Tuesday, June 5, 2012

resipi pavlova





Wiken bila ntah saja try buat Pavlova..
Selama ni dok tengok kat belog orang je..
Kali ni dah ada oven, memang rancak je la wiken aku dok mem'baking' kan hehehe...
Takpe, dapat banyak pahala masak tok jamu somi....

So meh share resipinye...

Bahan2 seperti dalam gambar di bawah...



Sebelum tu nak bagitau, Pavlova ni terdiri dari 2 jenis lapisan iaitu meringue atau dengan kata lainnye putih telor campur gula dan another camporan is whipped cream...

Bahan2 dan cara2 untuk membuat meringue:
  • 4 biji putih telor. - sila pastikan telor tu bukan dari peti ais, kalau boleh biarkan dah sekata ngan suhu bilik biasa.
  • Gula castor amek 3/4 cawan je, resipi asal 1 cwan.. Tapi aku kurangkan sbb takmo manis sangat.
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu cuka makan
  • 1/2 sudu esen vanila.
Cara nak buat pulak
  • Sebelum siapkan adunan, preheat dulu oven pada suhu 140 darjah, guna api bawah aje tau
  • Bila nak start masukkan meringue nnt turunkan ke suhu 110 darjah.
  • Memula pukul putih telor sampai gebu, atau soft peak kata omputihnye... Lama gak putar nie, nak tau dah soft peak ke belum, try telangkupkan mangkuk berisi putih telor tu, kalau tak jatuh dah gebu la tu.
  • Pastu sambil putar masukkan gula kastor sikit demi sikit. Putar sampai kental.
  • Pastu masukkan tepung jagung, esen vanilla dan cuka makan tadi dan pukul lagi.
  • Bila dah sebati adunan tadi, kita stop mixer dan guna spatula pulak.
  • Adunan tadi ni la kita panggil meringue. Bila kaup meringue ngan spatula tu, jgn ganas2 tau, kalau boleh spatula tu putar pada satu arah je bila kaup adunan tu
  • Pastu sediakan dulang pembakar dan lapik dgn kertas pembakar, pastu letakkan adunan meringue tu atas kertas lapik tadi.
  • Make sure masa bentukkan adunan tu jgn terlalu tebal or jgn terlalu nipis. Yang penting bahagian tepi biarlah lagi tinggi dari bahagian tengah (buat macam ala2 benteng gitu) 
  • Pastu masuk dalam oven, bakar dalam 1 jam 20 minit bergantung pd jenis oven.
  • Semasa meringue di bakar boleh la sediakan whipped cream die pulak.
  • Pavlova dah masak bila nampak bahagian luar kuning garing gitu.
  • Bila dah masak, jgn terus kuarkan meringue nie dari oven, biarkan je dalam oven dalam keadaan pintu oven sedikit renggang.

Bahan2 dan cara buat whipped cream
  • Secawan whipping cream 250ml, sila beli whipped cream for dessert and topping. Jgn beli tok cooking tau, kang tak jadi.
  • Buahan2 kegemaran anda. Pavlova sedap kalau letak buah masam macam kiwi, strawberry, blueberry.... Sebab meringue tu dah manis, so kita compliment dengan rasa masam buah.
Cara buat topping ni.
  • Putar whipped cream sampai kental. Tips: jgn putar terlalu lama kalau tak nnt jadik berair n terus tak boleh guna. Putar sampai korang rasa ok dan cukup kental.
  • Potong buah buah tadi



Hasil setelah dihias meringue dengan topping whipped cream dan buah kiwi serta strawberi....
Sedappp rupanye pavlova nie... Makan sejuk2 kuar dari peti.. Macam aiskrim ada, macam mashmallow pun ada.... Husben pun suka, siap suruh buat lagi... Heheh tapi nnt la, takleh makan selalu ni... Manis!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

3 comments :

  1. hoho
    mmg boleh kena kencing manis klu mkn sellau.
    tpi saingnnya kena mkn dgn buah yg masam2

    ReplyDelete
  2. sedapnya pavlova..kty lom penah rasa lagi..

    ReplyDelete
  3. resipi tu mcm copy paste dari blog org lain. Knp tak credit kn blog tu kt sni? Just bagitahu aje sebab bimbang kalau2 tuan punya resipi asal kata plagiat bahasa dia pulak. Peace no war.

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails