Friday, April 6, 2012

kasut idaman hati

HA.. Inilah dia kasut Clarks idaman hati. Dah berpuluh kali keluar masuk kedai Clarks ni belek-test-try tapi idok beli2. Ate, udah regenye RM348. Grrrrr mengigil dengar. Tapi bila pakai selesa ya amat! Macam kaki ni di selaputi kusyen empuk. Siyes. Berpuluh2 kasut Clark yang aku dah try, ni paling best. Yang lain tu selesa la jugak, tapi yang ni memang selesa berganda2. 


Sebelum ni kasut aku paling mahai pun dalam RM150 je. Tak koser la nak beli mahai2 kan, dah la dulu aku jenis mengumpul kasut jugak. Bosan pakai kasut yang sama je kononnye. Masa tu gile pakai heel. Lepas bersalin, heels yang ada memang terperonyok je dalam almari, kalau ada meeting ke, presentation ke. Baru la pakai heels, kalau gi site ni memang aku belasah je selipar FitFlops bese tu HAHAHA keji gile kan?

Tak kesah la, janji kakiku tak sakit. Sejak dah kawen ni, macam alergik ngan kasut tumit tinggi. Kalau wedges ok lagi, tu pun tengok jugak, ada yg selesa ada yang menambah sakit kaki je. So skang memang nak beli flat je, senang nak kejar anak, kaki pun tak sakit.

Actually aku ni ada prob size kaki comel. Memang kecik kakiku saize 4 sajok, badan plak besar. So keseimbangan tu takde. Kalau badan aku naik je, sah sah kaki akan selalu sakit, selalunya area betis, buku lali, tapak kaki memang menyucuk2 la. Cara yang terbaik solve problem aku ni, turunkan berat badan tapi bukan senang berat nak turun. Thats why la aku terpaksa gak gagahkan diri masuk kedai Clarks ni tok mencari kasut yg selesa. Tak larat tetiap malam asyik dok merungut je kat somi sakit kaki.

Hurm, dapat bonus nanti boleh la beli kasut ni. Dah tak larat rasanya nak tanggung kesakitan. Plan asal konon nak ke JB minggu depan, so boleh la singgah Clarks di JPO di JB, mana tahu dapat harga murah. Sekali, aku kene tukar site plak. Ke Penang, punah harapan nak ke JPO. So tunggu je la durian runtuh, baru beli kasut kusyen nie. Now, pakai aje la FitFlop yang banyak berjasa tu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

5 comments :

  1. Padanla dengan rege ha..
    Tp mmg cantik pun kasut tu :)

    Myra dulu kasut saiz 4, susah gak nak cari, tp sekarang dah upgrade ke saiz 5 :)

    ReplyDelete
  2. memang lawoo kasut tu.. kaler cantik

    ReplyDelete
  3. hahaha sama plak entry nye
    banyak kali dah rasa
    entry sama

    ReplyDelete
  4. MAk Ai...mahal tak ingat kasut tu

    ReplyDelete
  5. rm348, glurrpppp...
    elaun 1 bln gaji saya.. huhuhu

    tp mmg shantekkk.. berkenan jugak sebenarnya.. hehehe
    namanyer clarks mmg selesa..

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails