Tuesday, June 29, 2010

Ubat yang memudaratkan ibu HAMIL

Aku kan demam panas, gi kenek Pakar Bersalin, gynae tu bagi gak ubat sebab dah 4 ari aku batok.. Tapi dalam pada aku makan ubat tu, aku surf gak tenet info pasal ubat yang boleh makan time preggy nie..

Ye la, time peknen ni body kiter tend to be more fragile, ada orang tahan ada orang tak tahan.. Aku ada jumpe bape info pasal ubat nie .. Meh la aku share ngan preggie mom's out there..

Ramai tahu, ada ubat yang boleh menjejaskan kehamilan. Namun, tidak ramai tahu apakah jenis ubat yang dimaksudkan. Sebenarnya, kebanyakan ubat yang ada di pasaran, tidak diketahui kesannya terhadap kehamilan. Ini kerana tidak banyak ubat yang melalui ujian klinikal ke atas wanita hamil. Tambahan pula, tiada wanita hamil yang sanggup dirinya dijadikan sebagai bahan ujian. Jika sanggup sekalipun, ia melanggar etika perubatan. Namun begitu, masih ada beberapa jenis ubat yang selamat untuk digunakan. Anda boleh mengetahui sama ada ubat itu selamat ataupun sebaliknya dengan mengenal pasti kategori ubat. Kebanyakan ubat akan ditulis kategorinya sama ada A, B, C, D atau E(X)

A – Ubat yang datang daripada kategori ini didapati selamat untuk digunakan sewaktu hamil. Memandangkan tidak banyak ubat yang dikategorikan selamat, antara jenis ubat yang tersenarai dalam kategori ini ialah vitamin biasa dan multivitamin.

B – Senarai ubat dalam kategori ini pula telah diuji ke atas haiwan dan disahkan selamat. Ubat jenis B didapati tidak mendatangkan masalah pada wanita hamil. Namun, ubat jenis ini masih perlu diambil dengan hati-hati. Contoh ubat jenis B ialah antibiotik dan paracetamol.

C – Hasil ujian klinikal mendapati terdapat kesan ke atas haiwan tetapi belum ada ujian yang pernah dijalankan ke atas wanita hamil. Walau bagaimanapun, ubat ini masih boleh digunakan oleh wanita hamil dengan syarat beliau telah diberitahu risiko penggunaannya. Ubat-ubat dalam kategori ini termasuklah anti-depress dan sesetengah jenis antibiotik.

D – Ubat yang tersenarai dalam kategori ini didapati boleh membawa mudarat kepada janin. Contohnya ubat yang digunakan dalam rawatan kanser dan kimoterapi.

E (X) – Selain daripada dicatat sebagai ubat kategori E, kadang-kala ada ubat yang sama dicatatkan sebagai ubat kategori X. Ubat jenis ini disahkan berisiko tinggi menjejaskan janin. Sebagai contoh, thalidomide. Antara lain, ubat jerawat (accutane) sepatutnya tidak diambil sepanjang tempoh kehamilan kerana risiko kelahiran bayi cacat anggota badan

Kesan sampingan berbeza
Sebagai wanita hamil, perlu diingatkan bahawa anda hanya dibenarkan mengambil ubat yang mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Paling penting, jangan makan sebarang jenis ubat tanpa nasihat doktor. Ini kerana, terlalu banyak ubat yang didakwa baik untuk kehamilan tetapi tidak mendapat pengiktirafan KKM. Begitu juga halnya dengan kebanyakan ubat tradisional yang berasaskan herba.

Kebanyakan ubat-ubat ini tiada pengawasan kualiti. Oleh kerana itulah kesan sampingan ubat-ubat ini berbeza di antara satu pengguna dengan pengguna yang lain.
Ada sesetengah pengguna yang mengambilnya selamat namun ada segelintir yang lainnya mengalami masalah sewaktu hamil ataupun ketika proses bersalin.

Sebagai ingatan, dalam trimester pertama kehamilan, organ janin sedang terbentuk. Jadi, anda perlu berwaspada dengan ubat yang diambil. Adalah lebih baik jika anda bertanya kepada doktor terlebih dahulu sebelum memakan apa-apa jenis ubat. Begitu juga dengan dua atau tiga minggu sebelum bersalin.

Diakui selamat
1. Paracetamol
Kebanyakan wanita yang demam ketika hamil takut untuk mengambil ubat. Perlu diketahui! Paracetamol selamat untuk dimakan. Wanita hamil yang demam perlu mengambil paracetamol bagi meredakannya. Jika tidak, dikhuatiri masalah lain pula yang akan timbul apabila suhu badan semakin meningkat.

2. Batuk
Sirap batuk daripada jenis benedril dijamin selamat.

3. Antibiotik
Terdapat tiga jenis kumpulan antibiotik yang dipercayai selamat. Antaranya ialah kumpulan penisilin, cephalosporin dan erythromycin.

4. Asma
Apa-apa sahaja jenis ubat untuk merawat asma adalah selamat dan dijamin tidak meninggalkan kesan buruk kepada kehamilan. Penggunaan inhaler adalah paling selamat.

Tidak boleh ambil langsung!!!
1. Kulit

A. Accutane/ isotretinoin
Sekiranya pernah mengambil ubat untuk merawat jerawat, anda pasti dinasihatkan doktor untuk tidak hamil dalam tempoh tertentu. Ini kerana risiko kelahiran cacat adalah tinggi iaitu 1:4 kandungan.

B. Tegison/ etretinate
Bagi pesakit poriasis (sejenis penyakit kulit yang menyebabkannya keras dan gatal), ubat yang diberi adalah lebih bahaya. Kesan ubat ini akan berada dalam badan untuk tempoh yang panjang walaupun pesakit telah menghentikan penggunaannya. Dalam pada itu, ubat ini biasanya tidak akan diberi kepada wanita yang bercadang untuk hamil.

2. Thalidomide
Ubat yang digunakan untuk mengatasi morning sickness ini turut dikenali sebagai world medical disaster. Ini kerana selepas diperkenalkan pada tahun 1958, ubat ini
didapati menyebabkan keguguran ataupun bayi lahir tanpa anggota badan.

3. Aspirin
Ubat jenis ini tidak digalakkan untuk diambil kerana risiko pendarahan.

4. Ponstan
Selain ponstan, ubat ini turut dikenali sebagai asid mefenemiuc. Ia tidak boleh diambil kerana dipercayai boleh memberi kesan kepada jantung janin.



Sumber: Majalah Pa & Ma

4 Dari Hati ke Hati:

Hunny Bunny said... Best Blogger Tips

jueeeeee!!! nasib bek ko tulis pasal bnd nih..aku dok guna ubat jerawat..mmg x tinggal! emm nasib baik baca, alhamdulillah..nnt msa peknen tau dah la..hehe tq!

juelee said... Best Blogger Tips

seb bek hani... dah pasni jgn amek lagi, since lagi bape bulan je ko nak kawen...

kang tak pasal2 je... 3 bulan sebelum kawen nnt start la amek acid folic ye... hehehe

Angin Selat Melaka said... Best Blogger Tips

Assalamualaikum.
Kalau tengah mengandung, eloklah kalau diketepikan terlebih dahulu apa jua ubat-ubatan yang membuatkan diri rasa curiga...Mengenai ubat jerawat, kamu boleh rujuk web page ni bagi mendapat info lengkap buat persiapan diri sndiri:

ubat jerawat resdung

Bekalkan diri dengan pengetahuan sebaiknya bagi menghadapi gejala ni dengan yakin. TQ.

MADNESSmeForfashion said... Best Blogger Tips

your blog is very helpful, sebab saya was2 nak makan ubat antibiotic untuk sakit gigi yang doctor bagi, and dia ada bagi paracetamol jugak, tu yang buat saya surf intenet ni nak tau selamat ka tidak, and satu lagi ubat tahan sakit untuk sakit gigi saya ni jugak which called panadeine..tu selamat jugak ke? terima kasih banyak ;)


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails