehouse, kat chemist ni perfume memurah. Tapi kita bukan perfume collector, perfume yg ada pn tak pakai maka tengok je la hehe takde menabur duet kat sini.



Ni plak kedai maknan halal area Freemantle. Masa ni kami jejalan pusing town Freemantle. So jumpa kedai Temasek ni. 



Disebabkan lapar bila berjalan tu, kami stop by mana2 kedai halal yg kami jumpa, one of it ni la dia Ali Baba 40 Dishes Cafe di Freemantle. Menu berasaskan Mediterannean la kan.



Kami order fish and chips, sedap fish and chips dia.



Yg ni lupa dah apa nama, tapi sedappp... Roti tgh dia da sayur, cheese and daging...



Husband amek berger. 



Jalan2 lagi pastu penat, benti minum kopi2 and jus dan makan Street Churros yg famous kat sini. Boleh tahan sedap Churros dia ni.




And next kedai makan Daniella Charcoal chicken. Tema menu sama macam Hawi tadi, tapi Daniella ni lagi sedap, kita bagi full star kat Daniella ni. Masa ni ktorg tapau je makan kat bilik sbb Wafiyya tido so malas nk keluar makan. Tengok la lamb ribs die, ya allah menjejes airlior tgk.


Daniella ni tutup hari ahad, masa kami tapau tu hari Sabtu, besok tu nk p makan lg tengok tutup. Frust giler. Sbb Isnin tu dah flight balik, mmg tak sempat singgah. Dapat la rasa sekali je makan kat Daniella ni.



Ha ni la dia brand ayam halal LilyDale. Yg fresh segar ada, yg dah roasted pun ada.



Lagi satu kedai makan yg ala2 Hawi dan Daniella ni nama dia Charcos Charcoal Chicken. Charcos ni kedua sedap selepas Daniella. Hihi so korang kalau pergi Perth try la tiga tiga kedai ni, tp paling recemended Daniella Charcoal Chicken la..



Salad yg boleh dipilih sbb menu die ayam/lab dengan 3 side dish. hehhe selalunya ktorg mmg amek nasi, crab seafood salad, lagi tgk mana2 yg sedap....







Portion yg sangat besar... Dan boleh makan berempat kdg tu siap tapau pulak. Sini nak tapau senang je, die mmg dah sediakan bekas so kita amek and masuk bekas sndiri.



Ni ayam sbb sumayyah nak ayam konon, last2 bungkus jugak.



Ni plak D'Angkasa restaurant, kitaorg tak try makan sini sbb menu Malaysian hihi kitaorg mkn yg memang femes kat sini je dan tak jumpa kat Mesia.



No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails