Friday, October 12, 2018

Fernleaf Pilihan Susu No 1 Saya


Tahukah anda kenapa susu merupakan minum terbaik menggantikan teh tarik, nescafe dan sebagainya?

Susu merupakan sumber protein ya. Kandungan protein di dalam susu adalah penting bagi pembentukkan otot. Sumber protein dari haiwan lebih mudah diserap oleh tubuh. 

Selain itu, susu juga merupakan sumber kalsium. Kalsium merupakan komponen utama bg pembetukkan tulang dan gigi. Terutama bagi kekanak yg sedang membesar, oleh itu, kita perlu memilih susu yg terbaik untuk menyokong tumbesaran mereka. Dan memastikan mereka minum sekurang2 nya secawan susu sehari.

Sebagai ibu kepada 3 orang anak, saya memang cerewet memilih susu untuk anak2 saya.  Cliche, seorang ibu sentiasa ingin menyediakan yang terbaik buat anak nya. So me too.

Among all the brand on the shelf, Jenama Fernleaf sentiasa dekat di hati saya untuk memastikan anak saya mendapat nutrisi lengkap sepanjang hari untuk menyokong tumbesaran fizikal dan mental mereka.





Susu segar Fernleaf kini boleh didapati dalam 2 variant, Full Cream dan chocolate. Kedua duanya sentiasa menjadi pilihan saya. Anak2 gemarkan kedua2 flavor kerana rasanya yang asli dan tiada bau aroma lembu yaaa.... Susu full cream ini, selain sesuai dijadikan minuman ianya juga saya gunakan dalam masakan contohnya spageti cabonara. Lemak berkrim spageti saya dibuatnya.

Mari kita lihat kenapa susu Fernleaf ini begitu istimewa di hati seorang ibu seperti saya...

Susu Fernleaf ini merupakan susu yang 100% hasil daripada lembu tenusu dari New Zealand.  Yang menarik hati saya, lembu2 tenusu di New Zealand ini dijaga secara lepas bebas di sebuah padang rumput yg luas menghijau.  Ianya tidak dikurung di dalam kandang dan tidak diberi makan rumput sintetik atau rumput yg dipotong. Tetapi, lembu2 tenusu tersebut bebas merayau meragut rumput segar sekeliling mereka bagi mengisi perut. Secara tak langsung, lembu tenusu NZ berupaya menghasilkan susu yang kaya dengan nutrisi dan berkualti tinggi kerana  lembu lembu tenusu NZ tidak stress di kurung di dalam kandang.

Bahasa mudahnya, lembu makan rumput yg segar dan berkhasiat akan menghasilkan perahan susu yang berkualiti tinggi kerana sumber makanannya terjamin bebas bahan kimia dan pencemaran. You're what you eat!




Susu jenama Fernleaf ini adalah hasil keluaran Fonterra. Fonterra merupakan pengeksport produk tenusu terbesar di dunia. Dengan jenama yg begitu gah, pastinya proses pengeluaran susu tersebut dipantau dan dipastikan mematuhi semua spesifikasi yang telah ditetapkan agar kualiti susu mereka terjaga.

Itu antara salah satu sebab saya tidak ragu2 memilih Fernleaf sebagai susu pilihan No 1 keluarga saya.



Anak saya memang sangat menikmati susu Fernleaf ni, setiap hari saya akan memastikan mereka minum sekurang2 nya secawan. #Mmmmm nikmatnya dapat menyedut susu segar dan penuh khasiat ini...



Susu UHT Fernleaf ini boleh dibeli dalam 2 size yakni 1L dan 200ml. Ianya mudah di bawa ke mana, jadi kalau nk bawa travel pun mudah.


Selain dimunum begitu sahaja, ianya juga boleh digunakan dalam menu masakan. Macam menu ni, saya gunakan susu Fernleaf full cream bersama overnight oat. Disajikan bersama chia seed, blueberries dan peach. Wah gabungan yang lengkap dan penuh berkhasiat.



Kesimpulannya,


Fernleaf akan sentiasa berada di takhta nombor 1 di hati saya kerana kualiti susu nya yang dipercayai dan terbaik!



No comments :

Post a Comment

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails