Sempena kemenangan saya dalam contest yang dianjurkan oleh Bro Eyriqazz, saya telah diberi peluang untuk menulis entri bebas dalam beliau. Tajuk adalah suka hati. Kalau nak pomot belog sendiri, macam malu sebab belog sendiri adalah belog penulisan bebas. Ada kisah hari2 yang dilalui, ada cacatan saya tentang tempat atau destinasi percutian yang saya pernah jejak like, Brunei, Sabah, China, Singapore, Krabi, Cameron dan lain2, ada juga resipi2 ajaib masakan saya sejak berkahwin (ye la sejak berkahwin baru jejak dapor, so sesape yg tahu masak sebelum kawen jgn riso.. Lepas kawen sure magik, turun je dapor automatik reti masak) dan juga pengalaman yang saya lalui sebagai seorang ibu dan isteri.
Tapi untuk pembaca belog Eyriqazz saya ingin berkongsi sebuah restorant makanan China Muslim iaitu Mee Tarik Warisan Asli Sg Besi.
Mee Tarik ni saya kenal masa saya pergi China tahun lepas. Saya sukakan mee nya sebab ianya fresh, kenyal dan yummy yummy. Mee tu akan ditarik bila kita order, maknanya ianya bebas dari asid borik T___T
Ni la die kedai mee tarik warisan di Sg Besi yang saya nak kenalkan dengan pembaca belog Eyriqazz.
Tak susah nak carik kedai, dari Terminal Bandar Tasek Selatan tu pergi ke arah Pekan Sg Besi lama.
Masuk simpang yg depan balai polis tu, jalan je terus.
Sampai kat bangunan rumah kedai baru, nampak Speedmart 99, mee tarik ni kat building belakang Speed mart tu. Bersebelahan dengan Dome.
Antara menu2 yang ada di kedai mee tarik nii...
Harga memang mahai la, dalam RM8 sepinggan mee.. Tapi mee die memang banyak, portion makanan adalah besar. Tapi gerenti habes punye la...
Menu die tulis Cina hehe so tunjuk2 aje la.. Kalau tak paham, boleh tanya yang amek order. Dia akan rekemen menu yang best!
Ni saya amek gamba orang tu tengah tarik mee...
Memang sebijik macam kat Restoran Mee Tarik kat China yang saya pergi tu
In fact bila saya borak ngan tauke die, die kata memang ni branch yg dari China tu.
Owner die Chinese Muslim, tak pandai sangat cakap melayu. Saya cakap Mandarin ngan tauke tu, happy betul tauke tu dapat tau saya pandai cakap Mandarin.
Dapur yang bersih. Memang see tru dari cermin ni.. Memang bersih dapor die, so takde la ragu2 sangat kan..
Poster mee tarik besar terpampang di gerai..
Ni adalah daging kambeng peberet saya. Die marinate ngan rempah, pedas, masin sume ada.. Sedap sangat, kambeng die pun takde bau. Kat China hari2 saya makan ni hahahah.. Tak sangka boleh makan menu ni lagi kat Mesia dengan rasa yang sama. Tauke tu kata die memang guna rempah ratus yg die import dari China sana. So rempah asli la, patut la rasa tak lari.. And plus kambeng ni adalah kambing biri biri yang masih muda, patut lah sedap lemak berkrim!
Mee tarik hubby. Mee tarik die ada macam2 flavor tau, ada yg sup.. Ada yg berkuah ala gini. And lagi satu, boleh pilih nak mee tu halus ke, kasar ke.. Boleh request...
Nasi dan tomato with telor. Ni pun sedap jugak...
Boleh la try....
Tak rugi!
Mesti ada yang bertanya, kedai ni ada sijil halal atau tidak.
Saya ada nampak sijil halal di gantung kat tepi cashier.
Untuk memberi jaminan saya tak berani tapi saya hanya berpandukan sijil itu saja.
Sama lah seperti saya makan di Restoran Chinese Muslim yang lain spt Chan Abdullah, ShangRin Lo...
Ini adalah entri saya berkenaan Mee Tarik di China, anda boleh tengok sendiri persamaan menunya...
Wah dpt jadi penulis bebas kat sana ye, congrats ^_^
ReplyDeleteSejak baca jue tulis pasal mi tarik tu asyikla ajak husband pegi sana tapi tak sempat. Dulu kita duk kat flat bdr tasik selatan tu, serius tatau pun ada kedai mi tarik kat belakang tu. Hahaha.
Hmmm...interesting ...i will go and try..nyummy
ReplyDelete