Friday, April 6, 2012

kasut idaman hati

HA.. Inilah dia kasut Clarks idaman hati. Dah berpuluh kali keluar masuk kedai Clarks ni belek-test-try tapi idok beli2. Ate, udah regenye RM348. Grrrrr mengigil dengar. Tapi bila pakai selesa ya amat! Macam kaki ni di selaputi kusyen empuk. Siyes. Berpuluh2 kasut Clark yang aku dah try, ni paling best. Yang lain tu selesa la jugak, tapi yang ni memang selesa berganda2. 


Sebelum ni kasut aku paling mahai pun dalam RM150 je. Tak koser la nak beli mahai2 kan, dah la dulu aku jenis mengumpul kasut jugak. Bosan pakai kasut yang sama je kononnye. Masa tu gile pakai heel. Lepas bersalin, heels yang ada memang terperonyok je dalam almari, kalau ada meeting ke, presentation ke. Baru la pakai heels, kalau gi site ni memang aku belasah je selipar FitFlops bese tu HAHAHA keji gile kan?

Tak kesah la, janji kakiku tak sakit. Sejak dah kawen ni, macam alergik ngan kasut tumit tinggi. Kalau wedges ok lagi, tu pun tengok jugak, ada yg selesa ada yang menambah sakit kaki je. So skang memang nak beli flat je, senang nak kejar anak, kaki pun tak sakit.

Actually aku ni ada prob size kaki comel. Memang kecik kakiku saize 4 sajok, badan plak besar. So keseimbangan tu takde. Kalau badan aku naik je, sah sah kaki akan selalu sakit, selalunya area betis, buku lali, tapak kaki memang menyucuk2 la. Cara yang terbaik solve problem aku ni, turunkan berat badan tapi bukan senang berat nak turun. Thats why la aku terpaksa gak gagahkan diri masuk kedai Clarks ni tok mencari kasut yg selesa. Tak larat tetiap malam asyik dok merungut je kat somi sakit kaki.

Hurm, dapat bonus nanti boleh la beli kasut ni. Dah tak larat rasanya nak tanggung kesakitan. Plan asal konon nak ke JB minggu depan, so boleh la singgah Clarks di JPO di JB, mana tahu dapat harga murah. Sekali, aku kene tukar site plak. Ke Penang, punah harapan nak ke JPO. So tunggu je la durian runtuh, baru beli kasut kusyen nie. Now, pakai aje la FitFlop yang banyak berjasa tu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Final say: "Saya terima pinangan kamu"

Remember my post last week? About me in dilemma? Today is the final day about my decision after dipinang orang. Eceh, ayat nak best aje. Yela, saya telah dipinang oleh seorang boss AGM untuk menjadi Manager dibawah beliau. In my company normally, the individual yang akan mencari post Manager ni and attend all the interview and the hassle process to be as Manager, but in my case I pulak yang dipinang dan di-proposed oleh big bos and the best thing is my interview session with the bosses is just a chit-chat session without any stress or knocking-head session in it. HAHAHA sangat suke sebab saya adalah sangat menyampah dengan sesi interview!

Bulan 8 ni genap la 5 tahun perkhidmatan saya di company ni. Just a blink of eyes, sudah 5 tahun rupanya. Kalau diputar balik masa, ketika hari pertama saya bekerja di sini, saya di tempatkan di bawah Project Management, tugas saya memastikan semua project cukup budget, ontime bla bla bla. Basically on managing the project itself end to end. Nampak macam mudah kan? Kamu salah sama sekali. Bekerja dengan company besar, deal with many people from different background, ada sales, ada strategy, ada implementer, ada procurement adalah memeningkan kepala. PR kene bagus. Budak fresh grad macam saya, perlu deal with pihak pengurusan atasan. What do you expect? Ketaq lutut ni. Sampai satu tahap nak call tanya progress project pun rasa macam nak terkecing, takut! But, there's a challenge for me, I built my strength, my confident, my networking here. I get to know with others staff, get along with them. Sebab pada saya bila kita baik dengan orang, takde masalah when comes one day kita nak minta tolong daripada diaorang. Saya menimba segala ilmu berkenaan project management and enhanced my PR skill and project based here for 2.5 years. And additional saya dapat travel all over Malaysia, Sabah, Sarawak and Brunei when I am involved with project management ni. Satu kelebihan yang berbaloi2 bagi saya!

Apabila saya berkahwin, saya bertukar ke division lain. Yang totally different working culture dari sebelum tu. Tujuan bertukar sebab nak beralih kepada technical more deep. Di tempat baru ni saya menghadapi challenge yang lain pulak, I must be technical competence within 3 months, kalau orang lain took a years, I must be competence enough  in 3 months je. Big challenge kan? Dengan perot memboyot, morning sickness for 5 months, saya gagahkan diri attend all the courses, ambil proffesional certification..... Sampaikan the lecturer pun cakap, anak yang dalam perot saya ketika tu sure bila keluar je pandai on networking and dont be surprise kalau pandai configure router jugak! T_______T
But again, alhamdulillah... Berkat usaha saya yang tak jemu belajar, google-ing, on-job-training, jalan yang nampak susah akhirnya berjaya saya lalui. Di sini, saya memang benar2 enhanced technical knowledge saya.  Nak kata terer tu takde la, tapi I know where's my level now.

After 2.5 years saya di tempat sekarang. Saya telah dipinang pulak untuk ke Division lain dan promoted as Manager. Yang paling menarik tertarik ditambah pulak allowance Specialist Scheme. Pada mula reluctant je nak terima. Sebab utama, jobscobe berbeza, plus I love my current job. But I believe, opportunity only come once, grab it or leave it. Memula, saya ingatkan mahu declined je. HAHAHA Actually the first time they offered me this post masa saya di China, during that time memang I declined without second thought, to me terlalu cepat untuk saya naik jadik Manager, takut I am not capable enough. But, bila offer yang sama datang buat kali kedua, buat saya terpikir. Adakah ini rezeki yang Allah dah tetapkan bagi saya? Sebab peluang ini datang 2 kali dalam masa tak sampai 6 bulan. Maybe ini adalah jalan Allah  untuk keluarga kecik kami menambah pendapatan keluarga, ye la dengan naik pangkat secara tak langsung gaji saya akan naik. Mungkin peluang ini memang milik saya dari awal cuma saya je yang melengahkan peluang tu T______T 

Saya minta diberi tempoh seminggu untuk menilai segala pro and cons keputusan saya kelak. Seminggu telah berlalu. After mendapat nasihat dari yang senior, peers dan rakan2. Akhirnya saya bulatkan hati untuk menerima pinangan tersebut. Setelah memberi kata putus, saya perlu melalui satu fasa penilaian oleh HR, tarikhnya akan ditetapkan kemudian. Saya berdoa agar rezeki itu milik saya. Harap HR akan memberi kelulusan bg proses naik pangkat itu, takut jugak direject since temph perkhidmatan saya baru 5 tahun, belum cukup matang kata orang. 

Amin.

Berakhir sudah kebuntuan otak saya, HAHAHA. Buntu ye otak untuk membuat keputusan. saya paling benci when comes to decision making, nak lagi about career, life or love punya decision. Eh susah tau! Tapi keputusan kali ni saya ambil setelah mengambil kira pandangan suami dan mak. Itulah yang paling penting, kalau dua insan tersebut memberi restu insyaallah jalan yang saya akan lalui lebih mudah. Saya percaya itu, doa ibu untuk anaknya, restu suami buat isterinya adalah intipati penting bagi menjamin kebahagian dunia dan akhirat saya. Kamu jugak harus percaya ok!

Terima kasih.

Buat kekawan twitter, kawan di UB yang memberi kata2 semangat. Kata2 dari kalian lah yang buat saya berfikir di mana kemampuan saya. Jika saya tidak layak mana mungkin saya dipinang, ye tak?

Thanks all. Semoga perjalanan saya selepas ini akan dipermudahkan dan semoga rezeki kami sekeluarga akan lebih berkat dan barakah. Saya juga mendoakan agar kalian turut dimurahkan rezeki.



Thursday, April 5, 2012

Finally Android dah ada Instagram

Seperti mana yang diketahui umum, Instagram ni Apps foto yang paling femes kat Iphone, Ipad dan segala Apple product. Gambar yang dari Instagram memang mabeles. Cantek2 belaka effect die. And officially semalam Android dah launch Apps Instagram diaorang tersendiri.

So, saya sebagai pengguna Samsung Galaxy Tab harus lah tak melepaskan peluangkan. Terus download Apps ni dan guna. Dan inilah hasilnya...


Nah gambar mangga muda HAHAHA.

OK, stop spekulasi. Saya tiada isi yang special dalam perot ni, yang ada cuma makanan, usus dan lemak2 tepu. Setakat ni kami masih mengamalkan natural family planning lagi. T___T

Mangga muda makan bersama kicap+gula+cili padi. Memang terbaik! Sampai meleleh air hidung makan. Eh ibu hamil, saya minta maaf andai buat anda terliur.

Pengalaman menggunakan Instagram Android selama satu hari. Menarik! Suka efek yang menjadikan gambar itu cantek.  Kesimpulannya, jom install Instagram dan start me"Tweet" gambar AprilPhoto anda.


Rezeki, Menang CASH $$$ RM200

Lama tak hapdet hasil contest. Actually start masuk 2012, dah jarang join contest mag ke offline ke sebab bizi pulak ngan keje di ofis. Bila balik rumah melayan Ar-Rayyan, penyudahnya memang terambai la kesemua tu.

Tapi ada la jugak join contest2 kat FB kalau ternampak tu. Ada gak menang, macam patung2 suku kaum cuti2 Mesia. Dapat total dalam 10 ekor kot, tu pun bagi kat membe2 opis dan jiran2. Isk Rayyan kan boboi, takkan la nak bagi rayyan plak main patung2 tu.

Dan semalam adalah kemenangan yang menaikkan semangat contest balik. Menang $$$$$..
















Actually ni contest kat FB, just letak badge kat gambar, contest2 di FB ni selalu jarang aku letak harapan sebab ramai yang masuk. Kemenangan kali ni memang betul2 berdasarkan tuah. Syukur alhamdulillah atas rezeki Allah.

RM200 tu besar jumlahnya bagi aku. Boleh la masuk tabung Hari Raya famili kami. Dan kemenangan ni membuatkan aku kembali bersemangat join contest. Ayuh semua!

Wednesday, April 4, 2012

Singgah Test drive Kereta baru


Sebelum keluar dari The Mines, nampak pulak benda alah ni.
Dah kene menyinggah sebab si kenit nak test drive!...

Layankan aje la....


Tak tahu nak tulis apa... Paler otak sebok memikirkan hal lain yang lebey penting.


Perihal Ar-Rayyan ku

Hari ini genap usia anak bujang kesayangan 1 tahun 6 bulan. Sekejap masa berlalu, baby yang dulu perlu di dukung, kini mampu berjalan sendiri, mampu suap makan sendiri. Bila melihat perkembangan anak, rasa macam tak percaya myself dah bergelar ibu. Everything was so fast!

Milestone Ar-Rayyan setakat ni terlalu banyak, since dah lama  tak update about him. First of all, he's now tengah aktif bercakap. Everything that he see, he will ask. Cara bertanya adalah dengan menunjuk ke arah benda tu. Nak lagi kalau dalam kereta, untuk tak menghampakan anak, seboleh bolehnya saya cuba menjawab. But sometimes getting annoyed jugak HAHAHA mamanye pemalas nak jawab soklan yg sama berulang2, thats the problem.

Like we know, baby or toddler are like sponge. They are very absorbent, apa yang kita cakap, yang kita buat itulah yang diaorang tiru. Nak marah tak boleh sebab they dont understand at all. And teringat plak kesah yang kawan saya Dina shared di UB, about 4 years old kid doing adult thingy.. Bila baca tu rasa speechless, budak 4 tahun doing that thing. Bila tanya, she just replied that was main main and dah selalu buat. WTH???? This thing is very serious for me, for the sake of young generation, I think parents, community need to work out together to solve masalah akhlak ni. Budak 4 tahun tak di ajar apa benda yang salah, and apa benda yang betul. Sangat kesian. I dont put a blame on that kid. Maybe dia belajar when accidently tertengok video di internet ke. We all know very well, internet tanpa batasan kalau salahguna it can be harm for us. Everything just in one click. Or maybe jugak di TV. Rancangan TV sekarang pun boleh tahan hebat. Kids tak tahu mana salah and mana betul. We are the one responsible to explain to them all that. Thats our challenge as parents in global ICT era. T_______T Big challenge kan? Lagi besar dari wawasan 2020 ni. So good luck mommies and daddies out there, and good luck to me too. 

Dah melalut. Next milestone Ar-Rayyan, dah pandai sebut few words like 

CAR, 
kop=helikopter, 
nai= azan (tang mana yg bunyi sama ntah la), 
pah=opah, 
mama, 
papa, 
kal=basikal, 
yi=lori, 
kat=cat,
book=book
pin=upin ipin
pish=fish

and  banyak lagi to list out. Huehuehuehue... But bila dah pandai cakap ni, kita kene rajen la plak melayan kan. Kang kalau kat TV nampak CAR, dah terjerit jerit, "mamaaaa....car!" selagi kita tak respon selagi tu la akan bergema jeritan CAR tu... HAHAHA but that moment sangat sweet for me. 

Rayyan jugak sudah pandai kira from 1 to 5... Alhamdulillah. Cepat anak mama belajar. Yang ni pun saya tidak la mengajar secara formal. But what I do is, everytime naik stair, I will count together with him. Everyday. Eventually, he manage to learn it from the stair counting activity. Saya rasa tooddler lebih mudah penerima pembelajaran dalam gaya yang lebih santai and unformal. We can teach him thing around bila shopping for groceries. Sambil tolak dalam troller tu, boleh la ajar that is egg, that is milk, vege, tomato, epal..bla bla bla... Cuba try. Mesti anak cepat absorb, sebab ianya aktiviti fun doing together. Sape yang tak suka aktiviti yang fun, betol tak?

Rayyan Sangat obses dengan Upin dan Ipin. Yang ni betol betol bikin mama pening. Everyday nak tengok Upin Ipin, tak dapat tengok DVD, dia minta nak tengok kat PC papa, tak dapat PC papa, nak tengok via tab mama. See? Budak belum 2 tahun dah expose to those technology? We just cant rid off the technology out of our house. But we can monitor and control, betol tak? So use our right as parent wisely. And yang paling mengejutkan, Rayyan hafal sume watak dalam Upin Ipin, tunjuk je gambar, sure Rayyan boleh jawab sape kah itu.. Mengurut dada mama sekejap bila tengok kebijaksanaan anaknye dalam mengenali watak Upin Ipin dan rakan rakan. Minta minta Rayyan boleh la menghafal surah2 dalam Al Quran dengan semudah itu jugak. Amin.

Nak update lagi, but masa mencemburui la HAHAHAHA. Kasik can la tengok gamba latest anak bujang ku.

Peminat Upin Ipin nombor 1


Tuesday, April 3, 2012

Family Time @ The Mines, Seri Kembangan

Sejak duduk Sg Besi ni, feveret port kami tok melepak time wiken adalah The Mines Seri Kembangan. Bukan apa, dah la dekat, paking senang dan murah. Kat sana ada sume kedai peberet kami contoh macam ChaTime, SweetChat, Big Apple, Subway, dan macam2 lagi la.
Ohh Daiso pun ada tau, baru buka. Lagi besar dari Daiso JJ Maluri.

Tujuan ke sana kali ni adalah ehem ehem. Nanti bila tiba masa dan dah dapat apa yang diorder baru saya reveal. Yang boleh saya katakan ianya something customized from husband to me! Sebabkan customized, sebulan baru siap!

Kalau pergi Mines ni tak sah kalau Rayyan tak naik haiwan ni. Ades.
Dah haiwan ni dok tengah2 donia dekat escalator, yang rayyan plak pantang nampak. Mesti nak naik punya.





Mama dah penat follow. Biar papa plak take over.




Budak yang hepi dapat naik haiwan kegemaran... isk isk isk..


Dah penat and haus, singgah Starbuck beli air. Nyum Nyum... Kali ni tak minum ChaTime sebab nak perabes voucher. hikhik.. Dapat voucher worth RM150 hasil contest ritu, tu yang lenjan makan minum kat Starbuck.. kalau kuar duet sendiri memang takkan lah, hehe sebabnya aku lagi suka  San Franscisco coffee dari Starbuck ni.

Aku amek Frapuccino Caramel, hubby amek Mocha.


Sepetang di Taman Tasek Permaisuri

Aktiviti keluarga di petang hari time wiken adalah pergi ke taman.
Membawa anak bujang beriadah.


Bagi Rayyan main buai...
Kat Taman TAsek Permaisuri je, tu je yang paling dekat.
Malas nak kluar jauh jauh.


Papanya yang leka melayan anak...
Kejap je Rayyan dalam tu, pastu sebok nak keluar...
Nak berjalan bebas merata2...


Dah puas beriadah, di akhiri dengan berBaskin Robbin..
Ngehngehngeh, sekali sekala boleh la.
Eskren mahai tu...

Monday, April 2, 2012

Welcome April, bulan cinta kami!

APRIL... bulan yang sanagt bermakna bagi saya eh bagi kami suami isteri. Ianya saya istiharkan sebagai bulan cinta kami huehuehue.. 29 April 2012 mark our love 11 years.. Wow! 11 tahun kau.. Kalau kahwin 11 tahun yang lepas, mau udah beranak 8 kami agaknye T_____T. Meriah keluarga.

Mengimbas kembali detik 12 tahun lepas ketika saya mengenali suami. Kami satu sekolah. Tapi berlainan kelas, kelas kami bersebelahan je sejak dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5. Oh ye, kami mengenali ketika di Sekolah Teknik, masa lower high school saya bersekolah di sekolah perempuan di Petaling Jaya. Detik perkenalan kami bukan lah yang lovey dovey dan indah-indah belaka. Kami berkenalan secara tak sengaja setelah suami yang ketika itu un-known telah melanggar saya dah menjatuhkan kesemua set peralatan lukisan kejuruteraan saya. Budak sekolah teknik memang femes dengan alatan set lukisan ni, kemana2 mesti mengakut beg LK yang besar gabak ni, hampir senget bahu galas beg LK ni tau. Since that day, saya telah aim mamat yang telah melanggar saya, aim bukan sebab minat tapi menyampah. Eh menyampah giler tau, dah la pakai spek bermata -empat, masih langgar orang lagi. 

Takdir Allah sekali lagi menemukan kami dalam situasi terdesak, di mana saya ketika tu sangat memerlukan pertolongan dan yang ada di tempat kejadian hanya suami si mata-empat yang rabun yang saya menyampah sangat tu. Tapi orang yang saya menyampah tu la yang membantu saya ketika tu. Since that day we are friend. Best friend! Itu lah, orang tua tua dah pesan, jangan benci seseorang melampau, one day you'll find out you're in love with them! Setepek kene batang hidung sendiri...

Since that day kami sering belajar bersama. Serius, kami memang belajar. Kami saling memberi semangat kepada satu sama lain. Setiap petang kami akan belajar Add Math, Lukisan kejuruteraan, Kimia dan Fizik bersama. Waktu tu memang macam macam fitnah yang kami dengar, tapi saya ni kan muka slumber. As long kami tak buat salah, buat apa nak takut. Kami hanya belajar bukannye bercium or beromen pun ye tak? 

Selepas berkawan selama beberapa bulan, pada 29 April 2001, suami telah confess perasaannya terhadap saya melalui sepucuk surat. chewah. Surat you! Zaman dulu kala, memang surat la the perfect medium nak confess feeling kan. Mana ada laptop or handphone pun masa tu. Lama jugak untuk memberi keputusan. Dan akhirnya saya memutuskan untuk menerima si-mata-empat tadi tu as someone special in my life. Keputusan berani mati ni. 

Even dah bergelar couple pun, rutin kami tetap sama. Yang berbeza cuma satu, setiap hari si-mata-empat akan meninggalkan sepucuk surat bawah meja saya. Gini, pada waktu petang, pelajar lelaki dan perempuan akan prep di kelas, pada waktu malam plak, pelajar lelaki akan prep di dewan makan, dan kami pelajar perempuan prep di kelas. Selalunya selepas waktu prep petang atau sebelum ke surau semayang Magrib, suami akan meninggalkan sepucuk surat bawah meja saya, so malam hari tu boleh la saya baca surat chenta hati saya kan.. Suami tak pernah gagal meninggalkan sepucuk surat buat saya setiap hari. Never failed untuk sepanjang tahun itu since April! Kadang2 tu siap tolong kemaskan meja saya yang bersepah hikhikhik... Actually itu lah surat itulah DOS ransangan yang memberi semangat kepada saya, setiap kali lepas baca surat suami yang mana pesanan terakhirnya adalah "Belajar rajin2, supaya kita dapat masuk U" kompem lepas tu saya akan  tekun membaca buku dan membuat segala latih tubi. So sape kata cinta tu memusnahkan? Ianya terpulang kepada orang yang bercinta, how they define the love. Bagi saya, cinta itu lah yang memberi saya semangat dan akhirnya berjaya hingga ke tahap ini. I am just blessed to be love by him, my only one husband!

And now, sape sangka cinta monyet kami itu telah kami buktikan dengan terbinanya masjid pada 25 Desember 2009. Cinta yang banyak mengundang kontroversi di TIKL akhirnya selamat disatukan.  Alhamdulillah, syukur sangat. Lelaki yang pada mulanya saya benci, kemudian menjadi kawan baik saya dan kini adalah suami dan papa kepada anak2 saya. 

Secara jujur, bukan mudah untuk pertahankan hubungan selama 10 tahun. We have facing a lot of obstacles before we reach this point. Tapi semuanya bergantung pada hati kita, and the most important is kejujuran, kesetian dan kesefahaman. Mana2 hubungan pun, kalau tiada 3 prinsip tersebut, akan hancur berkecai! Kita boleh bercinta bertahun2 tapi belum tentu kita akan berkawin dengan orang yang kita bercinta tu. Tapi saya sejak saya menerima si-mata-empat 11 tahun yang lepas, saya memang dah niat dalam hati semoga lelaki ini lah jodoh saya. Dan itulah doa saya setiap kali selepas solat. Sebab itulah orang kata niat itu penting, selepas tu kita berdoa dan bertawakallah kepadaNYA. Sebab urusan jodoh ini adalah ketetapanNYA yang kita tak tahu siapa dan bila.

Walaupun dah mengenali selama 10 tahun sebelum kawen, setelah berkawin kami masih melalui fasa perkenalan bersama. Iyelah, orang yang kita kenal di luar sebelum ni dah jadik roomate, housemate, soulmate, lovemate eh? Totally different. Banyak benda yang kami perlu explore together untuk memastikan our marriage is success. Its a whole life process I guess. Sebab sikap manusia ni kan berubah mengikut keadaan dan sekeliling.  Dalam berumahtangga ni saya banyak belajar, belajar erti sabar, berkorban, menerima seadaanya, bertolak ansur. All above kita takkan belajar amsa zaman bercinta, sebab zaman bercinta adalah zaman yang indah indah belaka, even ketut pun kita bau wangi. Masa zaman cintan cintun Kalau tak dapat apa kita nak, merajok memang sinonim. Merajok la sampai si dia tunaikan apa yg kita nak. Tapi bila dah kawen lain. Sape yang dah melaluinya akan paham. T______T. Walaupun berbeza, tapi saya percaya rasa cinta itu tetap sama malah makin hangat cuma keutamaan je dah lain.

Hasil setelah 11 tahun in love. Dari berdua jadi bertiga. InsyaAllah ada rezeki akan berempat, berlima. Eh banyak pulak.

Apa pun, anak2 adalah bukti cinta ye tak?


Ok lah, cukup la kisah April ni. I just hope that, our love never fade even when April are leaving us. T_T

Buat Si-Mata-Empat, I love you more each day!


our CHATIME!



Hikhik CHATIME ni memang peberet kami laki bini...
Chatime paling dekat dengan umah kat Viva Mall Cheras la..

Tiap kali gi Giant kompem singgah sini dulu...
Beli air bubble kegemaran kami.. Actually aku mula terjebak ngan bubble tea ni masa kat Singapore and  China...
Aku try satu bubble tea ni, siyes sedap giler. Pastu kawan ofis kata kat Mesia pun ada, cer try Chatime..

Bila dah try memang jatuh cinta... Pastu introduce kat somi.. Encit somi pun suke.. hikhi..
Kalau jalan2 jumpe Chatime ni kompem benti la gi tapau...


Tu dia, siap angka giliran... Tiap kali nak beli sure kene beratur panjang...
Selain Chatime ni aku pernah gak try CoolBlog, Each A cup... Tapi takleh celen Chatime la... Chatime lagi sedap dan banyak variety.. Nyum nyum.... Masa time entri ni aku tengah syiok kunyah bubble die.... hikhikhik...


Harga ChaTime ni... Faveret hubby tiap kali mesti Choc Hazelnut Milk Tea, kalau aku plak mesti roasted  milk tea... Nyum nyum...

Leh la korang gi try....

Published with Blogger-droid v2.0.4

















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails