Wednesday, November 10, 2010

Masalah melibatkan payudara bg ibu yg menyusukan baby

Memang keje aku mengoogle cara2 tok hilangkan bengkak kat breast ni, sume kaedah la aku try.. And aku ada jumpe info yang berguna, yg nak share ngan semua mommies kat luar tu...

Jgn pandang ringan eh bengkak susu nie.. Sebab nya ia leh melarat sampai jadik breast abcess yang akhirnye mengakibatkan tetek kiter perlu dioperate atau ngan kata lainye surgery...

Meh saya share ngan anda...

Bengkak Buah Dada (Breast Engorgement)

Dalam keadaan laktasi peredaran darah dan lymph akan meningkat. Ini mengakibat rasa tegang, penuh dan panas. Penyusuan akan mengurangkan rasa ketegangan ini. Peningkatan volume ini susu yang cepat akan mengakibatkan pengaliran susu yang banyak dan akan mengalami kebengkakan.

Bengkak akan timbul sekiranya pengeluaran susu tidak kerap atau tidak cukup. Setengah ibu dapat menghasilkan susu yang terlalu banyak sehingga anak tidak dapat menghisap semuanya. Ini mengakibatkan bengkak buah dada.

Buah dada akan panas, sakit dan bengkak. Pada 'engorgement' yang teruk pengeluaran susu akan berkurangan atau terhenti.


Cara - Cara Mencegah Engorgement:
  • Pastikan susu ibu diberi 1 jam selepas bersalin
  • Pastikan penempatan bersama antara ibu dan anak setiap hari
  • Adakan anggota memberi bantuan dengan cepat dan ibu tahu cara memberi susu ibu
  • Ibu digalakkan memberi penyusuan on demand (memberi ikut kemahuan bayi) iaitu dalam 8 hingga 12 kali penyusuan dalam 24 jam.
  • Adakah ibu selesa dalam suasana 'caring atitude'
  • Bila ibu tidak dapat menyusui anaknya, ibu digalakkan memerah susu dengan kerap
  • Jangan memberi bayi puting kosong atau susu botol. Ini akan mendatangkan kekeliruan 'sucking effect' kepada bayi

Cara- cara Mengatasi Engorgement:
  • Periksa samada kedudukan bayi adalah betul antara penyusuan. Sebelum penyusuan, letakkan tuala panas di areola supaya susu dapat keluar
  • Galakkan penyusuan on demand
  • 'Cold Compress' mengurangkan sakit antara penyusuan. Sebelum penyusuan, letakkan tuala panas di areola supaya susu dapat keluar
  • Galakkan ibu untuk memerah susu sebelum penyusuan untuk melembutkan areolar dan seterusnya membantu bayi get 'attached'
  • Setelah susu dikeluarkan, letakkan 'cold compress' atas buah dada untuk mengurangkan bengkak
  • Sekiranya dengan penyusuan kepada bayi sahaja tidak dapat melegakan 'engorgement', ibu dinasihatkan supaya memerah susu antara masa bayi tidak menyusu.

Salur Tersumbat (Blocked Milk Duct)

Salur tersumbat disebabkan susu dari satu bahagian buah dada tidak mengalir dengan baik dan membentuk satu ketulan susu pekat yang akan menyumbatkan susu

Sebab-sebab Salur Tersumbat
  • Penyusuan ibu tidak kerap
  • Susu tidak dikeluarkan secukupnya dari semua bahagian buah dada
  • Tekanan setempat ke atas sebahagian buah dada

Cara - Cara Merawat Salur Tersumbat
  • Periksa cara bayi melekap
  • Menggunakan lebih dari satu posisi semasa menyusu supaya susu dapat dikeluarkan dari semua bahagian buah dada
  • Memberi susu dengan kerap
  • Susui bayi dengan buah dada yang sakit dengan dagu bayi menghala ke arah pembengkakan tadi
  • Mengurut bengkak ke arah puting dengan perlahan-lahan sebelum dan selepas penyusuan
  • Sebelum penyusuan letakkan tuala basah panas di bahagian yang bengkak
  • Jangan menggunakan bra yang ketat.

Jangkitan Buah Dada / Breast Infection (Mastitis)

Merupakan radang pada buah dada yang mengakibatkan 'localised tenderness', kemerahan dan sakit.

Ibu menderita demam, rasa letih, loya atau pening kepala. Selanjutnya ia menjadi abcess. Kawasan abscess ini rasa panas, sakit dan mengandungi cairan.


Sebab-sebab Mastitis:
  • Puting pecah atau merekah
  • Salur tersumbat, bengkak buah dada atau penakungan susu (milk stasis)
  • Tekanan setempat ke atas sebahagian buah dada
  • Badan tidak dapat melawan kuman kerana keletihan

Rawatan Mastitis:
  • Jangan berhenti penyusuan ibu
  • Lebihkan berehat sebanyak mana yang boleh
  • Minum lebih banyak air jika dahaga
  • Mulakan penyusuan dengan buah dada yang terlibat dahulu
  • Pastikan bayi melekap dengan betul untuk penyusuan yang berkesan
  • Tuamkan buah dada dengan air suam sebelum dan selepas penyusuan untuk menambahkan pengaliran susu
  • Beri ubat penahan sakit
  • Antibiotik secukupnya
  • Ubat anti inflamatori (panadol)
  • Perah susu pada buah dada yang terlibat

Buah Dada Bernanah (Breast Abcess)

Jika jangkitan buah dada (mastitis) tidak dirawat dengan segera, ia mungkin membentuk pernanahan di dalam buah dada

Rawatan (Breast Abcess):
  • Antibiotik secukupnya
  • Torehan (incision & Drainage) jika perlu
  • Warm Compress
  • Penyusuan yang berkesan

So.. Ibu menyusu alert la ngan rupa fizikal breast kite.. aku skang keje asyik monitor brest and tuam aje if dah bengkak tu.. Then cepat2 pam.....

Scaryyyyyyy... Aset penting wanita tu...

Sumber : http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/02/masalah-dalam-penyusuan-ibu.html


8 comments :

  1. Yurp...yg penting, selalu pam+menyusu....
    Jue, nanti bile kat opis lagila...mcm aku, mls nk pam kat opis.(tade tempat privacy)...so, bile petang, rs sakit nyer...tmbh plak kalo balik keje nak pegi jenjalan ke.kire tak balik umah teros utk kuarkan stok sehari di opis,mmg tka tertahan menanggung kebengkakannye!!!uwaaaaa

    ReplyDelete
  2. thanks..info sgt berguna utk masa depan

    ReplyDelete
  3. tu laa..bengkak susu ni bahaya kan...sumtimes ade kes bole jadik cancer...

    ReplyDelete
  4. ni la dia pengalaman perit time pantang
    sakit bersalin xde la lama mana pon tiba2 dapat plak bengkak breast ni smpai demam2 la..nyaris nk operate je aritu

    ReplyDelete
  5. jue... gud info! nieza mmg tercari2 psl benda ni.. mintak izin nk post entry ni kat blog nieza ye (buat rujukan) :)

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang menarik dab bagus..jemputla ke blog saya ye allnutritionforlife.blogspot hihi tq sis

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails